Monday, April 25, 2011

1 more to go

Huh...sungguh mendebarkan examination week semester ini,dengan subjek2 yang semakin mencabar serta susah,ditambah pula dengan sikap lecturernya yang langsung tidak membantu,sungguh malang nasib para pelajar PLK semester ini.....cuba bayangkan mcm mana nk jwb soalan exam,kalau silibus yang diajar oleh lecturer langsung tiada kaitan dengan apa yang keluar dalam final exam !! Main hentam je mengajar,sekadar lepaskan batuk ditangga...lagak je mcm bagus.Naseb baik laa ada jgk lecturer yang prihatin tampil membantu dengan memberikan skema jawapan past exam...bolehlaa membantu sedikit walaupun hanya mengambil masa seminggu sahaja untuk mengulangkaji pelajaran.Last paper pada 28/4/2011 ni....lec ni Prof Madya,lagi kerek kerana statusnya sebagai Prof !! dia seorang yang sgt kedekut dengan markahnya,kira ikut skema btoi2 laa.Mati laa student kalau mcm ni,aku amat berharap jgnla ada C dalam result examku sem ni,paling cikai pun aku kena dpt B = 3.0......tu pun minima laa,harap2 ade la yang dapat A,memang cuak laa kerana kena jaga result,xleh grade bwh 3.0 beb...kalo x,sia2 je aku study selama 4 thn ni.

Wednesday, April 13, 2011

Gelisah

Pagi yang mengejutkan....perasaan risau menyelubungi diri aku,pada jam 6.45 pagi isteriku mengejutkan aku dari tidur dan menunjukkan sesuatu yang merisaukan aku dan juga isteriku. Kami cepat2 bersiap dan bergegas ke office untuk mendapatkan no fone hospital Klang dan juga klinik kesihatan Meru. Setelah mendapat nasihat doktor, kami bergegas ke wad kecemasan Hospital Klang untuk membuat pemeriksaan lanjut. Selesainya pemeriksaan pada jam 11.45pg, doktor memberitahu bahawa kandungan isteriku masih lagi dalam keadaan baik.Alhamdulillah aku bersyukur kehadrat Illahi kerana masih memberi peluang kepada aku sekeluarga. Perkara yang terjadi seawal pagi adalah  tanda2 untuk mengalami keguguran(mengikut kata doktor). Tanpa diberikan sebarang ubat,doktor hanya mengarahkan isteriku supaya banyak berehat dan tidak membuat kerja2 berat. Sungguh risau dibuatnya...aku amat berharap agar Allah SWT memulihkan kesihatan bayi dlm kandungan isteriku....sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa.