Monday, February 14, 2022

Protokol

Baru nak mula buat kerja dah macam-macam karenah yang kena hadap dengan perangai manusia ni. Nak jumpa TP(W) untuk buat entrance conference pun dah macam nak jumpa menteri. Dia punye protokol sampah gile betul, konon nak kena call dulu bagai. Mak ai berlagak betul, macamnilah kalau pompuan yang jadi bos. Sampah semuanya...boleh bikin stress. 

Hujung tahun lepas 2021....ada pergi trip snorkling ngan member-member ofis. Menyelam sambil minum air katanya. Belum sempat nak upload gambar dalam ni.












Friday, February 11, 2022

2022

This is my 1st story for year 2022. On the 24th Dec 2021, sewaktu pulang dari kerja kira-kira jam 6.30 pm, satu kejadian tidak diingini telah menimpa diriku.....waktu itu aku drive kereta alone and about 6km to arrive to my house. Aku telah terkena serangan jantung semasa tengah memandu.....terasa sakit yang amat sangat dan sepanjang hidup aku memang tidak pernah rasa sakit sedemikian rupa. Aku sendiri tidak tahu itu adalah serangan jantung. Ingatkan kena Covid-19 (Omicron) berleluasa ketika itu. Namun sangkaanku meleset. Masa serangan berlaku, aku hanya mampu mengucap dua kalimah syahadah....hanya mati dalam kepala aku masa tu. Alhamdulillah umurku masih panjang, Allah swt masih memberi peluang kedua kepadaku bagi menambah amal ibadat untuk dibuat bekalan di sana nanti.

Gagahkan diri drive sampai ke rumah, tibanya dirumah, aku mandi pakai ubat minyak cap kapak di dada dan terus tidur. Tengah-tengah malam kena serang sekali lagi. Pagi esok terus ke Hospital Shah Alam. Pada 25th Dec 2021 jam 8.00 am, aku ditemani isteriku ke Hospital Shah Alam terus ke emergency room....sampai ditempat saringan, terus dibawa ke red zone dan ditahan disana. Pelbagai ubat dimasukkan ke dalam badan, dengan keadaan huru hara di red zone macam medan perang, keadaan aku bertambah parah melihat patient yang tidak henti-henti masuk ke red zone. Tidak dibenarkan makan dan minum sepanjang di red zone, hingga tengah malam baru dibawa ke yellow zone, diletak pula sebilik dengan budak berusia 27 tahun yang cuba bunuh diri dengan menelan ubat asma sepapan,Islam plak tu. Jam 5 am, aku dibawa ke CCU....memang tak tahan aku dok di hospital ni, sejuk giler aircond. Tidak sempat tidur di CCU Shah Alam, aku mohon untuk di refer ke IJN....Alhamdulillah, maghrib tu aku dibawa menaiki ambulan ke IJN, sampai-sampai di IJN aku terus mintak nasi dengan Dr bertugas,lapar sangat kerana semasa di Hospital Shah Alam memang tidak diberi makan langsung. Dapatlah makan nasi paprik ayam di IJN tu....barulah badan rasa segar sikit. Lepas daftar di IJN....dapat bilik, dapat mandi setelah 3 hari tak mandi.....badan ada rasa segar sikit. Pagi esok terus masuk lab untuk buat operation pasang stent. Operation berjalan selama 2 jam setengah, Dr dua orang dan nurse dan MA 6 orang, semua sekali 8 orang terlibat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun saluran main tersumbat 100%. 

Setakat itu sajalan coretan aku untuk kali ini, lain kali pula jika ada masa mengarang lagi.