Wednesday, May 11, 2011

Tekanan

Memang situasi aku dipejabat sekarang dalam keadaan yang sangat tertekan.Suasana kerja dipejabat sudah berubah,dulu semuanya mesra alam dan suasana dipejabat pun seronok,buat kerja sambil sembang2,tetapi keadaan sekarang jauh berbeza kerana terpaksa berdiam diri sepanjang hari,dari jam 8.00pg-5.00ptg.Tiada komunikasi berlaku antara officemate melainkan pasal kerja dan benda2 yang penting sahaja.Kami seolah2 berada dipejabat OKU @ pejabat orang bisu.Memang tidak seronok dan terpaksa bekerja dalam keadaan tertekan....aku tidak mengetahui sampai bila situasi sebegini akan berterusan...kerana perkara sebegini akan menjejaskan keharmonian rumahtangga dan ketenteraman hidup aku sekeluarga...siapa yang boleh tahan kalau 24jam berada dalam keadaan stress ? 

Situasi ini berlaku sejak kedatangan bos baru aku yang berperangai pelik dan sangat2 tidak menyenangkan,kerjanya hanyalah mencari salah orang.Aku pun tak tahu apa motif sebenar yang menyebabkan dia bersikap sebegini kejam terhadap aku,apa salah aku ? serba tak kena dibuatnya.Aku beranggapan dia mempunyai masalah dalaman yang serius,konflik peribadi @ peralihan usia ? maybe nk monopous ? Dengan menjadikan org lain mangsa kepada permasalahan peribadinya,memang kejam....langsung x berperikemanusiaan.Aku amat berharap Tuhan akan menyedarkan dirinya yang berperangai pelik ini,biarlah perangai dia berubah menjadi org yang baik2.Mungkin Tuhan sengaja hendak menguji kesabaran aku ? Aku amat berharap agar Tuhan memberi kekuatan kepada diri aku agar menjadi lebih tabah dan cekal untuk menghadapi masalah sebegini...Aminnnnn

No comments:

Post a Comment