Wednesday, November 28, 2012

BELAYAR

Hari ni tanggal 29 Nov 2012,dapat sepucuk surat dalam sampul surat besar. Memang aku dah agak dah, buka2 dapat surat arahan untuk berpindah ke Ibupejabat.....hurm. Memang tidak dinafikan aku agak keberatan untuk ke sana memandangkan jauh dari rumah. Kos untuk pergi kerja pun agak tinggi, terpaksa laa aku beli motor baru.

Hurm,bosan betul dok HQ nanti,dipenuhi dengan manusia hipokrit semuanya. Tapi apa kan daya,dah arahan,ikot jer laa. Badigol punye Pak Ya !!

Tuesday, November 13, 2012

Danish Birthday

Danish Birthday....syukur Alhamdulillah,Danish membesar sihat walafiat tanpa sebarang penyakit. Syukur kepada Allah swt kerana mengurniakan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga.....Dengan rezeki yang dikurniakan Allah swt, adalah rezeki untuk menyambut birthday Danish ni kt rumah mertuaku kt Puchong. Sponsor banyak, bapa mertuaku sponsor Piza, Adik iparku n wife sponsor kek Baskin's Robin dan KFC...aku,pokai,x sponsor apa2......Bulan ni kewangan teruk sikit. Apa pun xpelah,rezeki Allah swt dah tetapkan....syukran.

Tuesday, November 6, 2012

Danish Birthday !! 1 Year

Tanggal 6 November 2012 adalah genap setahun umur anak kesayanganku Danish. Tapi nak sambut besday dia x boleh lagi, demam pulak anak aku ni. Hurm,kesian betul....semalam bawa pergi klinik suhu dia cecah 39 C. Pastu doktor masuk ubat kot bontot dia....katanya untuk kurangkan panas badan dia. Bila dah selesai,balik rumah,asyik meragam je,maklumlah dia demam selsema,maybe x selesa kerana x boleh bernafas dengan normal. 

Nak kena dukung je lah....malam tadi pun dia tidur dalam stroller.....kesian betul. Badan panas x hilang lagi,hingus pun banyak.....hurm. Biasanya kalau dia demam,xde pulak dia meragam,kali ni kuat pula meragamnya....nak manja aje si Danish ni

Monday, November 5, 2012

HIPOKRIT !!

Memang tidak dinafikan dalam dunia ini memang wujud sangat ramai golongan hipokrit ini. Memang tidak boleh lari dari golongan ini. Kat ofis aku ni pun memang ramai sangat golongan ini.....kat tepi aku ni pun dah ada sorang.....kat bawah,tepi,kiri dan kanan....adoiii. Dikelilingi golongan hipokrit ini. Terkepung aku nampaknya. Tapi takpe lah, aku pun dah x lama kat cni,maybe bulan Dis 2012 ni,maybe awal lagi. Berambus laa,sebab dah dengar citer pasal aku ditukarkan ke ibupejabat. Jauh pulak tuh kena berulang....dalam 60km jugak dari rumah aku.....tapi nak buat macam mana,demi sesuap nasi. Blah jer lah,kat sana pun lagi ramai golongan hipokrit ini yang menunggu. Tapi takpelah....aku buat hal aku je la. Lantaklah diorang nih nak cakap apa pun.............Tensennnnn betul lah