Wednesday, October 26, 2011

Haish....berdebor le pulak

Berdebar-debar hatiku....dok tunggu result keluar ni.Minggu depan 4/11/2011 sama laa pulak tarikhnya dengan due date baby aku nk kuar....hehehe.Harap2 meletup laa result aku kali ni,last da pun ni.Hadiah untuk baby aku laa ni.Rezeki aku dan rezeki anak,harap2 dapat dean list....tp macam susah jer.Janji matlamat aku untuk grad dengan result cgpa 3.0 ke atas tercapai.matlamat utama aku tu.....susah ati je ni selagi result x keluar.Sabor je laa,xlama da pun ni.

Monday, October 24, 2011

Bosan siot

Memang tidak dinafikan environment kerja kat ofis aku setahun dua ni memang terlalu membosankan dengan kehadiran si gondol yang tak diundang ni.....memang memberi kesan yang amat besar ke atas ofis aku ni.Serba x kena dibuatnya,sampai nk bercakap pun malas,apa lagi nak bergerak kesana kemari,memang merimaskan....cuba bayangkan sendiri macam mana keadaannya....sangat terseksa dude.Diploma aku ni pula lambat pulak nak kua sijilnya,katanya konvo bulan 4,2012.

Kalo dapat transkrip saja pun xpe dh ni,bole je aku apply jawatan lain kat SPA.Nak harapkan LKIM ni,macam lambat jer....peluangnya sangat tipis.Kalau lah dapat jadi PTD mcm cousin aku,fuh....best jgk...sekejap jer naik pangkat dalam masa yang singkat pulak tu....bestnyer.Aku pun x tau lagi rezeki aku kat mana,berserah kpd Allah SWT je yang tentukan,aku hanya mampu berusaha dan merancang.Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga,Amin.....

Tuesday, October 18, 2011

Cari Modal

Nampak gayanya aku kenalah berusaha keras untuk mencari wang bagi menyara keluargaku yang bakal bertambah,disamping itu.....matlamat untuk sambung belajar dalam masa setahun akan datang amat dititik berat.Satu matlamat penting buat diriku.Dalam pada itu,tahun depan juga,aku berhajat untuk memberi peluang kepada isteriku untuk sambung belajar ke peringkat diploma di Politeknik Shah Alam yang akan mengambil masa selama 2 tahun.

Aku amat berharap agar rancanganku berjalan dengan lancar,maklumlaa kita hanya merancang,tapi yang mengizinkannya hanyalah Allah SWT.Modal yang agak besar juga kena cari ni....harap2 Allah SWT murahkan rezeki kami sekeluarga.....disamping mencari rezeki dengan membuat kerja sampingan + pula dengan baby yang baru lahir + sambung belajar.....fuhhhh 3 in 1 dah ni.....memang agak busy laaa maknanya aku lepas ni....tapi aku memang sukakan cabaran dalam hidup ni.Apa yang penting,buat benda biar ada hasilnya dan tidak sia2......penat lelah mengejar impian akan memberi banyak pengalaman yang bermakna....susah senang kenalah hadapi bersama sekeluarga,jangan mudah tewas ditengah jalan !!

Thursday, October 13, 2011

Last Game for Piala Malaysia ?

Malam ini adalah malam penentuan hidup mati bagi pasukan The Red Warriors,whether can qualify for semifinals or not. Howewer,i'm very optimis that we can beat the turtle squad with 2 goal tonight.We have to win at least 2-0, if not....we will disqualified for semifinals....so sad.Harap2 our supporters xde buat kacau,main mencun dan membaling botol malam ni,kalau x, game terpaksa dihentikan dan rentak permainan juga turut menjadi tidak stabil.Bila lah para penyokong dan para pemain sendiri menjadi lebih profesional serta mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

Sunday, October 9, 2011

Satria 1.6

Sedih,pilu...itulah yang boleh digambarkan olehku untuk melepaskan kereta kesayanganku kepada sepupuku malam tadi 9 Oktober 2011,rasa berat hati untuk melepaskan kereta kesayanganku ini.Setelah dibeli pada akhir tahun 2006,kereta ini sangat memberi banyak jasa kepadaku,dekat 4 tahun juga pakai kereta ni,sayang tu memang laa sayang,tapi disebabkan xdek modal untuk membaiki dan mencantikkannya....aku terpaksa menghadiahkan kereta kesayanganku ini kepada pakcikku....nak bagi cantik dan selesa untuk dibawa,kereta ni memerlukan modal dalam RM 5k jugak,nak kena buat balik body,enjin kena repair sikit,cat body,tinted dan tukar sport rim....sudah cukup untuk dibawa dengan selesa.Tapi nak buat macam mana,modal xdek.Xpelah,maybe ada rezeki lain lepas ni,terpaksa lepaskan kereta ni kepada orang yang boleh menjaganya dengan baik.
Xpelah kereta kesayanganku,ko jaga laa diri baik2 yer...nanti ada rezeki kita jumpa lagi !!

Wednesday, October 5, 2011

Tamat Sudah

4 Oktober adalah tarikh keramat buatku,tarikh yang amat bermakna buatku.Setelah 4 tahun berusaha gigih untuk mendapatkan apa yang dihajati,akhirnya berkat usaha dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT,aku akhirnya berjaya menamatkan pengajian diplomaku....ini bukan bererti telah tamat,ini hanyalah satu permulaan untuk ke peringkat seterusnya....memegang falsafah belajarlah sehingga ke liang lahad,itulah yang membakar semangat aku sebenarnya disamping kesungguhan mak aku yang x sudah2 memberi semangat untuk aku sambung pengajianku.Aku amat bersyukur kerana berjaya juga akhirnya,maka berakhirlah rutin aku selama 4 tahun iaitu malam2 pergi ke kelas.
So skarang ni nak kena cari rutin baru laa pula,malam2 nak kena buat benda yang bole kasi aku duit,hehe.Result belum keluar lagi,maybe dalam 2 minggu lagi...aku amat berharap dapat pointer yang bagus agar aku dapat apply kerja dengan senang,maklumlaa budak2 fresh graduate skarang pointer power2...kena laa bersaing ngan diorang.Walau apa pun,aku amat berharap Allah SWT murahkan rezeki aku sekeluarga.