Wednesday, December 28, 2011

Penghujung Tahun

 Sedar x sedar dah penghujung tahun rupanya.....nampak gayanyer meningkat lagi laa umur aku ke 32....hehe.Memang sekejap saja rasanya...mula2 zaman kanak2 then remaja lepas tu orang dewasa last skali dah jadi orang tua.....amalan belum cukup lagi,ibadat perlu ditingkatkan lagi.Bekal untuk 'kesana' belum memadai lagi.Kenalah berusaha membuat ibadat kehadrat illahi...dosa2 lama juga perlu diambil kira,zaman2 jahiliah dulu,boleh tahan laaa jugak byk dosanya....diharapkan Allah SWT mengampuni dosa2 lama mahupun dosa2 yang baru,yang kecil mahupun dosa besar.....Aku juga berharap Allah SWT menerima taubatku.Azam baru aku pada tahun 2012 adalah mencuba sedaya upaya untuk menjadi suami yang soleh disamping berusaha mencari rezeki yang halal untuk menyara keluargaku.

Danish pun dah nak masuk 2 bulan dh ni umur dia,sabtu haritu teruk.....ranap abis duit papa n mummy nie.....beli stroller dia harga RM230.00,pastu bayar road tax n insurans RM1,225.00,tinted kereta RM180.00 dan shopping RM 184.00....jumlahnya RM 1,819.00.....adusss belanja lebih dari pendapatan ni,defisit.Nak buat macam mana,skarang ni kos hidup meningkat dengan mendadak sekali.Kenalah pandai menguruskan wang yang ada.

Wednesday, December 14, 2011

Alahai dah hujung tahun rupanya

Pejam celik pejam celik....masa berlalu....dalam masa setahun,byk betul peristiwa berlaku keatas diriku...ni dah hujung tahun 2011,kahwin aritu 4/12/2010....urm...tgk2 dh ada anak.Sekejap jer kan.....status dh berubah,dh ada keluarga sendiri,ada anak pulak tuuu.Semua tu rezeki yang Allah swt bagi kat aku,amanah untuk aku menjaga mereka....tanggungjawabku menjadi semakin besar skarang ni.
Hurm,terpaksa pikul tanggungjawab ni dengan penuh sabar dan tekun.Hurm,nak buat macam mana,dah menjadi tanggungjawab aku mencari nafkah untuk keluarga...sekejap jer rasanya,dah makin meningkat rupanya umur aku ni....kawan2 aku kebanyakannya da ada 3 org anak,ada yang dh nak masuk 4 org.....aku ni kira lewat laa jgk.Kawen lambat,nak buat mcm mana.Dah jodoh aku lambat sampai....bersyukur je la dengan apa yang ada....

Tuesday, December 13, 2011

Haish....dh jadi blog Danish laa pulak

Hehe...inilah gambar terbaru dari koleksi Danish ni.....mcm2 gaya ada,muka sposen pun ada...muka rilexs pun ada,tdo pun ada....hehehe

Monday, December 12, 2011

Budak BoTaK

12/12/2011 hari Isnin,aku membotakkan kepala Danish....hehe. 

Menangis dia, mengamuk....tendang sana tendang sini...hahaha.Marahlaa dia kena usik ngan papa & mummy dia...keh3.Bukan apa,nk kasi dia sihat sikit jer....cian kat dia,lama dh kuar tapi x cukur2 lagi.Last2 smalam jugak cukurnya...nasib baik berjaya tanpa luka2.Alhamdulillah....Ni lah rupanya baby yg kena cukur kat Papa dia ... hehe

Monday, December 5, 2011

Genap sebulan umur Danish

Hari ini 6/12/2011 maka genaplah sebulan umur anakku Danish ni....hari ini juga kena bawak dia ke klinik untuk cucuk BCG ke pe ntah.....abislaa pasni,asyik nangis laa dia lepas kena cucuk.Tapi nak buat mcm mana,nak bagi dia sihat juga.....sekejap saja,pejam celik pejam celik dah sebulan umur dia....x sabar nak  tgk dia membesar,berjalan dan berlari....hehehe.Memang betul orang cakap,anak ni pelengkap kepada rumahtangga.Kalau x jumpa dia sehari je,dah rindu lain macam beb.Sayang kat anak ni memang lain macam rasanya....memang x boleh digambarkan dengan perkataan.Tu pun ada juga yang sanggup buang dan bunuh anak sendiri....apalah nasib yang menimpa mereka ini.

Sunday, December 4, 2011

1st Anniversary

Tanggal 4/12/2011 genaplah setahun perkahwinan aku....sedar x sedar da ada seorang anak lelaki hasil dari perkahwinan kami.....namanya Danish.Ingat nak celebrate,tapi apa kan daya wife aku masih dalam pantang....kurang 2 hari nk cukup sebulan.Hurm,memang kami bahagia hidup bersama,tidak banyak masalah dan dugaan yang menimpa kami,syukur kehadrat Illahi.Cuma kadang2 ada la aku marah2 wife aku sebab x pandai buat kerja rumah,masalah kewangan pun masih dalam keadaan terkawal buat setakat ini.
Aku tahu,wife aku masih byk kena belajar dalam menguruskan hal rumahtangga ni dan aku pula kenalah bertolak ansur dan mengajarnya dengan penuh sabar.Itu semua hal kecil sahaja,masih banyak yang perlu diperbaiki lagi,lama2 ok laa tu.Aku ni jenis kuat membebel,dan wife aku jenis x melawan....maka sebab itulah kami dipertemukan,untuk melengkapkan satu sama lain....mmg perfect,syukur.....dah setahun kahwin,umur pun meningkat,tangunggan juga meningkat,gaji je x meningkat...maka kenalah cari duit lain,side income.....berusahalh demi keluarga tercinta !!

Tuesday, November 29, 2011

Balik umah....Danish

Sabtu ni tanggal 3/12/2011, Danish akan balik ke rumahnya di Meru,Klang.....setelah seblun tinggal dirumah Atuknya di Puchong Prima. Urm,dah nak kena mula cari penjaga dia da ni,mummy dia da nak masuk keje 3/2/2012.....urm x lama da tu. Mintak2 laaa makcik depan rumah tu sanggup jaga dia. Kalo x,jenuh juga nk cari ni. Hurm, bila ntah nk start projek cari duit ni,kena mulakan dalam masa terdekat ni,belanja asyik defisit je ni melebihi income....urm,penim jgk dibuatnya.Xpelah,papa akan cuba sedaya upaya lah cari duit lepas ni.Kenalah berkorban demi isteri dan anak.....untuk hidup lebih selesa di masa hadapan...itulah tugas seorang suami !!

Wednesday, November 23, 2011

koleksi gambar2 Danish

 Mengamuk nak susu !!

Tido sedap aje anak papa nie ....
 susah betul nk tgk dia bukak mata !! tdo ajer Danish ni
Tido lagi

Sunday, November 20, 2011

Penat Tapi Seronok

Hari ini,genaplah 16 hari umur anakku 'Danish'. Penat jugak dok berjaga belah malam melayan kerenah 'siconet' ini....time papa dia nak tido,dia buka mata & nangis,kalau bukan nak susu,dia berak....hehe.Dah pandai dah,rimas juga dia kalo x salin pampers dia....nangis2 kasi susu mummy dia,senyap laa dia,pastu sambung tido balik.Hari ni bawak dia pegi Hospital Serdang lagi,ingat kena amik darah lagi,tapi doktor cakap x payah sebab kuning dia da x terok sangat. Aku pun xtau doktor ni bole pakai ke idak. Apa pun janji anak aku dan isteriku sihat walafiat.

Skarang ni keje dia makan tido,makan tido mandi.hehehe,Dah besar sket nanti xtau laa mcm mana si Danish ni,jadinya....tkot x terkejar lak nanti,lari sana lari sini,penatlaa papa n mummy dia.Ni laa gambar terbaru dia.Serius aku cakap,memang seronok jadi ayah ni,walaupun penat sikit kerana isteriku lambat belajar cara2 nak jaga baby ni,so aku plak yang lebih pandai....hurm.Selalu juga mummy dia kena marah ngan papa dia,hehe.Bukan marah,tapi mengajar sebenarnya.....Papa memang sayangkan mummy n Danish nie...muachxxxx

Wednesday, November 16, 2011

Tukar menukar

Hurm....pertukaran besar-besaran sedang berlaku di ofis aku ni.Ramai jugak yang bertukar sana sini.Unit aku saja yang dh confirm seorang,tapi yang datang sini dari ibupejabat ada 2 orang....apakah makna ini semua?Seorang tukar dengan 2 orang ka?

Mengikut sumber yang dipercayai, X housemate aku dulu,dia bagi tau member aku sorang ni kena tukar ke HQ.Cuma suratnya belum sain lagi.....adoi,ingatkan aku yang kena...mati laaa beb.Jauh sangat,umah aku beli pun jauh jugak.....hujung sana hujung sini.Kalau naik pangkat ok jugak kena pindah pun,stakat pindah saja2 baik x payah.Buat penat jer,buang masa dan tenaga jer.Tuan punya badan yang kena tukar ni xtau lagi ni,kalau dia tau mesti mengamok nie,dahlaa tgh mengandung....jgn aku jer yang belayar dhlaa.

Tuesday, November 15, 2011

Rindu kat Danish n Mummy lah

Urm,malam ni terpaksa tidur dirumah Meru,Klang....terpaksa laa kena balik basuh baju,baju banyak x basuh ni.Nak basuh umah mertua segan pula....dh memang dari dulu lagi aku basuh bajuku sendiri,x tergamaklaa nak suruh org tua kita pula yang membasuhnya.Urm,nampak gayanya malam ni tido keseorangan laa.Kecian kat baby n mummy dia xley tido ngan papa dia. Xpelah yer,esk papa balik yer....

Memang betol orang tua kata,bila balik keje penat2,tension ker bila dah sampai rumah,tengok muka anak,hilang semuanya....anak adalah anugerah Allah SWT yang paling berharga dan ia juga merupakan satu amanah untuk menjaga dan membesarkannya serta memberi didikan agama yang sewajarnya kepada mereka.

Aku percaya anaklah pelengkap kepada kebahagiaan sesebuah keluarga....sama ada kita susah ke senang ke,itu terpulanglah kepada rezeki masing2......yang penting kita tetap berusaha untuk meningkatkan ekonomi keluarga kita,InsyaAllah Allah SWT akan memberi rezeki kepada kita.....



Monday, November 14, 2011

7 Hari kat Hospital Serdang

Selesai sudah bersalin,masuk hari ke 2 isteri dan anakku berada di hospital. Tiba2 jer ada doktor dtg bagitau anak aku kena tahan lagi selama 5 hari,dia kata prosedur biasa kerana anak aku ada G6PD (Glucose-6-phospate dehydrogenase deficiency) hurm, aku pun x pernah dengar mende tu,tp yang pasti ia bukan sejenis penyakit,tapi terhasil dari genetik keluarga.Sel darah merah cepat pecah jika memakan makanan atau ubatan tertentu....hurm.Setelah 5 hari ulang-alik kat Hospital,ingatkan dh boleh balik,hari ke-6 isteriku dibenarkan untuk pulang,tetapi babyku kena tahan kerana kuningnya tinggi 330,paras normal adalah 250. So kenalah letak bwh lampu tanpa memakai baju.

So baby kena masuk NICU....Isteriku terpaksa menemani babyku kerana aku hanya dibenarkan masuk waktu melawat sahaja,lagi pun nk bagi susu pun susah. Last2,setelah 2 hari masuk NICU,adalaaa sorang doktor muda ni tolong aku percepatkan proses untuk aku dan isteriku keluar,tahap kuning baby dh turun ke paras 159, Alhamdulillah....jam 9.30mlm 12/11/2011.....Lega aku dibuatnya, maklumlaa doktor amik 2x sehari darah baby sampai lebam2 tangan dia,aku kira ada lebih kurang 14 lubang jarum kat tgn dan kaki baby....doktor pun satu hal, x pandai nak amik darah,main cucuk jer.Memang aku niat dh,aritu last la aku kasi doktor amik darah,pastu aku xnk kasi dh,kesian kat baby aku.Skang ni Danish dh ada kat Puchong, umh mertuaku...lega dibuatnya.Nampak macam dh ok dh.....tp 21/11/2011 ni nak kena ke Hospital Serdang lagi...buat follow up test.Urm,terpaksa jer laa kena tunggu mcm mana lepas ni.Kecian kat baby Danish ku.

Danish bin Aswadi

Tanggal 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432 .... lahirlah bayi lelaki sulongku yang diberi nama Danish. Jam 2.00pg 6/11/11 isteriku kesakitan semasa tengah tidur dirumah mertuaku di Puchong Perdana,aku dalam keadaan panik terus mengemas barang dan membawa isteriku bersama ibu dan ayah mertua ke Hospital Serdang....sampai jer kt hospital,terus daftar dan hilang pula sakitnya.Terus menunggu didewan bersalin kerana diberitahu katil penuh !! Jam 4.00pg,baru dapat katil,setelah diperiksa bukaan baru mencapai 4cm....kalo nk kasi baby keluar,kena 10cm !! Aku terpaksa menunggu dibilik bersalin,lama juga laa.Masa berlalu dan jam 8.50pg bukaan semakin membesar setelah diberi ubat untuk memaksa baby keluar,tunggu punya tunggu hinggalah jam 9.45 pagi, rambut baby sudah kelihatan,isteriku sudah kepenatan menahan kesakitan bersalin. Last2 baby pun keluar dengan jayanya,disambut oleh doktor dan dibersihkan oleh nurse,masa tu baby x berhenti menangis then diserahkan kepadaku untuk di azan dan di qamatkan.Masa aku azan kat telinga baby,dia buka matanya sambil memandang aku,dan berhenti menangis....sungguh bermakna saat ini bagi seorang ayah.Pengalaman yang cukup bermakna dan paling bernilai dalam hidup aku. Aku bersyukur kehadrat Illahi kerana mengurniakan cahaya mata yang sempurna untuk kami sekeluarga.

Tuesday, November 1, 2011

Baby Danish.....ooOooOOo baby Danish

Tanggal 1/11/2011 jam 5.00pg, biniku tersedar dari tidur dan sakit2....aku dah kelam kabut,lalu bangkit untuk sembahyang Isyak then lepas tu trus mandi. Tepat jam 6.00pg aku dan isteri terus bertolak ke Hospital Sungai Buloh, sampai jer di Hospital Sungai Buloh dan membuat pendaftaran....aku terpaksa menunggu di luar. Samapi tgh hari jugak laa aku menunggu....jam 12.00ptg baru biniku keluar dari tempat rawatan.Baby Danishku x jadi keluar pulak....hehe. Saja je testing tu baby ni,dia tgh cari jalan keluar kot....hehe. Main2 plak baby aku ni, skang ni tengah dok tunggu dia keluar laa ni. 

Dalam 2,3 hari ni laaa tgh berdebar2.....dalam mood standby laa skang ni.Biniku dapat MC 2 hari 1-2/11/11 ni.....berehatlaa kat rumah sedangkan aku datang bekerja.Tunggu masa je aku kena bergegas balik. Hospital plak dhlaa jauh,dalam 35km jugak dari rumah aku.Mintak2 laa Allah SWT lancarkan urusan biniku untuk bersalin,selamatkanlah bayiku dan juga isteriku....Aminnnnn.

Wednesday, October 26, 2011

Haish....berdebor le pulak

Berdebar-debar hatiku....dok tunggu result keluar ni.Minggu depan 4/11/2011 sama laa pulak tarikhnya dengan due date baby aku nk kuar....hehehe.Harap2 meletup laa result aku kali ni,last da pun ni.Hadiah untuk baby aku laa ni.Rezeki aku dan rezeki anak,harap2 dapat dean list....tp macam susah jer.Janji matlamat aku untuk grad dengan result cgpa 3.0 ke atas tercapai.matlamat utama aku tu.....susah ati je ni selagi result x keluar.Sabor je laa,xlama da pun ni.

Monday, October 24, 2011

Bosan siot

Memang tidak dinafikan environment kerja kat ofis aku setahun dua ni memang terlalu membosankan dengan kehadiran si gondol yang tak diundang ni.....memang memberi kesan yang amat besar ke atas ofis aku ni.Serba x kena dibuatnya,sampai nk bercakap pun malas,apa lagi nak bergerak kesana kemari,memang merimaskan....cuba bayangkan sendiri macam mana keadaannya....sangat terseksa dude.Diploma aku ni pula lambat pulak nak kua sijilnya,katanya konvo bulan 4,2012.

Kalo dapat transkrip saja pun xpe dh ni,bole je aku apply jawatan lain kat SPA.Nak harapkan LKIM ni,macam lambat jer....peluangnya sangat tipis.Kalau lah dapat jadi PTD mcm cousin aku,fuh....best jgk...sekejap jer naik pangkat dalam masa yang singkat pulak tu....bestnyer.Aku pun x tau lagi rezeki aku kat mana,berserah kpd Allah SWT je yang tentukan,aku hanya mampu berusaha dan merancang.Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga,Amin.....

Tuesday, October 18, 2011

Cari Modal

Nampak gayanya aku kenalah berusaha keras untuk mencari wang bagi menyara keluargaku yang bakal bertambah,disamping itu.....matlamat untuk sambung belajar dalam masa setahun akan datang amat dititik berat.Satu matlamat penting buat diriku.Dalam pada itu,tahun depan juga,aku berhajat untuk memberi peluang kepada isteriku untuk sambung belajar ke peringkat diploma di Politeknik Shah Alam yang akan mengambil masa selama 2 tahun.

Aku amat berharap agar rancanganku berjalan dengan lancar,maklumlaa kita hanya merancang,tapi yang mengizinkannya hanyalah Allah SWT.Modal yang agak besar juga kena cari ni....harap2 Allah SWT murahkan rezeki kami sekeluarga.....disamping mencari rezeki dengan membuat kerja sampingan + pula dengan baby yang baru lahir + sambung belajar.....fuhhhh 3 in 1 dah ni.....memang agak busy laaa maknanya aku lepas ni....tapi aku memang sukakan cabaran dalam hidup ni.Apa yang penting,buat benda biar ada hasilnya dan tidak sia2......penat lelah mengejar impian akan memberi banyak pengalaman yang bermakna....susah senang kenalah hadapi bersama sekeluarga,jangan mudah tewas ditengah jalan !!

Thursday, October 13, 2011

Last Game for Piala Malaysia ?

Malam ini adalah malam penentuan hidup mati bagi pasukan The Red Warriors,whether can qualify for semifinals or not. Howewer,i'm very optimis that we can beat the turtle squad with 2 goal tonight.We have to win at least 2-0, if not....we will disqualified for semifinals....so sad.Harap2 our supporters xde buat kacau,main mencun dan membaling botol malam ni,kalau x, game terpaksa dihentikan dan rentak permainan juga turut menjadi tidak stabil.Bila lah para penyokong dan para pemain sendiri menjadi lebih profesional serta mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

Sunday, October 9, 2011

Satria 1.6

Sedih,pilu...itulah yang boleh digambarkan olehku untuk melepaskan kereta kesayanganku kepada sepupuku malam tadi 9 Oktober 2011,rasa berat hati untuk melepaskan kereta kesayanganku ini.Setelah dibeli pada akhir tahun 2006,kereta ini sangat memberi banyak jasa kepadaku,dekat 4 tahun juga pakai kereta ni,sayang tu memang laa sayang,tapi disebabkan xdek modal untuk membaiki dan mencantikkannya....aku terpaksa menghadiahkan kereta kesayanganku ini kepada pakcikku....nak bagi cantik dan selesa untuk dibawa,kereta ni memerlukan modal dalam RM 5k jugak,nak kena buat balik body,enjin kena repair sikit,cat body,tinted dan tukar sport rim....sudah cukup untuk dibawa dengan selesa.Tapi nak buat macam mana,modal xdek.Xpelah,maybe ada rezeki lain lepas ni,terpaksa lepaskan kereta ni kepada orang yang boleh menjaganya dengan baik.
Xpelah kereta kesayanganku,ko jaga laa diri baik2 yer...nanti ada rezeki kita jumpa lagi !!

Wednesday, October 5, 2011

Tamat Sudah

4 Oktober adalah tarikh keramat buatku,tarikh yang amat bermakna buatku.Setelah 4 tahun berusaha gigih untuk mendapatkan apa yang dihajati,akhirnya berkat usaha dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT,aku akhirnya berjaya menamatkan pengajian diplomaku....ini bukan bererti telah tamat,ini hanyalah satu permulaan untuk ke peringkat seterusnya....memegang falsafah belajarlah sehingga ke liang lahad,itulah yang membakar semangat aku sebenarnya disamping kesungguhan mak aku yang x sudah2 memberi semangat untuk aku sambung pengajianku.Aku amat bersyukur kerana berjaya juga akhirnya,maka berakhirlah rutin aku selama 4 tahun iaitu malam2 pergi ke kelas.
So skarang ni nak kena cari rutin baru laa pula,malam2 nak kena buat benda yang bole kasi aku duit,hehe.Result belum keluar lagi,maybe dalam 2 minggu lagi...aku amat berharap dapat pointer yang bagus agar aku dapat apply kerja dengan senang,maklumlaa budak2 fresh graduate skarang pointer power2...kena laa bersaing ngan diorang.Walau apa pun,aku amat berharap Allah SWT murahkan rezeki aku sekeluarga.

Wednesday, September 28, 2011

Last Paper For The Last Semester !!

One more to go !! This is the last semester for my Diploma in UiTM Shah Alam....after struggle for 4 years,finally I will finish my studies for Diploma in Business Studies. My journey is not stop here,this only the beginning for me to further my studies to the next level. I have to arrange my time efficiently in order to manage my family at the same time further my study.Time is very limited,at the age 31 got Diplomas?Then maybe at the age 32 maybe 33 go for degree then finish at 35 or 36 years old. Then for next level maybe add another 3 years for Master.So i will got my master at the age 39 maybe? 

Quite ok, at least before 40 years old. This will happen if God allow me to do that,maybe God have another good plan for me and my family.Howewer,this is just my target for my life,this is what i need. I just want to be a good father and husband and as an idol for my son.I just want they know education is very important in our life,for our future.How hard to study,you will try so hard to achieve your mission.Nothing easy

Monday, September 26, 2011

Teraniaya

Hari yang agak mengecewakan bagi aku,officemate aku dapat surat tawaran daripada bahagian sumber manusia HQ untuk melayakkan dia pergi interview bagi mendapat kenaikan pangkat ke gred W22. Sangat mengecewakan setelah dapat mengetahui aku tidak dipanggil untuk ke temuduga tersebut. Tiada peluang langsung,sangat mengecewakan kerana tidak dipanggil untuk temuduga disebabkan oleh markah SKT aku tahun lepas yang agak teruk iaitu 70 markah.Perkara ini berlaku gara2 bos aku yang gila dan menganiaya aku.Apa salah aku terhadap beliau sehingga menganiaya aku sebegini? Menutup pintu rezeki aku sekeluarga,hanya Tuhan yang dapat membalas perbuatannya terhadap aku.

Sungguh kecewa setelah bekerja disini selama 6 tahun dan satu temuduga pun belum dipanggil !! Tertutup sudahkah pintu rezeki aku disini ? Xpelah,hari ini bukan hari aku,aku harap Allah SWT memperluaskan serta murahkan rezeki aku sekeluarga. Mungkin juga rezeki aku ditempat lain,usaha tetap usaha.....jika mahu berjaya tidak boleh mengharapkan hanya satu peluang sahaja. Terpaksa juga pantas mengintai peluang2 lain ditempat lain.Kalau boleh aku mahu cepat2 meninggalkan tempat ini dan mulakan kerja ditempat yang baru,tidak seronok dan suram suasana ofis ini setelah si Boroi ni wujud disini.


Thursday, September 22, 2011

Amat mendukacitakan

First paper 21/9/2011 Entrepreneurs......huh,x pernah lagi aku xley jawab exam mcm ni,dh 4 tahun study,time paper ni jer aku jadi mati kutu....adoiii.Harap2 lepas laa paper ni,jgn sangkut plak,nk grad dh ni.Ada lagi 2 paper yang belum amik,merisaukan jgk,mood utk study amat kurang,asal buka jer buku trus ngantuk,apa kena pun x tau....kena cuba atasi ni masalah ni.Malam ni kena study kaw2,layan smpai pagi kot,kena buat toyol kaw2 ni....paper ENT aritu buat toyol x habis,satu soklan je sangkut,trok beb.

Harap2 lec tu x kedekut markah.Kasi laa lebih skit,dpt B+ ok jgk.Jangan dapat C dh laaa,abis ppointer kau nanti.

Sunday, September 18, 2011

Last Exam

This is my last semester after studied for 4 years at UiTM Shah Alam, this wednesday 21st Sept 2011 is the first exam paper for the last semester. It is very struggle to finish my study for 4 years,syukur....I've finish my study on time without delay or extend with clean record with is without failed any paper I taken. A little bit sad after finish my study, actually after 4 years study at UiTM, I found myself love to further my study after this for degree then Master, InsyaAllah till Phd. That's my target for my life,it's very interesting when u do 2 thing at the same time,study and working.

It's very struggle but u will working hard to achieve your mission.Of course it is always have opportunity cost when you want something then you have to sacrifice something else.You have to sacrifice your time with your family,your rest time and sometime you will face tension,but all that thing will make u strong everytime u face problem. I've to rest about 1 years before i further my study after this,I just want spend my time for my wife and my baby to get together in our family.....then after that, I will go ON for the next mission !! InsyaAllah

Wednesday, September 7, 2011

Cuaca yang sangat sesuai untuk tidur

Hari yang amat best kalau layan tidur....macam nak hujan,tp x hujan2 lagi.Mendung saja,mungkin dibawa ke tempat lain.Nak buat kerja pun malas,mood raya x habis2 lagi ni.Final exam dah dekat,ni yang buat aku serba salah ni....gila kentang betul.

Assignment pun belambak,mcm mana laaa nak setel ni,test lagi.Gilo betul diorang nih.Penim kepala aku dibuatnya.2,3 hari ni aku asyik rasa loya2 laa plak,mcm nak muntah je bila makan.Kepala pun asyik pusing2 jer.Adoi,bini aku yang mengandung,aku yang kena.baby dalam perut laa ni,hehehe.

Nama dah ada baby aku ni, Danish bin Aswadi.....ramai org kata dh ramai nama danish ni,lantaklaa.Anak aku,suka hati aku laa nk letak nama apa,janji maknanya bagus,dan senang nak sebut....mcm manalaa agaknya rupa baby sulong aku ni...excited ni.Harap2,semuanya selamat.

Monday, September 5, 2011

Malasnyaaa

Huh...bahana cuti raya yang panjang....habis hancur,nk start buat kerja balik punya laa malas.badan terasa lemau2 x hilang lagi ni.Maklumlaa,tahun ni 1st time beraya dengan isteri.Seminggu berpuasa kat kampung,lepas tu raya pertama dan kedua beraya di Kota Bharu,dan raya ketiga bertolak ke Kuala Kangsar,Perak.Stay kat sana selama 2 hari.....pergi mandi kat air terjun.Then hari sabtu gerak ke Cameron Highland.Tido plak kat sana satu malam....hari ahad baru sampai umh.

Pening kepala tengok keadaan rumah macam tongkang pecah.Kena kemas dulu,sapu sampah,mop lantai dan sebagainya....gile penat.Isnin dh kerja,malam ada kelas.Mana tak lemau badan aku ni.Hari ni dh hari selasa,malam ni ade kelas lagi....bila dapat rest ni.Hujung minggu ni ada kelas lagi.Adooooiiiii. Nak buat macam mana,kena sabar jer laa.

Monday, August 15, 2011

Cuti Nuzul Quran 17/8/2011

Esok....cuti sempena Nuzul Quran. Serba salah pulak rasanya,khamis je kerja pastu Jumaat amik MC,ekekeke.Nak save cuti punya pasal,maybe terpaksa bertolak lewat sket laa kot sbb nk kena g klinik dulu.So sampai kampung pun lewat laa,maknanya kena berbuka puasa kt tgh jalan laa.Kalo bertolak kol 11 pagi,mau maghrib tu kat Kuala Krai,huh mana nk cari kedai makan dlm hutan mcmtu....kena bwk bekal laa sikit nmpknya.Urm xpelaa mana2 pun,janji boleh smpai dengan selamat harapnya,InsyaAllah.Kalau klinik buka awal kan bagus,boleh bertolak awal....tgk jer lah nnti mcm mana.

Thursday, August 11, 2011

Pencacai UMNO

Sungguh x disangka kejadian yang berlaku pagi tadi....pagi tadi masa nk pegi kerja,ada flyers kat pagar rumah aku,dalam 5 keping jgklaa...bergulung siap ikat dgn getah lagi tu,rupanya bila buka,ada gambar blue !! siap print colour lagi tu,modal besar beb....gambar lucah mcmtu pun sggp di edarnya dibulan Ramadhan yg mulia ini...x habis lagi...ada pulak 21 dalil kenapa tidak memilih PAS....adusss,gila punye kerja pencacai UMNO ni.Memang kerja org xde akal ni,otak dok lutut ke kaki ni ?? 

Hormat laa bulan Ramadhan ni,jgnlaa buat kerja mcmni...kita ni org Islam.Nak berkempen pun,tgk tempat jgklaa,tgk hari,tgk bulan.....jgn smpai fitnah dan mengedar keaiban org...tu dh salah.Tau laa PRU 13 dh dekat,tapi perangai tu jaga laa sikit.Aku mmg pelik laa tgk perangai org UMNO ni,mcm gangster pun ada,mcm org xdek agama pun ada,kata pembela bangsa melayu....taik kucing !! Yang mereka tahu,bila berkuasa,masing2 sibuk dok memenuhkan poket masing2....rakyat blakang cerita.Tahap keperibadian org UMNO yang rendah moralnya,kuat menipu,menfitnah dengan menggunakan media arus perdanalah yang menyebabkan rakyat berasa kerajaan UMNO sudah tidak dipercayai dan tidak relevan.Kita sama2 tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku pada PRU 13 nanti !!

11 Ramadhan 1432

Sekejap je masa berlalu....sedar x sedar hari ni dh masuk hari ke 11 kita berpuasa,fuhhh sekejap je rasanya kan,aku mcm pelik jer,cepat betul masa berlalu...pejam celik dh 11 hari berpuasa,minggu depan dh balik kampung.....gile kentang !! setelah 7 bulan lebih x balik kampung mengadap bonda tercinta.Tahun ni 1st time beraya dengan Isteri tercinta dan juga baby dlm kandungan....lepas beraya di Kota Bharu,bertolak pula ke Kuala Kangsar beraya disana,bagaimanakah agaknya keadaan beraya tahun ni.Maklumlah,dulu bujang skarang dh berkeluarga dan bakal mempunyai anak.

19 Ogos ni aku akan balik kampung,sebelum tu kena g klinik dulu,amik mc sbb hari tu aku x apply cuti pun.hehe
Lepas tu terus bertolak ke Putrajaya untuk mengambil kakak & abg iparku disana dan seterusnya bertolak balik ke Kota Bharu. Harap2 perjalanan pergi dan balik semuanya selamat dan lancar,Aminnnn

Wednesday, August 10, 2011

Tazkirah Ramadhan

Tazkirah di LKIM hari ini yang dihadiri penceramah yang bernama Ustaz Halim Din yang selalu ada dlm program Tanyalah Ustaz di TV9 ...... urm,aku agak terkilan juga dengan Ustaz tadi yang mengatakan bahawa pergi tengok bola seolah2 pergi membuat maksiat ? sedangkan Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih kasih kepada Allah swt daripada mukmin yang lemah... (riwayat Muslim). Hukum bersukan dalam Islam adalah Harus dan digalakkan selagi tidak mendatangkan perkara2 maksiat dan meninggalkan solat wajib.

Hadis Rasulullah s.a.w. ada menyebut, antaranya, ajarkan anak-anak kamu memanah dan menunggang kuda. Dalam hadis yang lain, baginda turut menyebut tentang berenang.Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’. Jadi jelas sekali tidak salah bersukan dan pergi menonton org bersukan tergolong dalam golongan yang sama.....namun,solat jangan sesekali ditinggalkan.

Aku pun selalu pergi menonton bolasepak,namun aku bersolat maghrib dahulu sebelum memasuki stadium,tidak pula nampak salahnya dimana. Mengikut kata Ustaz td, pergi tgk bola adalah perbuatan membuang masa ? sejauh manakah kebenaran tuduhan Ustaz tersebut ?

Satu lagi Ustaz ini menyalahtafsirkan tentang sesuatu tentang penduduk Kelantan,ini mendatangkan persepsi yang tidak baik kepada org yang tidak mengenali rakyat Kelantan !! Perkara ini boleh mendatangkan fitnah jika apa yang dikatakan Ustaz tersebut tidak benar.Sepatutnya seseorang Ustaz tidak boleh merendah2kan seseorang begitu sahaja,tambah2 lagi dibulan Ramadhan yang mulia ini.
Beliau menyebut bahawa lelaki Kelantan adalah pemalas disebabkan majoriti perempuan yang meniaga di Pasar Siti Khatijah.Persoalan yang timbul adalah sejauh manakah kebenaran kata2 Ustaz tersebut ? Ustaz td telah silap,rakyat Kelantan tidak malas,mereka rajin,mereka sama2 mencari rezeki dibumi Allah ini,baik laki mahupun perempuan !! Disebabkan semangat untuk mencari rezeki dan skills berniaga yang dikurniakan oleh Allah SWT,mereka sama2 mencari rezeki,jadi tidak pula timbul org lelaki dok goyang kaki sedangkan org perempuan sibuk pergi mencari rezeki.
Kebenaran perlu ditegakkan,kalaulah ramai Ustaz mcm ni,hancurlah silaturrahim antara masyarakat dinegara ini dan persepsi yang negatif akan dilemparkan kepada org2  yang tertentu akan berterusan sehingga org akan menilai buruk diri kita sebelum mereka mengenali kita dengan lebih dekat. Wassalam

Monday, August 8, 2011

Bonus 1/2 gaji ?

Layak kah dipanggil bonus ? Itulah nilai penghargaan kerajaan kepada 1.2 juta penjawat awam di Malaysia ini !! Setelah bertungkus lumus membuat kerja dan membantu kerajaan dalam operasi harian demi kepentingan rakyat !! Sungguh mengecewakan,tatkala pekerja swasta/bank menerima bonus sebanyak 3,4 bulan gaji malah ada yang menerima 10 bulan gaji !! Memandangkan sudah beberapa tahun pekerja kerajaan sudah tidak menerima bonus,tapi masa terima dulu pun lebih kurang mcm ni juga,sebulan gaji, 1/2 gaji.....adakah itu memadai dengan pengorbanan yang dilakukan demi rakyat?
Sangat kecewa dengan kerajaan yang memerintah sekarang,memang tidak patut,sepatutnya penjawat awamlah golongan utama yang kerajaan perlu jaga kerana merekalah tulang belakang kerajaan bagi memastikan maklumat dan mesej kerajaan sampai kepada rakyat !! Tapi penjawat awam hanya dipandang sebelah mata oleh kerajaan,maka x hairanlah rata2 penjawat awam memilih pembangkang !! 
Disebabkan perkara sebeginilah penjawat awam malas dan tidak bermotivasi untuk bekerja,kerana mereka tahu,mereka tetap tidak dihargai oleh kerajaan !! Sedarlah wahai kerajaan UMNO sebelum kamu tumbang !! kami ingin mencuba kerajaan lain pula,dan berharap agar kerajaan baru ni,dapat membela nasib penjawat awam di negara ini.

Sunday, August 7, 2011

Boring weh kerja kat Ofis Nih

Bosan betul laaa...hari2 dtg kerja buat benda yang sama jer.Apa nak buat,makan gaji mcm ni laaa,cukup bulan dapat gaji,tgh bulan gaji dh habis....maklumlaaa gaji kecil tambah pula tinggal di Bandaraya lak tu...apa laaa nasib aku ni.Orang lain yang kerja sama dengan aku kt ofis ni pun sama juga....mmg nmpk kesempitan hidup ni. Kalaulaa x keluar dari kepompong ni,sampai ke tua laa jawabnya mcm ni,terpaksa berjimat cermat dan hidup ala qadar sahaja,skali skala nak juga merasa senang....nak juga bli hadiah @ brg2 kat isteri dan anak....urm. Xpelaa,ade wape bulan je lagi ni,lepas tu kena mula cari rezeki lain2 pula.....hidup ni kena rajin,kalo malas2 bila nk ada duit,rezeki x dtg bergolek !! Ya Allah,murahkanlah rezeki kami sekeluarga !! permudahkanlah urusan kami di dunia ini !! Aminnnnn

Wednesday, August 3, 2011

Menu apa arini ek ?

Fuh...harini masuk hari ke 4 kita berpuasa.Hari ni terpaksa berbuka kat UiTM kerana kelas jam 6.30 ptg.So aku kena tapau nasi laa kat mana2...nk mkn ape ek?Hari ni nak cuba g kat bazaar Ramadhan kat PKNS,dalam usaha mencari nasi kerabu BeSt !! hehe,agak2 kat mana laaa pakcik tu meniaga ye,kalo xde kat PKNS,kena cari kat Stadium S.Alam pulak !! mesti ade kat ctu pakcik tu....nasi kerabu dia je yang paling best,yang lain2 hampeh !! Yang paling best ada,tp kat Kmpg Baru,jauh siot....tp yg tu mmg Ori beb,mmg terbaik !!
 
Asal je bulan Ramadhan,mcm2 benda teringin nak makan,hehe....besar sggh nafsu makan ni ye.Tapi apa pun bulan ni kena berjimat cermat,sebab nk blk kampung kan hujung bulan ni.....x sabar nk blk kmpg,nk makan murtabak raja,taik itik,jala mas,akok,buah tanjung !! fuyyooo tangkap leleh.hehehe

Tuesday, August 2, 2011

Mengantuk Tahap Gaban

Gara-gara study untuk test sabtu ni,aku terpaksa mengorbankan masa tidurku untuk mengulangkaji subjek Investment.Gilo kentang !! mmg x brape nak tahan ni,mata asyik nk tutup je,bos aku plak ade arini,kalo xdek,da cabut g landing kat surau dh ni....hehehe.

3 jam je pun study malam td,dari jam 12.00-3.00pg....pastu tido2 ayam je,tu yang x puas ati tu,mata nk tutup je ni....adoiii pe la nasib aku ni.Baru cover 1 chapter beb,ada lagi 4 chapter...byk woooo.Tu baru subjek investment....satu subjek lagi Entrepreneur testnya ari sabtu ni juga...teruk betul laa Lec ni,buat test pada hari yang sama,hari sabtu pulak tu,dahlaa bulan posa lak tu...adoiii dugaan betul laaa.


Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan 1432

Semalam adalah 1 Ramadhan 1432....bersamaan dengan 1 Ogos 2011.Hari pertama umat Islam berpuasa,bagi aku,hari pertama berpuasa bersama Isteri tercinta dan anakku yang masih dalam kandungan (6 bulan).Hari pertama puasa sudah x dpt berbuka bersama isteriku....memandangkan ada kelas jam 6.30ptg,memang perit,tp nk buat mcm mana kan.Terpaksalah tapau air n nasi kerabu yang x sedap kat SS2 tu....kesian kat isteriku yang terpaksa makan sorang2 kat umh.Xpelah,dh nak abis dh pun study,InsyaAllah hujung tahun ni dh settle.Hari ini hari ke 2 kita berpuasa,baru dpt msg dr classmate mengatakan hari ni kelas dibatalkan dan diganti pada setiap ahad...adussss hampeh betul,maknanya setiap sabtu n ahad laa ade kelas ni,teruk betul...penat beb !!

 Hari ini misi mencari kerang,isteriku kurang darah ni,nak kena makan kerang kasi tambah darah sket,nanti kesian kat baby lak,mcm2 jadinya nanti,risau jugak ni !! Aku pohon kehadrat Illahi agar melindungi kami sekeluarga dari bala,malapetaka dan perkara2 yang x baik.Permudahkan segala urusan kami sekeluarga dan murahkanlah rezeki kami....AMINNNNNNN !!

Sunday, July 24, 2011

Demam Bola !!

Masalah melanda diriku....dilemma,serba salah !! Itulah yang menimpa diriku buat masa skarang !! Hari khamis ni bersamaan dengan 28/7/2011 jam 8.45mlm,Malaysia menentang Singapore adalah detik penting bagi pasukan Harimau Malaya untuk layak ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil !! Tapi pada masa yang sama,aku ade kelas dan kena wat presentation pulak tu.....aduuuuu. Sepatutnya minggu lepas kena present,tapi benda x siap lagi kan,so terpaksa laaa postpone minggu ni !! Leceh betul laa macam ni,betul2 dilemma ni. Pasukan kita pun boleh dikatakan getir jugak,sebab apa,kena menang 2-0 dengan Singapore baru ler layak ke pusingan ke-3....Boleh tahan juga pasukan Singapore,main tipu boleh laa,pemain import sampai 7 orang !! 

Aku harap K Rajagopal sedar laaa,pasukan pertahanan kita amat kucar-kacir,beliau patot sedar,kena cari pemain lain laa...asyik dok buat kesalahan yang sama je defence kita ni.Bukan apa,ramai lagi player kita kat luar tu yang tidak diberi kesempatan untuk tersenarai dalam team Harimau Malaya ni,kalau dah 3 game x perform lagi,xkan laa nk biarkan aje !! Tukar lain laaa !!

Thursday, July 21, 2011

Bulp~

Fuhh...kebizian telah bermula....tapi aku ni semacam jer.Rilex semacam aje,bila nk mula ulangkaji pelajaran x tau,badan asyik lemau aje bila nak buka buku...hehe.Assignment tertunggak dah ade 3,ditambah pula dengan test pada minggu hadapan !! Hari sabtu pulak tu.....aduiiii,camne ni haaa ?? Penim aku dibuatnya.

Sejak kawen ni,memang aku jadi malas sikit nak belajar....teruk betul kan...malam2 nak buka buku,tgk je bini aku dok tidur,macam best plak....baru baca 1 muka surat,buku yang baca aku jadinya....pe nak jadi aku pun x tau !! Kena buang segala lemau2 dibadan ni,dah kena mula study ni...xbleh jadi ni macam ni !!

Monday, July 18, 2011

Bosan-bosan

Cuaca skarang agak tidak menentu,kejap panas terik,hujannye amat jarang skali.Minggu lepas jerebu pulak,demam selsema aku dibuatnya....nk keluar waktu petang amat panas,sampai ke malam panasnya,nak tidur pun x lena beb.nampak gaya lepas ni kena pasang aircond la.Loan rumah sudah approve pada jumaat lepas 15/7/2011.Gembira jugaklaa kerana tahun depan bakal memiliki rumah sendiri,bukan senang beb nak beli rumah dengan gaji yang sikit ini.Kena ikat perut laa kan,memang dh adat laa tu,orang kata 'opportunities cost'.

Walaupun rumah x sebesar mana,agak kecil jugaklaa rumah yang aku beli ni, 20 x 69.Tapi xpelaa,1st house kan,yang penting rumah atas tanah.Walau apa pun,aku bersyukur kehadrat Illahi keran memberi aku sekeluarga rezeki untuk membeli rumah !! kalau ade rezeki lebih dimasa hadapan,bolehlah beli rumah yang besar sikit.Rumah aku dijangka siap sepenuhnya tahun depan iaitu bulan 6 dah boleh ambil kunci.InsyaAllah projek akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Thursday, July 7, 2011

Apa kena dengan aku ni ??

Isnin ni ade test paper Investment....aku pun x tau apa kena dengan aku skarang ni,niat nak stadi tapi badan liat aje bila nk buka buku....penat laaa kalau mcm ni,mcm mana nak score paper ni ? Mana nak sempat nk stadi ni,sabtu n ahad kakak ipar aku kawen plak...aduhhh. Kena celah juga laaa antara sabtu n ahad ni. Curik masa sekejap untuk stadi.Kalo x, masak aku nanti xley jawab !! nak buat toyol pun macam x lepas je ngan lec ni, risau plak dibuatnya.

Yeah !!

Akhirnya....The Red Warriors menang Piala Liga Super....iaitu Piala kedua selepas Piala Sumbangsih.Walaupun terpaksa berduka selepas kekalahan dalam Piala FA tempoh hari,TRW kembali bangkit.....sekarang hanya tinggal Piala Malaysia yang menjadi rebutan sebelum berakhirnya pusingan bolasepak tanahair bagi tahun 2011.Menjelang tahun 2012, pemain import akan dibenarkan kembali beraksi, kehadiran pemain import ini ada baik buruknya.Selain meningkatkan prestasi pasukan dan meningkatkan skill setiap pemain,tetapi boleh dikatakan menutup periuk nasi bagi sesetengah pemain tempatan kerana khidmat mereka digantikan dengan pemain import yang dibayar gaji lebih mahal dari pemain tempatan. Walau apa pun,kita tunggu dan lihat !!

Wednesday, July 6, 2011

Nothin'

Baru balik dari HUKM melawat anak officemate aku yang kena diabetes !! Anaknya baru berumur 1 tahun stengah....katanya,tahap gula dalam darahnya mencapai 24++ dimana paras normalnya adalah 5. Aku pun x brape reti benda ni....tapi boleh tahan jgklaa kroniknya tu. Puncanya masih belum diketahui....tapi pada pandangan aku,susu jer puncanya. Kesian betul kan...kecil2 dh kena penyakit. Sama2 lah kita doakan agar baby itu cepat sembuh dari penyakitnya.

Ok ni part kedua pula...malam ni adalah malam penentuan TRW bagi memenangi Piala Liga Super. TRW hanya perlu seri bagi melayakkan diri bergelar juara baru Liga Super 2011 !! Berdebar-debar jugaklaa kerana badi piala FA hari tu....harap2 para pemain dapat fokus 100% untuk mendapat kemenangan menentang Sabah jam 8.45 malam ini !!!!
Gomo Kelate Gomo !!

Sunday, July 3, 2011

Kalah tapi layak

Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya kerana layak ke pusingan kedua menentang Singapore pada 23/7/2011 Std Jalan Besar, SG dan 28/7/2011 di Bukit Jalil.Aku amat berharap Malaysia akan layak ke pusingan seterusnya kali ini !! Kali ni harap2 menang besar,jangan pula menang tipis seperti menentang Taiwan pada pusingan pertama !! maklumlah Malaysia belum pernah layak untuk berada dikelompok pusingan sebenar piala dunia !! Aku mendoakan kejayaan pasukan kita !!

Thursday, June 30, 2011

Kelayakan Pusingan Pertama Piala Dunia 2014

Tanggal 29/6/2011 berlangsungnya perlawanan antara Malaysia vs Taipei (Taiwan) di Stadium Nasional Bukit Jalil. Aku pergi ke stadium dengan officemate dan kawan lama aku...hanya berempat untuk menyokong pasukan Harimau Malaya...perlawanan agak menarik tetapi masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.Menang,tapi menang tipis,2-1. Agak merisaukan kerana 3/7/2011 ini Harimau Malaya akan menentang Taiwan ditempat lawan.Malaysia hanya perlu seri untuk melayakkan diri ke pusingan kedua menentang Singapura.Harap-harap boleh menanglah kali !! Pasukan bolasepak Malaysia sekarang sudah nampak peningkatannya berbanding tahun-tahun sebelumnya.Macam ni laa baru ada semangat sikit nak sokong !!

Thursday, June 23, 2011

Kerisauan Melanda

Pening kepalaku memikirkan hal rumah....harga rumah samakin hari semakin naik harganya....dalam setahun,kenaikan harga rumah boleh dikatakan naik sebanyak 15% - 20%. Sangat tinggi nilainya,manakan orang yang berpendapatan rendah macam aku ni nak memiliki sebuah tempat untuk kami sekeluarga berteduh ?? Seolah-olah merempat dibumi sendiri !! Apekah inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi jurang pendapatan golongan sektor awam ini ?? Berkesankah ?? Sudah semestinya menjadi tanda tanya....Walaubagaimanapun,aku terpaksa mencari rumah pada tahun ini juga....kerana harga rumah memang naik mendadak dari tahun 2010 - 2011 ni....maknanya,kalaulah aku tak beli rumah pada tahun ini,kemungkinan besar kami sekeluarga tidak mampu untuk membeli rumah lagi pada tahun depan iaitu 2012. 

Aku amat berharap kerajaan akan melakukan sesuatu berhubung gaji kakitangan awam ini,terutama golongan pekerja bawahan seperti aku ini,saban hari merasa tertindas dengan gaji yang dibayar,kalau hendak dibandingkan dengan beban kerja yang ditanggung serta perbelanjaan harian yang saban hari mengalami kenaikan......

Monday, June 13, 2011

What The Hell *#& !!

Aku memang x puas hati betul laa dengan bos aku ni,asyik nak cari salah orang jer....memang x tenteram hidup aku kat ofis ni selagi dia jadi bos aku....memang dia suka orang bencikan dia,suka cari salah orang dari masa ke semasa....salah sendiri x nampak. Dah agak lama aku bersabar ni,tunggu masa nak meletup jer ni...geram jugak kan...asyik kena tindas jer. Aku cuba yang terbaik untuk menjadi manusia yang bermoral,malas laa nak gaduh2, keco2 kat ofis kan, x sesuai laaa....nasib baiklaa perempuan, kalau laki, lama dah aku tumbuk muka tu bagi hancur.....nk buat gila x bertempat...dhlaa asyik menganiaya aku jer. Sabar dalam Islam pun ada batasannya !! Aku baru je nak hidup tenteram kat sini,pastu dia pulak pindah sini,memang malang betul. Bila laa nak pencen minah sekor ni....

Sunday, June 12, 2011

Kaloh Pulok !!

Meme jeng koil....penat2 aku g tgk,kaloh pulok doh !! Meme game dari awal lagi main x sedak,wano jadi gini.Main save lajok,tamboh pulok daudsu ni g sumbak gol sdiri pulok...minit2 terakhir pulok tuh.Meme xdok rezeki laa sek kito tahun ni. Meme frust lajok lah....buke seney nk msk final,tahun 2009 aritu kena ngan Selangor,ni keno nge Ganu pulok....badi kali Piala FA ni. Wano2 pun,arap2 boleh jadi juara liga Super tahun ni yang berbaki 2 game lagi !! Lawan Perok 14hb ni pastu lawan Sabah main tempat dia....Gomo Klate Gomo !!

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Sunday, June 5, 2011

Final Piala FA 2011

Huh...tiket dah beli dah,mmg x sabar ni nak g tgk bola hari sabtu ni 11/6/2011.Harap2 Red Warriors menang laa...jangan kalah pulok.Nasib baik sempat jugak kirim tiket kat Pjoe....lega rasanya,kalo x, terpaksa laa g beli sendiri kat Bukit Jalil sabtu ni....tiket setel dah,cuma nak g cmne je x tau lagi ni,ingat nak g ngan motor je,senang nak balik nanti,kalau x,ranap laaa,jem wooo...maklumlaa hampir 85 000 penonton.X sabar pulak rasanya...hehe.Hari ni plak bermula laa class pertamaku di semester akhir ni...huh,liat pun ada.Tapi memandangkan dah nak habis....kuatkan semangat je laa....mengejar pointer supaya dapat dean list.

Thursday, May 26, 2011

Syukur Alhamdulillah

Akhirnya ada juga berita gembira disebalik kesusahan yang dialami sejak akhir2 ini....akhirnya usahaku membuahkan hasil....sungguh tak ku sangka,dengan jadual yang ketat dan masa yang singkat,aku dapat score result final examku semester ini....sangat gembira kerana dapat Dean List semester ini (3.67).Usaha tangga kejayaan,perkara ini membakar semangat aku untuk meneruskan lagi perjuangan aku ni hingga ke tahap Ijazah dan seterusnya kalau ade rezeki dan umur yang panjang,inginku sambung hingga ke peringkat Master....itulah matlamat dan target aku.Walaubagaimanapun,kena habiskan diploma ni dulu,30/5/2011 ni dah start class,this is the last semester,semangat berkobar2 ni,sem ni pun kena dapatkan semua A.....kalau boleh nak grad dengan result 3.5 keatas laa baru dapat Dean List.

Wednesday, May 18, 2011

Nothing

Minggu depan kena keje luar laa pulak,malas betul rasanya....mggu depan juga result exam aku keluar.Tadi member aku baru je call...dia ckp dia ade buat bisness dobi kat sekolah,hurm...agak menarik jgk.Baby pun dh masuk 3 bulan 2mggu ni...cuak pulak rasanya...duit pun da mula x ckp je nie...aku pun x paham....maybe harga barang smua dh naik,jadi gaji pun jadi makin kecil laa.Sikit je lagi ni nk abis study ni...ade rezki bole sambung lagi....maklumlaa skarang baru sedar 'education' is very important....masa muda2 dulu asyik main jer....study pun x abis,menyesal pun tiada guna,life must go on.

Apa pun aku laa yang bertanggungjawab untuk menyara keluargaku,menambah pendapatan keluarga....Hujung tahun ni ni kena mula cari rumah,masalahnya....kat mana aku nk pindah ni ?? masih mengintai peluang lagi ni....tgh mencari tempat2 yang menarik untuk membina hidup baru bersama keluarga.

Aku amat berharap agar Allah SWT murahkan rezeki aku sekeluarga.....Aminnnnn


Wednesday, May 11, 2011

Tekanan

Memang situasi aku dipejabat sekarang dalam keadaan yang sangat tertekan.Suasana kerja dipejabat sudah berubah,dulu semuanya mesra alam dan suasana dipejabat pun seronok,buat kerja sambil sembang2,tetapi keadaan sekarang jauh berbeza kerana terpaksa berdiam diri sepanjang hari,dari jam 8.00pg-5.00ptg.Tiada komunikasi berlaku antara officemate melainkan pasal kerja dan benda2 yang penting sahaja.Kami seolah2 berada dipejabat OKU @ pejabat orang bisu.Memang tidak seronok dan terpaksa bekerja dalam keadaan tertekan....aku tidak mengetahui sampai bila situasi sebegini akan berterusan...kerana perkara sebegini akan menjejaskan keharmonian rumahtangga dan ketenteraman hidup aku sekeluarga...siapa yang boleh tahan kalau 24jam berada dalam keadaan stress ? 

Situasi ini berlaku sejak kedatangan bos baru aku yang berperangai pelik dan sangat2 tidak menyenangkan,kerjanya hanyalah mencari salah orang.Aku pun tak tahu apa motif sebenar yang menyebabkan dia bersikap sebegini kejam terhadap aku,apa salah aku ? serba tak kena dibuatnya.Aku beranggapan dia mempunyai masalah dalaman yang serius,konflik peribadi @ peralihan usia ? maybe nk monopous ? Dengan menjadikan org lain mangsa kepada permasalahan peribadinya,memang kejam....langsung x berperikemanusiaan.Aku amat berharap Tuhan akan menyedarkan dirinya yang berperangai pelik ini,biarlah perangai dia berubah menjadi org yang baik2.Mungkin Tuhan sengaja hendak menguji kesabaran aku ? Aku amat berharap agar Tuhan memberi kekuatan kepada diri aku agar menjadi lebih tabah dan cekal untuk menghadapi masalah sebegini...Aminnnnn

Hati Busuk

Hari ini ada meeting kakitangan pejabatku jam 9.00pg....mula dengan ceramah dari penceramah SPRM berkaitan dengan rasuah dan sebagainya....abislaa bab tu,pastu disambung dengan meeting pengurusan.Bermula laa meeting yang benda2 mengarut,dhlaa meeting xde agenda,pastu minit meeting yang lalu pun xde,mcm mana laa boleh jadi meeting,sgt2 tidak prefessional....isu 1st bincang psl kad parking(xde kena mengena ngan aku) then 2nd issues bincang pasal pemandu kenderaan pejabat(isu bodoh juga),3rd issues is pasal nk beli peti sejuk ? agak2 laa wey,apa punye meeting ni,buang masa aku je....Isu yang paling hangat adalah bos aku ni,dia ckp kt pengarah aku,dia x kasi staff odit pergi berjalan/melancong jika ada PN yang sponsor.Walhal sebelum ini dia da bincang ngan officemate aku ni,dia kasi pegi,tp bila dlm meeeting dia ckp x kasi plak.

Lepas abis meeting bila tnya balik,dia suh officemate aku col pengarah Odit pulak,mcm keling percakapannya,bole jadi gila kalo aku layan dia ni....mmg tidak jujur dan mempunyai perasaan hasad dengki yang tinggi,tapi tak mengaku,kononnya dia just menyelia shj.Orang mcmni laa aku benci,bersikap tidak jujur,ckp mcm keling.Mmg aku akui,aku tak berapa nk tahan sabar dh berada kt ofis ni,aku x sabar nk pindah ke tempat lain....mana2 tempat pun boleh,asalkan tidak berada dibawah seliaan bos aku yang celaka i ni.Kalau boleh aku nk berambus dari bahagian ni,bahagian audit yang org2nya mcm celaka ni.

Tuesday, May 10, 2011

Mengapakah manusia sebegini wujud ??

Aku amat anti dengan orang yang mempunyai perangai kaki bodek,memburukkan @ menjatuhkan org lain demi kepentingan diri sendiri,suka bangga diri ditempat yang tidak sepatutnya dan berlagak pandai @ bodoh sombong laaa. Ade laa 2 ekor officemate aku ni,mmg menyampah tahap gaban laa,yang sekor ni prasan berpangkat tggi,yang sekor lagi pak turut dia @ kaki ampu,slalu memperlekehkan kerja org,seolah2 org lain x reti buat kerja,dia terer tahap gaban kot...wakaka.Walhal xtau apa2,sblm ni asik dok tnya aku itu ini,skarang ni nk mengajar aku pulak,x ke pelik tu....bia je la,aku bukannya apa,malas nk melayan org yg 'fool' mcm ni,kalo aku layan,nnti aku jgk yg jadi mcm dia,redha je laa,bia je Allah SWT balas pe yang diorang buat kat aku.Aku tgh plan nk mintak tukar je ni,mmg x tahan dengan karenah bos yang berlagak bgus mcm ni...yang plg aku bengang,markah SKT 2010 aku dia kasi 70.1 % jer,mcm aku ni x wat kerja langsung,dia ckp aku ada mslh disiplin,walhal dia xpernah pun tegur aku psl disiplin ni,nk jgk aku tau mslh disiplin psl apa...tp apakan daya,aku pekerja bawahan jer,walau pe pun,dia telah menutup pintu rezeki aku,kerana untuk melayakkan pergi interview,pengurusan tgk markah SKT utk 3 thn....so terpaksa laa aku tggu,kena tgk mark utk 2011 ni,kalo teruk jgk dia kasi,mmg nk kena g jmpa pengarah laaa.

Tuesday, May 3, 2011

Balik kampung

Sudah agak lama aku tak balik kampung ni (dari Jan-May 2011) lama jugak ni,mak aku da bising ni,aku perlu mencari masa yang sesuai kerana 30/5/2011 ni UiTM da buka,so aku tidak mempunyai byk masa,kalau diikutkan,hujung mggu ni jgk aku nak balik,tapi apakan daya ni pun da pokai,cmne nak balik?Maknanye kena tggu gaji dulu laa,isteriku pulak mengandung,nak bawak jalan jauh2 nantikan bahaya pulak....aku pun bingung ni,xtau nk wat cmne.

Apa pun,lepas ni kena cari side income ni,kos sara hidup meningkat mendadak skarang ni,harapkan gaji mmg tak cukup,lagi2 nk dapat baby ni,byk nk pakai duit ni...abis je study hujung thn ni,da kena start projek apa2 ni,cari duit lebih tuk baby pulak.Penim aku dibuatnya ~sigh

Monday, May 2, 2011

Apekah ?

Muak dengan isu liwat,video lucah yang terpampang dimuka depan akhbar dan berita setiap hari menjelang sebelum pilihanraya serawak dan PRU 13 yang bakal diumumkan pada bila2 masa pada tahun ini....tidak malu kah ahli2 politik di Malaysia ini yang seperti ketandusan idea untuk berkempen dan menipu rakyat...tidak ada cara lainkah untuk menambat hati rakyat selain bermain isu kotor ini ? sudah tidak waraskah ahli2 politik kita ini ? Memang memalukan dan sungguh bosan mendengar isu ini dibangkitkan oleh media Pro Krajaan yang diketahui umum berat sebelah dan boleh dikatakan berjaya menipu sebilangan golongan yang tidak menggunakan internet atau media alternative selain hanya mendengar/menerima bulat2 apa yang dihebahkan oleh media Pro Kerajaan yang berat sebelah ini.Polis pula lembab seolah2 sengaja melembabkan kertas siasatan dan membenarkan spekulasi berleluasa,ada juga pihak yang buat sumpah laknat dan mcm2...sggh memalukan,politik kotor sebegini tidak seharusnya diteruskan,jatuh menjatuh sesama mereka,sehingga sggp menggadai peribadi dan maruah seseorang,ini jelas ditegah oleh Islam.

Semalam,2 May 2011 berita mengegarkan dunia setelah Osama bin Laden telah berjaya dijumpai dan dibunuh oleh US lakhnatullah,Allahyarham telah dikebumikan dilaut oleh tentera US yang lakhnat.Sungguh menyedihkan dunia Islam,seorang pahlawan Islam telah pergi meninggalkan kita.Rakyat US berarak menandakan sokongan kepada kerajaan mereka setelah berjaya menjatuhkan seorang pemimpin Islam.Semoga Allah SWT menyebelahi umat Islam yang tertindas diseluruh dunia

Monday, April 25, 2011

1 more to go

Huh...sungguh mendebarkan examination week semester ini,dengan subjek2 yang semakin mencabar serta susah,ditambah pula dengan sikap lecturernya yang langsung tidak membantu,sungguh malang nasib para pelajar PLK semester ini.....cuba bayangkan mcm mana nk jwb soalan exam,kalau silibus yang diajar oleh lecturer langsung tiada kaitan dengan apa yang keluar dalam final exam !! Main hentam je mengajar,sekadar lepaskan batuk ditangga...lagak je mcm bagus.Naseb baik laa ada jgk lecturer yang prihatin tampil membantu dengan memberikan skema jawapan past exam...bolehlaa membantu sedikit walaupun hanya mengambil masa seminggu sahaja untuk mengulangkaji pelajaran.Last paper pada 28/4/2011 ni....lec ni Prof Madya,lagi kerek kerana statusnya sebagai Prof !! dia seorang yang sgt kedekut dengan markahnya,kira ikut skema btoi2 laa.Mati laa student kalau mcm ni,aku amat berharap jgnla ada C dalam result examku sem ni,paling cikai pun aku kena dpt B = 3.0......tu pun minima laa,harap2 ade la yang dapat A,memang cuak laa kerana kena jaga result,xleh grade bwh 3.0 beb...kalo x,sia2 je aku study selama 4 thn ni.

Wednesday, April 13, 2011

Gelisah

Pagi yang mengejutkan....perasaan risau menyelubungi diri aku,pada jam 6.45 pagi isteriku mengejutkan aku dari tidur dan menunjukkan sesuatu yang merisaukan aku dan juga isteriku. Kami cepat2 bersiap dan bergegas ke office untuk mendapatkan no fone hospital Klang dan juga klinik kesihatan Meru. Setelah mendapat nasihat doktor, kami bergegas ke wad kecemasan Hospital Klang untuk membuat pemeriksaan lanjut. Selesainya pemeriksaan pada jam 11.45pg, doktor memberitahu bahawa kandungan isteriku masih lagi dalam keadaan baik.Alhamdulillah aku bersyukur kehadrat Illahi kerana masih memberi peluang kepada aku sekeluarga. Perkara yang terjadi seawal pagi adalah  tanda2 untuk mengalami keguguran(mengikut kata doktor). Tanpa diberikan sebarang ubat,doktor hanya mengarahkan isteriku supaya banyak berehat dan tidak membuat kerja2 berat. Sungguh risau dibuatnya...aku amat berharap agar Allah SWT memulihkan kesihatan bayi dlm kandungan isteriku....sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa.

Wednesday, March 30, 2011

Busy Time

Sejak akhir2 ini situasi kehidupan aku menjadi bertambah busy....byk sgt assignment yang perlu disiapkan.Yang menjadi masalahnya adalah semua tugasan tersebut perlu disiapkan secara berkumpulan !! Bukan senang nk buat,maklumlah ahli2 kumpulan kebanyakannya sudah berkahwin dan mempunyai anak,maka mereka juga sibuk dengan keluarga mereka,begitu juga aku.Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menyiapkan tugasan yang diberi.Sedikit pengorbanan perlu bagi menyiapkan tugasan tersebut,demi masa depan keluarga juga.

Hampir setiap minggu aku terpaksa meninggalkan isteriku dirumah pada hari mggu kerana keluar untuk menyiapkan tugasan,kesian isteriku.....hehe.
Pengorbanan isteriku juga amat aku hargai,memahami situasi aku ini....walaupun kdg2 merenget laa jgk,tp biasa la tu....Masih lagi ada 2 tugasan perlu disiapkan,next week semuanya akan settle....pastu final exam pun menjelma laa....persiapan baru tahap 40% je ni....60% in progress.

Monday, March 21, 2011

Apa nak buat .... sigh ~

Nak kata menyesal,ada la jugak....nak kata tak menyesal...ntahlaaa.Maybe da ditakdirkan begini.Memang pada awalnya bila melangkah masuk kerja kerajaan ni,rasa macam dah selamat laa katakan,bukannya apa...ada pencen,tak kena buang,pastu terjamin laa sbb kerajaan ni tak macam company...so xde la masalah berlakunya 'kebankrapan'. Tapi setelah terjebak selama 6 tahun dalam sektor awam ni,memang agak menyesal laa,bukannya apa,bab kerja terjamin tu memang laa bole dikatakan ok,tapi bab gaji memang fail habis laa.
Staff gov ni memang bergaji kecik 'underwage' laa.Memang tak setimpal dengan kerja yang dilakukan,dan tidak kena dengan situasi ataupun trend zaman skarang yang harga barang naik setiap saban hari !! Bila harga barang asyik naik jer,gaji jer  yang tak naik2,mcm mana nak survive ?
Harga rumah makin naik,barang makan,minyak,tol dan sebagainya...amat membebankan laa.Memang tidak patut kerajaan amik endah tak endah perkara ni,seolah2 kakitangan awam ni ditindas oleh kerajaan.Memang tidak patut.Rata2 org gov skarang terpaksa laa aku dan buat 2 kerja,terpaksa kerja part time mahupun buat business kecil2lan bagi menampung kehidupan.
Nampaknya aku pun kena amik langkah yang sama bagi menyara keluargaku yang bakal bertambah hujung tahun ini,InsyaAllah.So,kenalah usha2 peluang yang ada diluar sana kot2 ada yang sesuai dengan masa dan kemampuan/skills aku yang ada ni....apa pun usaha tetap usaha,kerana aku tahu,usaha adalah tangga kejayaan !!

Sunday, March 20, 2011

Manusia

Lemah,hasad dengki,angkuh,khianat dan macam2 lagi. Itulah sifat buruk manusia yang pasti dimiliki oleh setiap manusia....yang membezakannya adalah cara mengawal sifat jahat itu sendiri.Mengawal nafsu jahat amat penting kerana itulah yang akan menjadikan seorang insan yang bertaqwa atau sebaliknya.
Memang tidak dinafikan,perasaan jahat itu didorong oleh syaitan yang selalu menghasut dan mencuba sedaya upaya agar kita mengikut jejaknya yang memang dijanjikan neraka jahanam adalah tempatnya.Syaitan juga selalu menghasut kita untuk melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.Kita perlu cuba sedaya upaya supaya tidak terpengaruh dengan setan yang jahanam ini !!
Kita juga hendaklah sentiasa bersyukur dengan nekmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita.Kita juga perlu sabar dalam menghadapi ujian dariNya.Bagi menjauhkan diri kita dari godaan setan ini,kita hendaklah sentiasa :
1. Membaca Al-Quran
2. Berzikir
3. Pergi ke majlis2 ilmu (mendengar ceramah2 agama)


Wednesday, March 16, 2011

SYURGA ISTERI DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI

Hari ini nak berkongsi info dgn semua terutamanya dengan para-para isteri. Selalunya kita dengar syurga di bawah telapak kaki IBU, tp bagaimana dengan ungkapan "Syurga Isteri di bawah Telapak Kaki Suami"  
Benarkah seorang isteri dijanjikan SYURGA ??
Firman ALLAH swt. yg bermaksud: " Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka" ( al-Nisa :34)

Dalam ayat ini menyatakan berkaitan dengan
Isteri Solehah. Ada beberapa ciri-ciri isteri solehah yang sememangnya dijanjikan Syurga. 
 

1) Mentauhidkan Allah  - mengabdikan diri hanya kpd NYA.
2) Tunduk kpd perintah Allah  - taat dgn melakukan ibadah (solat, puasa, sedekah dll)
3) Amal Makruf Nahi Mungkar  - tinggalkan segala larangannya
4) Sentiasa bertaubat kpd Allah  - lisannya dipenuhi istighfar & zikir
5) Taat kpd suami  - melaksanakan hak-hak suami.
6) Menjaga dirinya ketika suami tidak berada disisinya  - jaga kehormatan, mata dan telinga
7) Penuh kasih sayang  - kpd suami, anak2, ibu bapa, saudara & mencari maafnya
8) Melayani suaminya - menyiapkan makan minumnya, tmpt tidur, pakaian dll
9) Menjaga rahsia-rahsia suaminya - berkenaan hubungan intim dia & suaminya.
10) Berpenampilan menarik - dihadapan suami supaya senang mata memandang
11) Sentiasa mendapat keizinan suami - walaupun hendak berpuasa
12) Pandai Bersyukur - pemberian suami & tidak melupakan kebaikannya
13) Memenuhi ajakannya - bersegera memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan.

Adakah anda tergolong dlm ciri-ciri dinyatakan ? Sememangnya banyak lagi yang perlu dilakukan untuk perbaiki diri....renung2kanlah

Monday, March 14, 2011

Fat bastard

Of course I'm not happy! Look at me, I'm a big fat slob. I've got bigger titties than you do.
I can't stop eating. I eat because I'm unhappy, and I'm unhappy because I eat. It's a vicious cycle. Now, if you'll excuse me, there's someone I'd like to get in touch with and forgive... myself.

Hehe.....fat bastard.I have a lot of experience dealing with fat people,it's not a good one but it's bad one.From my experience,we can't trust fat people or obesity people....they always cheat,jealous,unreliable and not responsible.From my past experienced,my 1st housemate is a fat bastard,I've live together with him for 2 1/2 years....he always make trouble,don't respect other housemate and always make people angry with him.I always patient till he get out just like that from my house.He didn't mention anything to me and didn't pay for rent and the bills....it's very rude and disrecpectful.He left a lot of thing in my house,his stuff like book,cloth,desk,bed even his diplome.Very crazy.Ok end about his story.

 2nd fat bastard is crazy too....he always act like a king,make people pay attention to him(like he is the VIP person),bersifat cronism,provoke and stupido like buffalo.hehehe
Actually i don't know what the motive these bastard to do that thing,what the benefit of doing that?
I don't care what they do and what they thing about me,but i know that i really don't like fat bastard.
I know they are unreliable,lazy and not important at all.

Alhamdulillah

Semalam me and my wife pergi klinik untuk buat chek up, then aku dapat tahu berita yang sangat gembira iaitu wifeku telah mengandung.....tanpaku sangka aku akan menjadi ayah tak lama lagi....aku sungguh gembira dengan berita tersebut.syukur kepada Allah SWT kerana memberi rezeki yang murah buatku sekeluarga.

Dalam gembira,datang pula perasaan risau bila memikirkan penambahan ke atas perbelanjaan keluargaku nanti memandangkan gajiku yang kecil.Aku sangat berharap Allah SWT akan menambahkan rezeki aku sekeluarga untuk babyku nanti.Orang kata rezeki anak.Aku perlu mencari pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan keluargaku nanti,dengan gajiku yang kecil ni,memang tidak cukup.

Aku amat berharap agar dapat menghabiskan studyku dengan result yang cemerlang agar dapat melangkah ke jawatan yang lebih tinggi.Aku perlu merancang dengan teliti agar hidupku sekeluarga tidak susah kelak.

Thursday, March 10, 2011

Aku tak mahu suamiku berdosa

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku
Aku tak mahu suamiku berdosa..

Wednesday, March 9, 2011

Isteri

1. Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan. 

2. Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang." (Riwayat Al Bazzar).

Monday, March 7, 2011

Himpunan Hadith......untuk renungan bersama

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu.
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.

Sunday, March 6, 2011

Lesu dan tidak bermaya

Isnin....permulaan hari kerja yang paling membosankan dalam banyak2 hari,membuatkan aku 'liat' untuk bangkit dari tidur.Aura kemalasan masih terasa,kerana menempuh hari minggu yang memenatkan.No time for relax.
Saturday - menyiapkan assignment berkumpulan dengan classmate
Sunday   - berkejar dari rumah mertua pada jam 10.30pg balik ke Meru untuk menghantar isteri        yang tercinta, seterusnya ke Uitm untuk menyiapkan assignment.Jam 5.00 petang,balik ke rumah. Jam 6 ptg,berjogging dan bermain badminton bersama isteri di Pusat Rekreasi Setia alam.
Begitulah aku menghabiskan masa for my weekend.....sangat memenatkan jugaklaa.Lesu badan dibuatnya,tapi apakan daya,hidup mesti diteruskan.
Tunggu lunch hour je ni,rasanya macam nak g tido kat surau je ni....hehe

Wednesday, March 2, 2011

Hari yang Ceria

Suasana dipejabat hari ini sangat sunyi,ramai yang tiada termasuklah musuh ketat aku iaitu boss aku. Sungguh tenteram rasenya tanpa rasa sedikit pun tekanan tanpa kehadirannya dipejabat.Kalaulah keadaan ini berpanjangan seperti ini setiap hari,tentulah bertambah la semangat untuk datang ke pejabat setiap hari.

Semalam kereta satria aku buat hal lagi,maybe dia merajuk sejak kebelakangan ini kerana 'dia' telah dimadukan olehku....hehe.Tiba-tiba sahaja xbley nak start,maybe betri yang buat hal.Aku pun xtau,sbb hari ni 'dia' da bole jalan setelah aku periksa keadaan betrinya.

Tidak banyak untuk aku perkatakan hari ini,yang aku tahu...aku ada byk assignment yang perlu disubmit dalam bulan ini....keadaan sudah mula menjadi sibuk dengan alam pembelajaran aku  yang akan tamat hujung tahun ini.Tidak sabar rasanya untuk menyambung ke tahap yang seterusnya.

Monday, February 28, 2011

I love my Mom

A few minutes ago my mom's call me and she said she remember me...hurm sigh~ . I'm sorry mom's for can't go back to 'kampung' because of my class and have to work for the weekend....I'm feel very2 sad,I haven't seen my mother for 3 months.Urm,can't wait to back to my village(actually not a village)hehe.....and see my belove mom's.

I really hope I can see my mom's everyday...I really2 miss her.Owh god,please help me....I really hope my mom's have an opportunity to see my 1st son's....my future son's.
I have to work hard,I hope God will give me sustenance as soon as possible.Amin

Sunday, February 27, 2011

Dilemma

Aku....hampir hilang sabar dan tidak tahan dengan karenah bos aku,prangainya yang cerewet,tidak ramah,suka melekehkan orang dan berlagak seolah-oleh dia lah manusia yang paling sempurna atas muka bumi ini !! Perasaanku semakin meluat-luat ditambah lagi ada seekor kaki kipas yang ada dlm pejabat aku ini......mereka hanya berkomunikasi 2 ekor sahaja,aku seolah2 tidak wujud dlm pejabat ini,melainkan dia ade nk minta sesuatu pertolongan dari aku....time tu la baru dia perasan kewujudan aku.Kalo tidak,seharian dok ofis tanpa bercakap sepatah perkataan pun dengan aku.....cuba bayangkan,betapa bosannya keadaan ini.Aku tengah bersabar,tunggu je habis belajar....dan aku sangat berharap dapat grad dengan pointer yang baik,kalau tidak,sia2 je la usaha aku selama ini.Langkah seterusnya ialah,berpindah....urm,aku tidak tahu lagi nak pindah kat mana,tapi memang tidak tahan dengan keadaan ditempat kerja ini.Dilemma pula dengan keadaan tempat tinggal yang agak selesa...hurm...susah btol la nk buat keputusan kan.Ape pun,kena cuba wat yang terbaik buat keluarga aku !!

Thursday, February 24, 2011

Fight again

Last night I have fight with my wife,the issues that happened for 3 times included last night......the privacy issues that I can't write on this blog....I felt very sad because she didn't know how to appreciate me....why she always tired and always refused me to *****.
Now i feel very2 dissapointed of her,the problem is 'communication issues' that both of us have to settle it from the root....we have to tackle this issues before it's too late,both of us have to know how to tackle our problem.InsyaAllah

Wednesday, February 23, 2011

Stress

Some stresses get you going and they are good for you - without any stress at all many say our lives would be boring and would probably feel pointless. When the stresses undermine both our mental and physical health they are bad.

Causes of stress :
  • Financial problems
  • Working environment
  • Negative self-talk
  • Unrealistic expectations
  • Perfectionism
 How to overcome stress :
  • Sex
  • Exercise
  • Begin the Day on a positive note
  • Make the Quran your partner
  • Leave the world behind you FIVE TIMES A DAY (prayers)

Tuesday, February 22, 2011

Duit keluar lagi banyak dari masuk !!

Huh,sungguh penat dengan keadaan di negara ini,orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin....ape nak jadi.Semua benda nak naik naik naik...asal minyak je naik,commodities price juga turut naik sama.Pemerintah yang ada sekarang ni,belum cukup bagus untuk menangani masalah ekonomi yang melanda negara kita ni,mereka apa tahu....kehidupan mereka ditanggung dengan duit kerajaan yg diperoleh dari rakyat !!

Semalam kereta aku pulak meragam....cluth plate rosak,col workshop....katanya RM 650 siap pasang...huh
Penim aku mendengar angka tersebut....mana nk cekau duit lagi ni,bulan lepas baru je abis duit wat bayar yuran belajar,pergi honeymoon 2x....adusss.Apakah ini semua dugaan?Walaubagaimanapun aku akan cuba menghadapinya dengan tabah dan bertawakkal kepada Allah SWT.Kena selesaikan masalah satu persatu...aku amat berharap tiada lagi masalah berat akan menimpa aku selepas ini....

Wednesday, February 16, 2011

Friday oh friday

Feel very bored at my office with the old women that never stop talking bla bla bla.I don't know WTH they talking about....this situation make me sick every single day.I really hope i will leave this place someday,leave these all sick people in my office.

Still thinking where to go for this weekend with my lovely wife....maybe watch movies(bajet x brape byk)hehe
Cow,smbg lagi lepas ini

Damn !!

Bole pulak aku lupa ada assignment yang nk kena hantar arini...sejak kawen ni,rasa malas btoi nk study. Abis terbengkalai...dhla subjek semester ni mcm bahaya jer...Lec mcm rilex je...ni da lepas mid-term tp test pun xder lagi,esaimen pun x byk.....nampaknya weekend ni aku kena kuatkan diri untuk baca buku dan buat toyol...ekeke
Untuk esaimen hari ni,aku copy paste my fren punye je laa dulu...
Honeymoon mood kena stop dulu sekejap...nanti lepas final exam,bole sambung lagi....ciow

Migrain !!

Sejak 2 minggu kebelakangan ini...kepala aku asyik penim jer.Penim pusing2,loya,asal makan je rasa nak muntah...trok btol laa.Hari ni,keje plak byk kt ofis ni...lagi la penim kepala aku,skang da kol 4.30ptg lagi 30 minit nk blah dari ofis yang membosankan ni....blk nk singgah tesco,beli barang2 nk masak spageti...hurm,kepala pusing2 pun,naseb baik ade ubatnye,lega rasenya bila hidup berdua ni...dulu hidup bujang,serba x kena rasanye,buat tu x kena,buat ini x kena...keh3.


Skarang ni da ade bini,kena la rajin2 sket,tgh berusaha ni nk dapatkan baby...arap2 Allah SWT murahkan rezeki aku,nk meramaikan umat Islam dan besarkan keluarga....maklumlaa,saudara mara aku ni x laa ramai mcm org lain....


Sunday, February 13, 2011

Buhsan dengan karenah manusia yg tidak bertamadun serta mempunyai tahap mentaliti kelas ke 18 !!

Situasi yang membosankan di pejabat hari ini memaksa aku menambah koleksi penulisan aku....hehe. Gara-gara perangai bos baru aku ni yang sangat cerewet dan agak membosankan.....asik mencari kesalahan aku sahaja.Semua kerja yang aku buat,semuanya tidak kena dan tidak betul pada pandangan si 'boroi' ini....Tahap komunikasi antara aku dan dia amat rendah...boleh dikatakan 2 atau 3 patah perkataan sahaja aku bercakap dgn si boroi ini dalam tempoh 9 jam setiap hari bekerja....huh,amat teruk sekali.
Agak berlagak,sombong serta perangai bongkaknya menyebabkan aku berasa amat meluat sekali untuk datang bekerja setiap hari....semakin hari semakin tidak tahan aku dengan karenahnya.Aku masih menunggu masa yang sesuai untuk 'melarikan diri' dari pejabat yang membosankan ini.
Si boroi ini sangat berlagak seolah-olah berpangkat 'Jusa' , Pengarah atau seolah2 berpelajaran tinggi sangat (ada Phd) kot....padahal ada diploma jer....wakakaka.
Ok itu saja untuk kali ini....cow !!

Crazy neighbors

Yesterday my fuckin crazy neighbors hit my cars.I park my cars in front of my house,my neighbors son that I think baru je dapat car license that maybe lesen terbang....masih mentah and still don't know how to park a car. I'm really angry because their family always make me angry with their stupid and not civilization behavior, I think I lived there for 5 years, I always be patient with their behavior for 5 years and I can't take it anymore.Yesterday,when i woke up I saw my car 'kena langgar' and I go to my neighbors house.....the I said, "sape yg bodoh paking kereta ni !! mata buta ke !! men langgar kereta org ni,kalo x pandai bwk kereta,baek x pyh bawak !! Ko buat lagi skali mcm ni,aku pecah cermin kereta ko !! ".........huh,nyaris2 hilang sabar....seb baik dia diam je...kalo x, I don't know what will happens.It's too bad to be their neighbors.I hope i will move as soon as possible.This is not the first time they make me angry.What a stupido and buffalo neighbors !!

Thursday, February 10, 2011

Daily routine

Today is Thursday….another boring day with daily routine, wake up in the morning at 6.30am,went to worked, at 5.00pm going back home,7.30pm going to class, after finished my class going back home,11.00pm going to sleep.
Urm, nothing interesting happens…i really need something new that make me feel fresh and excited. I really miss my past ! What can I do ? I’m 31 years old now, getting old every day. Nothing to scare, it’s ‘life’, I have concentrate my study that will finish at the end of this year. I really hope god bless me, giving me happiness and make my life better than before.
”Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian”
Just be patient all the time !!