Monday, November 12, 2018

ROAD TO HAT YAI

Tanggal 1 November 2018 bersamaan hari Khamis. Satu pelepasan konvoi Kelab Permotoran LKIM telah dirasmikan oleh YB Pengerusi LKIM dan KSU. Sebanyak 37 buah motorsikal telah dilepaskan dan bertolak ke Kuala Perlis bagi mengadakan program gotong royong bersama nelayan di sana. (Wayang). hahaha

Pada keesokan harinya, di pagi hari Jumaat, kami berlepas ke Hat Yai dan terus ke Hotel Rama, dan pada waktu malam kami ke Asean Night Market menaiki Tut Tut. Semasa perjalanan pergi, cuaca sangat baik sekali namun pada keesokan harinya, iaitu hari Sabtu, Hujan membasahi bumi Hat Yai dari pagi hingga ke petang menyebabkan para riders kebasahan. Singgah di Samila Beach, Floating Market, perjalanan terbantut disebabkan hujan sangat lebat.

Last day, Ahad bertolak balik dari Rama Hotel ke destinasi melalui pintu keluar Danok. Singgah makan daging bakar di Danok. (indah khabar dari rupa). Sepanjang perjalanan pulang, hujan lebat hingga ke Kuala Lumpur, sampai di destinasi jam 3.00 pagi. Keesokan harinya terus demam hingga ke hari ini.








Kesimpulan :

Indah khabar dari rupa,makanan biasa-biasa sahaja.