Sunday, December 30, 2012

Last Day at LKIM Negeri Selangor and Bye 2012

Today is my last day working at LKIM Negeri Selangor. Working here for 7++ years, actually have a lot of thing happen that have changed my life. Meet my wife here then married. Working here give me a lot of experienced about doing my daily work. Hurm, a little big sad to left this place that give me a lot of memories. 

However, life must go on. Hopefully my new workplace at Wisma LKIM, Desaria Puchong can give me new experience that can make me feel fun in doing my work everyday. I know, in my new workplace, there's a lot of people that busy body and i really don't care about political in office in order to get new promotion, they able to bring down each other. I hope i don't get involve with people like that. This is me, real me, I really don't care what people say and what people doing.....I just want to be myself !!

Good Bye 2012, Good Bye LKIM Negeri Selangor, Welcome HQ and 2013 !!!!

Tuesday, December 25, 2012

NOT APPRECIATED

Feel really sad, madness when people do not appreciated your contribution at workplace....working here for 7 ++ years for nothing !! Working hard, help the organisation, doing people's work for nothing. No one appreciated my services here for 7 years ? Oh no...why they doing this to me? What actually I have done to them? Maybe someone talk something worse about me and spread to the others. Then that moron people trust what they said about me. 

Urm....thats OK, I really don't care about it. Maybe this will make me strong in the future and have to be more selfish in the future. I dun give a damn about this, maybe this time is yours, my time will coming ... I will be waiting !! I hope what you give to me, you will get it back !! 

In my workplace, worked here for 7 years for nothing, really useless, working with stupid people,no one is consider my best friend here,sick and selfish people.

Go to hell for the people like this, you are really stupid moron, go fucked yourself !!!!!

Sunday, December 23, 2012

Musim Melancong

Maklumlah sekarang ini musim cuti sekolah....kebanyakan orang sibuk pergi melancong sana sini. Hurm....aku pun bukannya x nak g melancong. Tapi apa kan daya, faktor kewangan memang tidak mengizinkan untuk melancong. Hurm, xpelah orang putih kata 'Opportunities cost' if you want something, you have something to let it go. Dah berhabis duit untuk beli motor, sebanyak RM 6,720.00 BLX 5581....lupa plak nak amik gambar motor nak upload. Lain kali jerlaa. Adik beradik ku yang lain pergi bercuti di Bukit Merah Lake Town Resort. Urm,nak ikot pun x mampu ler.....poket sudah kering skarang nih. Tunggu lah poket penuh, nampaknya lambat lagi,sebab lepas nih kena potong duit rumah lagi sebanyak RM400++.

Baki gaji aku hanya RM600++ jer, tu pun x potong lagi duit danish+bil api+air+belanja dapur = pokai habis. 

Terpaksa laa tunggu rumah siap dulu,lepas siap kena renovate dulu...then baru boleh duduk. Rasa aku macam lambat jer lagi nih. Nak dapatkan kunci kena tunggu CF dulu. Penim kepala aku dibuatnya. Selagi x setel rumah nih,tu lah yang buat aku pening.....Mintak2 lah xde benda sangkut pasal rumah nih,harap2 semuanya lancar dan cepat dapat kunci.......

Thursday, December 20, 2012

Hujung Tahun 2012

Disaat-saat akhir tahun 2012 ini,memang banyak perkara yang perlu dibayar dan perlu disetelkan. Bayar tu bayar ni, hurm.....nak masuk tahun baru nie, kena ada azam baru juga....tempat kerja pun baru, harap2 bos baru nie ok laa sket dari yang dulu....tapi yang bosan tu, nak kena kerja kat dalam pejabat jer, dengar citer xde keje luar la kalau aku dok bawah bos baru ni, dengar2 dia buat fail jer....ntahlaa camne dok bawah bos baru nih, sebab dah biasa buat kerja luar....tau2 pindah tempat kerja baru ni kena pulak terperap kat ofis nih. Aduiiiii.....memang hampeh,tapi apa kan daya dah terpaksa. 

Motor baru da amik smlm, boleh tahan jugak motor nih,tapi x test lagi boleh pergi laju mana....hehehe

Wednesday, November 28, 2012

BELAYAR

Hari ni tanggal 29 Nov 2012,dapat sepucuk surat dalam sampul surat besar. Memang aku dah agak dah, buka2 dapat surat arahan untuk berpindah ke Ibupejabat.....hurm. Memang tidak dinafikan aku agak keberatan untuk ke sana memandangkan jauh dari rumah. Kos untuk pergi kerja pun agak tinggi, terpaksa laa aku beli motor baru.

Hurm,bosan betul dok HQ nanti,dipenuhi dengan manusia hipokrit semuanya. Tapi apa kan daya,dah arahan,ikot jer laa. Badigol punye Pak Ya !!

Tuesday, November 13, 2012

Danish Birthday

Danish Birthday....syukur Alhamdulillah,Danish membesar sihat walafiat tanpa sebarang penyakit. Syukur kepada Allah swt kerana mengurniakan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga.....Dengan rezeki yang dikurniakan Allah swt, adalah rezeki untuk menyambut birthday Danish ni kt rumah mertuaku kt Puchong. Sponsor banyak, bapa mertuaku sponsor Piza, Adik iparku n wife sponsor kek Baskin's Robin dan KFC...aku,pokai,x sponsor apa2......Bulan ni kewangan teruk sikit. Apa pun xpelah,rezeki Allah swt dah tetapkan....syukran.

Tuesday, November 6, 2012

Danish Birthday !! 1 Year

Tanggal 6 November 2012 adalah genap setahun umur anak kesayanganku Danish. Tapi nak sambut besday dia x boleh lagi, demam pulak anak aku ni. Hurm,kesian betul....semalam bawa pergi klinik suhu dia cecah 39 C. Pastu doktor masuk ubat kot bontot dia....katanya untuk kurangkan panas badan dia. Bila dah selesai,balik rumah,asyik meragam je,maklumlah dia demam selsema,maybe x selesa kerana x boleh bernafas dengan normal. 

Nak kena dukung je lah....malam tadi pun dia tidur dalam stroller.....kesian betul. Badan panas x hilang lagi,hingus pun banyak.....hurm. Biasanya kalau dia demam,xde pulak dia meragam,kali ni kuat pula meragamnya....nak manja aje si Danish ni

Monday, November 5, 2012

HIPOKRIT !!

Memang tidak dinafikan dalam dunia ini memang wujud sangat ramai golongan hipokrit ini. Memang tidak boleh lari dari golongan ini. Kat ofis aku ni pun memang ramai sangat golongan ini.....kat tepi aku ni pun dah ada sorang.....kat bawah,tepi,kiri dan kanan....adoiii. Dikelilingi golongan hipokrit ini. Terkepung aku nampaknya. Tapi takpe lah, aku pun dah x lama kat cni,maybe bulan Dis 2012 ni,maybe awal lagi. Berambus laa,sebab dah dengar citer pasal aku ditukarkan ke ibupejabat. Jauh pulak tuh kena berulang....dalam 60km jugak dari rumah aku.....tapi nak buat macam mana,demi sesuap nasi. Blah jer lah,kat sana pun lagi ramai golongan hipokrit ini yang menunggu. Tapi takpelah....aku buat hal aku je la. Lantaklah diorang nih nak cakap apa pun.............Tensennnnn betul lah

Tuesday, October 30, 2012

Pesan Mak

Cakap orang ataupun nasihat dari Ibu dan Ayah sememangnya untuk kebaikan kita di masa hadapan. Itu sajalah yang boleh aku ungkapkan. Sememangnya ibu dan ayah memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan anak2. Memang anak2 agak sukar menerima pendapat mahupun nasihat para Ibubapa kerana maklumlah jiwa muda nak mereka sering selisih pendapat. Jadi anak2 sememangnya kuat memberontak bila ditegur mahupun dinasihatkan oleh ibubapa mereka. 

Aku sendiri pun sememangnya tidak menafikan menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibuku sendiri untuk belajar bersungguh2 di kala usia masih muda. Selepas mengambil peperiksaan SPM dan mendapat result yang tidak bagus,aku mendapat tawaran ke UiTM Serawak bagi melanjutkan pelajaran. Tapi kerana sifat malas dan main2ku yg kuat,maka sempat belajar selama 6 buulan sahaja disana. Selepas itu aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma IT di Akedemi Infotech Mara di Kuala Lumpur. Hurm,aku mengalami culture shock semasa berada di KL. Menggila x ingat dunia dan belajar sambil lewa dan keputusannya amat memalukan,hanya dapat bertahan selama 5 semester. Then,balik kampung dan mohon untuk masuk Institut Latihan Perindustrian di Pengkalan Chepa,untuk belajar sijil jurusan Elektrik (PW2). Hurm,memakan masa selama 4 tahun untuk habiskan sijil yang sebenarnya hanya 2 tahun saja. Memang aku agak tidak matang masa itu walhal umur sudah 23-24 tahun. Mak aku memang nak aku habiskan belajar walau apa cara sekalipun. Disebabkan sikap acuh x acuh dan main2 aku,maka aku membazirkan masa selama 5 tahun. Satu perkara yang merugikan diriku sendiri. Umur 25 tahun baru ada sijil,bukan Diploma apatah lagi Degree. Satu perkara yang merugikan. Kalaulah boleh diundurkan masa,sememangnya aku mahu mendengar segala arahan dan nasihat Ibuku selama ini yang tidak mahu anak2 ketinggalan dalam pelajaran.

Pada tahun 2005, aku mendapat tawaran untuk kerja kerajaan dan barulah bermula kehidupan sebenar aku,aku sedikit sebanyak berubah dan barulah dapat memikirkan masa depanku sendiri. Aku tidak tahu apalah nasibku kalau x dpt kerja skarang ini. Aku terpaksa bangkit kembali dan belajar sekali lagi di UiTM Shah Alam dalam bidang Business Study. Bertungkus lumus belajar selama 4 tahun,akhirnya aku mendapat segulung Diploma pada tahun 2011.

Dan pada masa sekarang,aku masih terkial2 mencari kerja baru yang setaraf dengan sijil yang aku ada. Memang agak susah untuk mencari kerja pada usia yang lanjut ini,peluang x byk. Masa semakin suntuk,ikutkan hati,aku mmg nk smbg belajar lagi kerana target aku sampai Master. Jauh lagi perjalanan aku.

Kesimpulannya,nasihat Ibubapa jangan kita abaikan,ini kerana mereka tidak mahu apa2 balasan pun,ia hanya untuk kebaikan kita dimasa hadapan sahaja. Menyesal kemudian tiada gunanya.


Wednesday, October 24, 2012

Hari Raya Aidiladha 2012

26 Oktober 2012 iaitu hari Jumaat, Hari Raya Aidiladha. Hurm sudah 2 tahun aku x balik kampung menyambut hari raya korban nih...tahun lepas Danish keluar pada pagi raya....tahun ni pula mek pula berada di Mekah untuk menunaikan fardu Haji....so kat kampung xde orang lah. Jadi tahun nie beraya kt rumah mertua je laa. Nak buat macam mana.....bukan ada apa pun kat cni. Suasana hari raya tu xde je laa. Apa pun xpelah. 

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha !!

Tuesday, October 23, 2012

Treble untuk TRW 2012

Hebat dan dramatik sungguh TRW dibawah bimbingan Bojan Hodak bagi musim 2012 nih....selepas Piala FA,Piala Liga Super dan yang akhir sekali Piala Malaysia.....semua ke-3 piala ini berjaya disebat oleh pasukan TRW,ini adalah sejarah baru bagi bola sepak Kelantan. Pada tahun ini juga buat pertama kalinya TRW berjaya bermain di pentas AFC dan juga berjaya masuk ke perlawanan suku akhir. Wah,hebat sungguh. Memang kagum dengan pencapaian oleh pasukan Kelantan. 

Disamping itu juga,Kelantan berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di gelanggang sendiri bagi semua perlawanan termasuk AFC Cup. Memang keramat sungguh stadium Sultan Muhammad ke-4 nih.Bukan senang nak kekalkan rekod tanpa kalah tu. Dan yang paling hebat sekali,TRW tahun ini menutup tirai dengan bergaya sekali dengan memenangi Piala Malaysia setelah bergelut selama 120 minit dan akhirnya berjaya menang dengan 3 gol berbalas 2. Game yang penuh dramatik dan juga sengit itu sememangnya menghiburkan semua pihak. Tahniah TRW. Sudah pasti tahun 2013 akan datang akan menjadi lebih sengit dan tertekan bagi sang juara Treble ini bagi mengekalkan kejuaraan tahun 2012 !!!

Sunday, October 14, 2012

Separuh Akhir Piala Malaysia 2012 - Kelantan vs Selangor

Tanggal 8 Oktober 2012. Gerak bersama Isteri dan anak ke Stadium Melawati Shah Alam untuk menyaksikan Semi Final Piala Malaysia 2012 Kelantan vs Selangor. Mula2 nak g ngan kwn aku jer,pastu last2 minute wife aku plak nk ikot...nak merasa masuk stadium katanya. Nasib baik membe aku ada tiket lebih.....

Lepas solat maghrib kt stesen minyak petronas SS7.....gerak ke stadium. Jam 8.00mlm masuk ke dalam stadium...nasib baik ada lagi seat kosong kat bawah,bahagian sisi gol. Tapi memang bahaya sikit dok bawah ni...takot nanti jadi mangsa balingan objek atau mercun. Diorang ni mmg hampeh,mmg mesti ada yang seludup mercun wat masuk. Nak buat macam mana,kalau dah ramai2 tu,ada je yang mengom.


1st half - tiada gol dihasilkan
2nd half - diminit2 terakhir M.Ghaddar jadi wira Kelate menyumbat gol pada minit ke 80. Then disusuli oleh Piya pada minit ke 93. Memang dramatik....Selangor pun main best jgk aritu,cuma tang penyudahnye saja yang tumpul.....yang menyedihkan,si Mohd Farhan n M.Ghaddar x dpt beraksi di Final,kerana masing2 memungut 2 kad kuning. Memang merungsingkanlah di Final ni....lawan ATM pulak tu......ada Hai-O tuuuu.

Gomo Kelate Gomo !!!!

Thursday, October 4, 2012

I don't Trust Nobody....Nobody Trust me

It's very poor for working here and work together with this weird people everyday. Right now I don't have any chance to get out from here. Unlucky me.....everyday have to strengthen the spirit and force myself to come to workplace. Everyone here is very selfish and have no respect to other. How come you act like that and while you expect people to respect you.....what a silly !!

Right now, I'm just waiting thats my time will coming....and I will show this moron people that I better then them. For them, everything I do is wrong and have poor quality at all. This is really bad, whats a problem right now is 4 of them merge together and bully me everytime give me a job. They're always looking for my weakness everyday. 

How come people like this exist in this work?
How come I have to face moron like this?
Why me?

Thats all

Monday, September 3, 2012

Bosan

Sampai bilakah situasi yang tidak menyenangkan ini akan tamat? 
Sampai bilakah nak kena mengadap badigol itu?
Sampai bila nak buat kerja hari2 dalam keadaan tidak selesa dan tertekan?
Sampai bila nak kena membisu dan menghadapi suasana pejabat yang suram?
Sampai bila kena kerja bawah rejim badigol ini?

Terlalu banyak persoalan....tapi jawapannya satu pun tiada. Hanya masa yang menentukannya....aku amat berharap satu hari keadaan akan berubah kembali normal seperti sediakala. Pada ketika itu barulah aman bahagia keadaan aku kat ofis ni....bilakah harinya itu??? Sama2 laa kita tunggu

Tuesday, August 28, 2012

Chicken POP

Kesian betul tengok Danish ni....kena plak chicken pop raya ke 2 tuuu....abis muka n badan dia merah2. Klinik pulak semua tutup,Raya kan. 

Duduk kat kampung bini aku plak macam2 diorang kasi....daun tu laa daun ni laaa. Teruk betul. Kena je mandi dengan daun buluh besi tuuu,menangis abis dia,x tahan gatal...rupanye daun tu miang. Hampeh betul.

Idulfitri 2012

Raya tahun 2012 nin cuti panjang.....2 minggu cutinyer.....gaji pun awal. Dah balik rumah balik dah kopak habis dh....nak buat mcm mana kan. 

Mula2 balik KB, lepas dah seminggu kat sana puas hati laa. 

Then Raya ke 2 tu dh bertolak balik ke Kuala Kangsar pulak. Aku pun xde nak citer pe sangat pasal raya tahun ni,boleh laa. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Thursday, August 9, 2012

Balik Kampung

11 Ogos 2012 bersamaan 22 Ramadhan 1433 iaitu hari sabtu...aku dan keluarga akan berangkat balik kampung untuk meneruskan berpuasa di Kota Bharu....bersyukur kehadrat Illahi kerana memanjang usia kami sekeluarga bagi mengakhiri bulan Ramadan yang penuh mulia ini dengan memperbanyakkan ibadat. Hari ini adalah hari Jumaat iaitu hari terakhir bekerja sebelum aku bercuti.....yeahhh !! pagi esok dah bertolak maybe lepas bersahur......harap2 jalan clear,boleh laa aku sampai cepat sikit,harap2 sebelum berbuka....dan sempat untuk melakukan solat terawih di surau dekat belakang rumah tu. Sayang rasanya nak tinggal solat terawih ni. Apa pun, aku berharap tahun ni xde lagi laa saman speed trap yang kena....hurm.

Moga2 Allah SWT memberkati perjalanan aku sekeluarga....selamat sampai dan selamat balik.Jauhilah keluarga kami dari bala malapetakamu Ya Allah SWT. Lindungilah kami dari perkara2 buruk dan keji. Amin

Tuesday, August 7, 2012

2 hari lagi.....

Alhamdulillah.....syukur kehadrat Illahi kerana memanjangkan usia untuk menghabiskan bulan Ramadhan yang mulia ini. Hari ini masuk hari ke 19 kita berpuasa bersamaan dengan 19 Ramadan 1433. Lagi 2 hari aku akan pulang ke Kota Bharu untuk meneruskan puasa kat sana dan seterusnya menyambut Hari Raya. Tahun ini syukur sangat kerana hanya sekali baru aku tinggal solat terawih.....beza dengan tahun2 sebelumnya.InsyaAllah aku akan terus berubah ke arah kebaikan dan menjadi contoh untuk Isteri dan anak tercinta. 

Tahun ini macam biasa juga,sama dengan tahun2 sebelumnya....maklumlah pendapatan tidak seberapa ini,nak beli baju raya pun susah.....baju melayu satu set dengan anak bini dah setel,tu pun isteri aku yang belanja beli kain....hehehe....sekarang ni nak kena cari seluar jeans dan baju t-shirt berkolar satu cukup laaa.Nak beli byk2 memang bajet x cukup.Ni pun macam dh over bajet dah pun....tu laa hari tu terlebih belanja beli barang anak jgk pun.Hurm...xpe lah,rezeki Danish....nak buat mcm mana. Biasa lah tu,abis je raya balik rumah balik gerenti pokai habisss. Adusss,camne laa nak jadi banyak duit ek? hihihi

Wednesday, August 1, 2012

Pagi Yang Malang

On the way datang kerja tadi....kejar masa kerana hanya tinggal beberapa minit jer lagi jam 7.30pg.Dah dekat ofis dah pun, dekat depan bangunan UMNO tu.....lampu merah pulak,aku pun main tipu laa belok kiri pastu wat U-turn balik agar cepat smpai ofis....ntah macam mana tiba2 ada motor plak follow rapat kot,aku x prasan pun. Mamat ni plak buat muka x puas hati ckp aku nak langgar dia,aku pun hangin jugak,tapi nak buat mcm mana kan,memang salah aku pun, x bagi signal.......hehehe main pancung jer. 

X pasai2 aku kena maki pagi2 buta...pastu dia siap turun motor suruh aku turun kerta,tgk jam mcm dh lewat,aku pun tekan je minyak kasi sampai ofis dulu,tau dah dia memang ikot punye,jenis kaki x puas hati punye budak.pastu aku berenti drop wife aku,dia mai plak bertekak dengan aku dpn ofis....nyaris2 nak gaduh dh tadi...nasib baik aku x turun kerta.Dok dalam kerta lain sket rasanya,kalau dok kat luar lain plak certanya....kita yang salah kan,kena beralah sket laa,lagi pun bulan Ramadan ni kan.Dah abis bertekak,mamat TNB tu blah mcm tu jer.Alhamdulillah x jadi apa2 tadi....

Sunday, July 29, 2012

Banyak Betul Duit Terbang Minggu Nie ~sigh

Tanggal 9 Ramadan 1433 bersamaan hari sabtu,aku sekeluarga keluar untuk membeli-belah keperluan si Danish tuuu sebenarnya.Bukan shopping untuk aku pun.Mula-mula nak keluar cari 'walker' n baju raya dia jer...Lokasi pertama ialah kedai Manjaku dekat Andalas(Klang). Dah masuk kedai jer,dh nampak baju T-Shirt berkolar nasib baik murah jer...RM15,pastu jumpa plak seluar dia RM8,RM17.90 satu.Pastu baju Pooh RM8,kasut KIKO RM21.90 then beli botol susu dia 3 ketul RM18.90,Drypers RM31.90.Shopping bajet jer ni.....hehe.Tu baru tingkat bawah,naik plak tingkat atas tengok dia punye 'walker'. Boleh tahan jugak harga nye...yang bawah RM100 memang cikai giler laa. Hurm mula2 nak beli yang RM129 jer,pastu biancang2 dgn wife....wife aku plak nk  yang harga RM149....hurm.POkai2.......nak wat cmner,jadi ibubapa cmni laa gayanyer,terpaksa berkorban.Bapak pun x beli baju raya...hurm.

Selesai di Manjaku...gerak plak ke GM Klang untuk jalan2 cari pasal....banyak jugak barang murah kt GM Klang nih rupanye...kebanyakannya barangan cina laa,tapi kalau nak murah kena beli harga boronglaa.Macam2 jenis barang ada,barangan perempuan la banyak,baju kurung,kasut,tudung dll.Barang laki pe jer,seluar jeans,kasut tu jer.Yang selebihnya barangan kanak2. Jumpa laa seluar jeans Guess Kids si Danish nie....tawar punye tawar dapatlaa RM40(harga kat luar RM60++) ok laa tu.

Jumlah kerugian semuanye termasuk susu dia RM336.50....mak aii.Tu shopping bajet jer tuu.Kalau shopping betul2 xtau laa cmne rupenyer.HAbis sebulan gaji aku rasanya beli barang dia saja ~ Fuuhhhhhh. Sabar je laa.Xpelaa,kalau x habiskan duit kat anak,nak habiskan kat mana lagi kan ?? ekekeke

Tuesday, July 24, 2012

4 Ramadhan 1433

Hari ini masuk hari yang ke-4 umat Islam melakukan ibadah puasa. Cepat betul rasanya,tau2 dah masuk hari ke-4.....Macam biasa,bila berpuasa.....setiap hari dok penim memikirkan nak berbuka dengan juadah apa. Hari2 mau kena fikir nak makan apa....hehehe. Nak beli dekat bazaar ramadhan pun boleh,tapi selalu kena yang x sedap,pastu mahal pulak tuuu. Rugi jer beli mahal2 pastu x sedap. 

Apa pun tahun ni aku x mengidam apa, cuma nak rasa berbuka dekat kedai yang ada steamboat....keh3. So nk kena usha laa ni sebelum balik kampung,x pun makan je laa dkt kampung,buffetnya pun murah juga.....dekat rumah aku tu. Tapi x tau laa,datang jer bulan puasa,harga semua naik....amik kesempatan betul laa peniaga2 ni. Tensennnnnnn. Ok lah,nak balik dulu laaa,babai.

Sunday, July 1, 2012

Lega Rasanya

Tanggal 26 June 2012 bertempat di PNK Sepang dimana berlangsungnya MAT Kelab Rekreasi dan Kebajikan LKIM Negeri Selangor.Pemilihan bagi jawatan2 AJK baru bagi Kelabg telah selesai dibuat.Kebanyakannya muka2 baru yang dipilih.Diharap dapat memberi nafas baru kepada Kelab yang sekian lama suram disebabkan oleh masalah kepimpinan yang tidak disenangi oleh ramai pihak.Aku juga merasa lega kerana dapat melepaskan jawatan Bendahari dan meminta agar rakan2 tidak lagi memilih aku bagi memegang jawatan tersebut.Lega rasanya bila sudah ada pengganti bagi jawatan tersebut.Tanggal 29 Jun 2012,aku telah membuat penyerahan tugas secara rasmi sebagai Bendahari Kelab yang telah dijawat dari tahun 2007-Jun 2012 kepada Bendahari baru iaitu Amir.

Memang tidak dinafikan,bos aku memang tidak menyukai aku terlibat dengan jawatan2 luar @ NGO laa katakan,alasannya sungguh mudah,perkara tersebut menjejaskan kerja2 hakikiku.Aku yang bekerja dibawahnya terpaksalah akur dengan kehendaknya.Maklumlah,markah SKT aku bergantung kepadanya.Maka terpaksalah aku berfikir panjang demi masa depanku.

Tuesday, May 1, 2012

Danish Demam Lagi

Risau pulak rasanya si Danish ni demam lagi...aritu demam sebab tumbuh gg.Ni demam sebab apa plak xtau laa.Kesian betul,demam2 pun x meragam danish ni...baik betul dia nie. Demam2 pun boleh gurau2 lagi,dok main sorang2....x nangis pun,tapi asyik dok geleng2 kepala jer dia ni, xmau2 xmau2 hehehe......

Badan x panas mana,kepala ada panas2 sket, kaki memang panas,tengoklaa macam mana,kalau teruk sangat demamnya,kena bawak pegi klinik laa jawabnye.

Sunday, April 29, 2012

Tumbuh Gigi

Belum sampai 6 bulan dh tumbuh gigi plak danish ni....cepat betul.Tapi skarang ni tgh dok lajar merangkak lagi.Bila x dpt je marah ajer dia nie,garang betoi.Dah dapat berjalan nanti,xtau la mcm mana sinonet nie....Harap2 cepat belajar berjalan laa dia ni.

Monday, April 23, 2012

Spesis Gedik

Memang tidak dinafikan dari dulu lagi aku memang menjauhi perempuan2 yang jenis gedik ni.....tu yang muda2,cuba bayangkan kalau dah tua bangka pun nak gedik lagi ? Adoiiii , memang totally useless laaa kan. Geli siot, macamtu laa keadaan aku kat ofis ni,nak kena melayan karenah gedik si Tua Bangka ni. Tapi gedik ni berbeza sket, bukan jenis gedik menggatai,tapi gedik dalam konteks hal2 kerja....hurm,nak cerita pun susah.Kena tengok sendiri je laa.Apa pun, I dun like it !! Nak muntah beb,kenapa laa macam2 spesis baru muncul kat ofis aku ni,sekor tu gedik + kipas udang , sekor lagi pun sama jugak, sekor lagi jenis suka amik tahu kerja orang,macam pengawas sekolah laa.Hurm....bosan betullllllll !!!!!

Wednesday, April 18, 2012

Papa pulak demam :(

Adus,gara2 dok menjaga sinonet danish ni,dia punye demam terus berjangkit kat papa plak.Danish demam 2 hari jer,cuma kahak dia je yang banyak lagi,maybe kena sedut gas lagi kot pasni. Aku plak kena demam panas trus,ni dah masuk hari yang ke 3 ni,terpaksa la kuatkan diri datang kerja jugak. Kalau rasa x larat sangat,aku g amik mc je kat klinik ni,badan pun lain macam je lagi ni....aduiiisss,bila laa nak sembuh ni.Demam tu satu hal,selera makan tu hilang trus,dengan bibirnye jadi pahit giler,makan satu mulut ok lagi,masuk suapan ke-2,makin pahit,dan begitulah seterusnya......

Ya Allah......aku mohon kepadamu,sembuhkan segala kesakitan dan kesukaran yang ada pada diriku,pada keluargaku Ya Allah,agar kami pulih seperti sediakala,kurniakanlah kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga Ya Allah...........Aminnnnn.

Sunday, April 15, 2012

Danish Demam

Fuhhhh....risau dibuatnye di Danish nie. Demam panas la pulak,pastu pernafasan dia pun x berapa lancar....macam kahak banyak pun ada,badan panas pulak tu,kesian betul laaa anak papa nie. Demam2 pun,x meragam Danish nie,nasib baik laaa....baik je dia ni. Hurm,pagi tadi bawak dia ke klinik Meru,doktor amik darah,sampai 3 tempat cucuk jarum x jmpa darahnya,teruk betul nurse ni,last2 doktor jugak yang datang,baru jumpa darahnya. Pastu pegi pulak sedut gas sebab nak buang kahak dia....nampak macam dh ok sket tadi,tp xtau laaa....dok ngan mami dia la tu kt umah.Kesian betul,mintak2 laa cepat sembuh anak papa sorang ni. Ya Allah,kurniakan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga...Aminnnn.

Sunday, April 1, 2012

Semangat Yang Hilang

Suasana yang suram dan membosankan sedang menyelubungi bilik ofis aku ini pada setiap hari bekerja....adussss.Memang suasana yang tidak seronok untuk melakukan sebarang kerja kalau situasinya begini setiap hari....hurmmm. Tapi apa kan daya,terpaksa menghadapinya setiap hari,peluang untuk meningkatkan kerjaya belum ada lagi setakat ini, Hanya mampu berusaha memohon jawatan kosong yang ada sahaja buat masa ini.....bila agaknya situasi yang tak seronok ini akan berakhir? nak buat kerja pun dah x semangat,hilang fokus seolah-olah sudah hilang mood untuk membuat kerja harian.

Monday, March 26, 2012

Fucking Crap !!

Feel sick and tired to be here in my office with this environment, sick and fuckin moron people.Very unlucky to stay here with this moron people....from this environment, i feel not in the mood everyday. It's makes me feel weak in my daily life. I really hope this matter will end someday, maybe tomorrow :( ....just hope. In this gloomy room, where 3 moron people working here with me,I have no choice have to communicate, talk and working with them everyday.....can u imagine what i have to face everyday? It's like u have to face your enemy everyday. Owh, I hope something will happen here....they always bully me, everything they do,they didn't telling me and never discuss with me.....I hope someday they will know who I am.

Sunday, March 25, 2012

Cinonet

Hehe....sedar x sedar anak dah belajar nak meniarap....kejap jer.Kejap lagi dah reti jalan jenuhlaa nak mengejar dia ni. Makin lama makin putih plak Danish ni. Bab susu  n Drypers dia xyah citer laa.

Makin lama makin cepat habis,dulu sbulan skali beli jer,skarang 2 bulan 3 kali beli....hurm.Nak buat macam mana kan,terpaksa beli jgklaa.Tu pun da pakai habis jimat dh rasanya. Dah besar nanti kena ajar buang air kat tandas laa plak.Nanti abis belanja kat makanan dia n mainan dia plak.Ni baru sorang,tu pun dh terasa kekeringan wallet aku ni....Nanti dah tambah jadi dua,lagi laa ranap rasanyer.

Thursday, March 15, 2012

Agak Sukar Tahun 2012 Nie

Lama juga tak mengarang dalam Blog aku ni....maklumlaa kesibukan bekerja ditambah pula sibuk menguruskan keluarga dan xtau nk tulis apa...hehe.7 Mac 2012 hari tu,masa Kelantan bermain untuk game pertamanya dalam Piala AFC 2012 kt Stadium Nasional Bukit Jalil,aku cuba laa g meniaga air kat sana,urm....nasib x menyebelahi aku laaa....pergi dgn amir,sampai pun dah agak lewat,ngam2 waktu maghrib.
Dok pusing cari tapak punye laa susah,semuanya dh penuh beb.Apa kan daya,letak jer la air dalam bekas kotak ikan tu diisi dengan ais...ada laa laku sikit,wat ubat je 1st time nak berjinak dalam meniaga ni,bukan senang nak start balik ni,kalau dah lama tinggal,habis skill nye hilang,satu lagi prasaan malu tu memang menebal dalam diri ini. Nak kena buang sifat malu tu dulu.....lepas tu baru laa boleh mula balik.Cubaan pertama boleh dikatakan gagal....cubaan kedua belum tahu lagi bila tarikhnya....terpaksalaaa tunggu dengan penuh sabar.Ujian memang getir,malam tu aku basah kuyup sambil mengangkat air atas bahu berlari dalam hujan ke tempat letak kereta,tiba je dkt tempat kereta dengan basah kuyup,kereta pula kena blok....adoiii sudahlah jatuh ditimpa tangga.Walau apapun,aku belum berputus asa,cuba tetap  terus cuba. Walau apa pun,aku nk letak juga gambar danish ni,hehe.

Sunday, February 12, 2012

Seronok Tengok Anak Membesar

Ini adalah gambar Danish terbaru yang diambil pada 12 Feb 2012...urm,da masuk 3 bulan 7 hari dah umur dia.Tapi x mahu gelak lagi....nak senyum pun mahal nie, Limited Edition kot,wakakaka. 

Lawak betul si Danish ni,time dia nak senyum,dia senyum laa,kalo x,penat jer dok agah dia,wat x reti jer dia nie.....tapi Alhamdulillah lah,setakat ni dia sihat2 jer,syukur pada Illahi kerana kurniakan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga untuk meneruskan kerja2 harian.

Wednesday, February 8, 2012

1st day hantar Danish umah pengasuh

Tak sabar nak balik ni rasanye,nk jmpa Danishku,maklumlaa hari ni 1st day hantar dia kt umh orang.Ntah macam mana orang tu jaga dia,harap2 semuanya ok....Danish ni senang nak jaga,x meragam mana,asyik dok main sorang2 jer dia nie.....baik jer dia.Ok laa,masa da suntuk ni,nak kena balik cepat nie,hujan laa pulak.

Tuesday, January 17, 2012

Balik Kampung

20 Jan 2012 Hari Jumaat....akan bertolak balik ke kampung halaman isteriku di Kuala Kangsar.Urm sempena tahun baru cina ni,mesti banyak speed trap 'Ops Sikap'....cilanat punye polis.Saman yang Raya tahun lepas pun belum settle lagi ni....RM300.Membazir wang betul....kali ni aku rasa kena berhati2 sikit laaa...maklumlaa bwk baby ni....xleh laa nak bawak laju2.Balik ni pun sebab ada majlis pe ntah yang mertua aku buat....majlis kesyukuran kot.Aku pun xtau sebab x diceritakan selanjutnya....so hentam saja laaa labuuuu. Haish,nampak gayanye pokai lagi laa bulan ni....cmner ni,byk kuar dari masuk ni.Projek x jalan jugak ni....aku pun xtau mcm mana ni.Bukan senang nak mulakan apa yang dh lama ditinggalkan nie.Xpelah,tgk keadaanlah dulu macam mana.

Friday, January 13, 2012

Alhamdulillah

Syukur kehadrat Illahi,mungkin dah buka pintu hatinya.....markah tahun ni x seteruk tahun lepas,Bos aku da lembut hati sikit kot,tahun ni dapat 83.8% berbanding 70% tahun lepas.
Ada laa peluang nk interview kalau2 ada jawatan kosong dibuka.
InsyaAllah rezeki anak kan,manalaa kita tahu.....Allah Maha Kuasa lagi Maha Pemurah.Diharapkan pintu rezeki aku luas terbuka.....diharapkan tahun2 depan dapat markah lagi tinggi.....barulah ada advantage bila nak g interview....result Dip pun Ok,still competitive.....cumanya rezeki jer lah,kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukannya.Wslm.



Tuesday, January 3, 2012

2012

Buka buku baru laa plak...da masuk tahun baru rupanyer.Sekejap saja,pejam celik dah bertambah lagi laa umur aku ni.....urm da masuk 32 tahun ni,adoiiii.Makin dekat dengan 40 tahun ni.Makin tua rupanyer,xtau laa wape lama lagi boleh hidup ni,ntah panjang ke pendek umur...semuanya ketentuan Allah SWT,amalan belum cukup2 juga....tu jer la yang nk bawak bekal kesana nanti.Masuk tahun baru ni,dah nak kena tingkatkan amalan kita.....kubur kata mari,rumah kata pergi...al maklumlaa umur makin meningkat,kita pun makin tua....satu2 nikmat yang Allah SWT anugerahkan kat kita ditarik balik....sakit lutut,sakit kaki,stamina pun makin menurun.Kena2 lah byk2 beramal........