Wednesday, August 10, 2011

Tazkirah Ramadhan

Tazkirah di LKIM hari ini yang dihadiri penceramah yang bernama Ustaz Halim Din yang selalu ada dlm program Tanyalah Ustaz di TV9 ...... urm,aku agak terkilan juga dengan Ustaz tadi yang mengatakan bahawa pergi tengok bola seolah2 pergi membuat maksiat ? sedangkan Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih kasih kepada Allah swt daripada mukmin yang lemah... (riwayat Muslim). Hukum bersukan dalam Islam adalah Harus dan digalakkan selagi tidak mendatangkan perkara2 maksiat dan meninggalkan solat wajib.

Hadis Rasulullah s.a.w. ada menyebut, antaranya, ajarkan anak-anak kamu memanah dan menunggang kuda. Dalam hadis yang lain, baginda turut menyebut tentang berenang.Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’. Jadi jelas sekali tidak salah bersukan dan pergi menonton org bersukan tergolong dalam golongan yang sama.....namun,solat jangan sesekali ditinggalkan.

Aku pun selalu pergi menonton bolasepak,namun aku bersolat maghrib dahulu sebelum memasuki stadium,tidak pula nampak salahnya dimana. Mengikut kata Ustaz td, pergi tgk bola adalah perbuatan membuang masa ? sejauh manakah kebenaran tuduhan Ustaz tersebut ?

Satu lagi Ustaz ini menyalahtafsirkan tentang sesuatu tentang penduduk Kelantan,ini mendatangkan persepsi yang tidak baik kepada org yang tidak mengenali rakyat Kelantan !! Perkara ini boleh mendatangkan fitnah jika apa yang dikatakan Ustaz tersebut tidak benar.Sepatutnya seseorang Ustaz tidak boleh merendah2kan seseorang begitu sahaja,tambah2 lagi dibulan Ramadhan yang mulia ini.
Beliau menyebut bahawa lelaki Kelantan adalah pemalas disebabkan majoriti perempuan yang meniaga di Pasar Siti Khatijah.Persoalan yang timbul adalah sejauh manakah kebenaran kata2 Ustaz tersebut ? Ustaz td telah silap,rakyat Kelantan tidak malas,mereka rajin,mereka sama2 mencari rezeki dibumi Allah ini,baik laki mahupun perempuan !! Disebabkan semangat untuk mencari rezeki dan skills berniaga yang dikurniakan oleh Allah SWT,mereka sama2 mencari rezeki,jadi tidak pula timbul org lelaki dok goyang kaki sedangkan org perempuan sibuk pergi mencari rezeki.
Kebenaran perlu ditegakkan,kalaulah ramai Ustaz mcm ni,hancurlah silaturrahim antara masyarakat dinegara ini dan persepsi yang negatif akan dilemparkan kepada org2  yang tertentu akan berterusan sehingga org akan menilai buruk diri kita sebelum mereka mengenali kita dengan lebih dekat. Wassalam

No comments:

Post a Comment