Thursday, December 26, 2013

ADAM BIN ASWADI

Tanggal 16 Disember 2013 jam 2.50 pagi.....isteriku berjaya melahirkan seorang lagi putera yang dinamakan Adam di Hospital sungai Buloh.Setelah di scan beberapa kali...doktor menyatakan aku bakal mendapat anak perempuan,tenynata sangkaan doktor salah....nasib baik aku x beli pakaian baby girl lagi.hehe.

Pandai betul Adam ni sorok dia punya anu....sampai doktor scan pun x nampak.Apa pun Alhamdulillah Adam sihat walafiat,cukup sifat.Tapi masih sama macam abang dia ada G6PD.

Urm.....maknanye kuningnya pun tinggi laa,kena duduk bawah lampu jugak kt hospital tu.Kesian Adam....setelah 5 hari kena tahan wad,hari jumaat baru boleh keluar......lepas keluar wad tu,nak kena bawa Adam pegi jmpa doktor plak kt klinik kesihatan...aduyaiiiii.Last smalam pegi check,tgk kuning dia ada lagi.......ari senin ni nak kena bawa dia ke klinik lagi,kalau ade kuning lagi nak kena bawa ke hospital plak.....mintak2 laaa kuning dia hilang sebelum isnin ni....kalau x,susahlaaa.

Wednesday, November 6, 2013

Danish 2 Tahun

Anak papa dh masuk 2 tahun dah.....Danish bijak ni,sangat baik sekali.....kuat main,kalau x main ngan dia,dia marah pulak. Nak tengok tv pun x boleh,dia tutup pastu suruh main ngan dia...hehe.

Lawak betul Danish ni.....apa pun papa ucapkan Hepi Besday anakku.....papa sayang Danish and Mummy !!

Monday, September 23, 2013

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC

Setelah 8 tahun lebih berkhidmat di LKIM, ni laa kali pertamanya dapat anugerah dari pihak pengurusan. 

Majlis berlangsung di MAEPS Serdang tapi menginap di Hotel Grand Season Kuala Lumpur. Majlis bermula pada 17/9-21/9/2013.

Baru lah ada semangat sikit nak meneruskan kerja2 harian. Rezeki yang Allah SWT bagi datang tanpa diduga, dapatlah RM1k sijil simpanan premium BSN, tapi aku g jual terus....nak pakai duit. Bolehlah bagi sikit sorang....kasi mak sikit,bini sikit,bayar hutang sikit dan saving dalam ASB sikit. Alhamdulillah...selesai sudah RM1k sekelip mata saja....hehe

Monday, September 2, 2013

Harga Minyak Naik RM0.20 Hadiah dari BN

Pemerintah yang zalim memang tidak memikirkan tentang rakyatnya.....itulah BN, Barang naik berpisah tiada. Lepas je PRU 13 tarif elektrik dinaikkan disusuli pula dengan kenaikan harga minyak memang sangat terasa peritnya untuk menjalankan hidupan harian bagi menyara keluarga yang makin bertambah ramai. Mana lagi caranya untuk menambah income? Gaji x naik, tapi harga barang makin melambung tinggi....keadaan amat terdesak untuk meneruskan kehidupan. Nampak gayanya kehidupan harian akan menjadi bertambah perit, orang kaya makin kaya, orang miskin akan bertambah miskinnya.....Moga Allah SWT luaskan rezeki kami sekeluarga.

Thursday, August 15, 2013

Raya Idulfitri 2013

Lebur duit raya nih....sebelum balik cuti raya kena tukar tayar 4 biji Kos RM1k. Esok hari bertolak balik ke kampung....sampai kt tgh jalan Compressor econ pulak rosak....kena kat Kuala Lipis,jauh lagi tu...x sampai separuh perjalanan lagi.Nasib baik cuaca redup hari kejadian.Terpaksa buka tingkap dan menghidu asap kereta dan debu2 sepanjang perjalanan. Sampai kat kampung tepat jam 7.30mlm ngam2 trus buka posa. Esok hari hantar kereta g workshop,pomen cakap kos repair dalam RM2k...termenung sekejap...last2 suruh pomen buka compressor then bwk p kedai potong,susah rupanya nak jmpa barang nih,last2 jmpa kt satu kedai kt wakaf che yeh,bwk ke kedai pomen,tgk2 brg xleh pakai....hantar balik,dapat balik duit RM300,cari pulak kedai spare part nasib baik trus ada,nunggu gak sejam g amik barang,harga RM470.00.Bwk ke kedai pomen,petang siap pasang,upah RM200 (skali dengan isi gas econ) mahal jugak upah pomen nih. 

So kira rabak la jugak raya ni hingga terpaksa korek duit dalam ASB.....adoiiii abis la duit dalam RM1.8k kt kerta nih.....Then,pada raya pertama,Danish demam teruk,jam 1 tgh hari bwk ke hospital USM kubang kerian,urm amik darah,doktor ckp demam virus pastu ade tonsel dlm tekak dia,bengkak.Kena tahan kt wad sementara,masuk air......bukan nye apa,Danish ni demam sampai xnak makan n minum susu langsung dah 2 hari,tu yang buat aku risau.....jam 7mlm dh setel doktor bagi balik,aku beli roti kasi dia makan trus makan aje Danish ni,siap minum air lagi....kira demam dia sembuh trus la lepas masuk air....Alhamdulillah.So raya tahun ni xleh nak beraya mana laa...macam2 perkara terjadi.Harap2 raya tahun depan Allah SWT jauhkan bala malapetaka ke atas keluargaku.....Aminnnn.

Tuesday, July 16, 2013

Nok Buat Wane X Dok Rezeki ....

Sedih betul kerja kat tempat nie,kerja dah 8 tahun lebih tapi xde dapat apa2 pun lagi....sahkan naik pangkat, anugerah khidmat cemerlang pun x dapat lagi....mende laaa. Pelik betul,rasa macam masa tu terbuang begitu jer. Memang teruk laa aku ni keje kat sini,sahkan nak naik pangkat, interview pun x panggil !! Macam mana ? Macam taik laa jawabnya ofis aku ni....

Tapi kalau orang yang suka ponteng kerja,mengular,buat hal disiplin....cepat pulak naik pangkatnya. Tu yang pelik tu, walhal sebenarnya kelulusan pun x layak !! Poooorahhhh !! Puiiiii


Sunday, July 14, 2013

5 Ramadhan 1434

Tanggal 15 April 2013 yaitu hari ke 5 umat Islam berpuasa.Dari awal puasa lagi aku sekeluarga x pernah beli makanan kt Bazaar Ramadhan lagi....hari2 masak,rasa macam malas plak nak g Bazaar Ramadhan bawak anak....bersesak2 tkot hilang pulak nanti. Lagi pun biasanya makanan kt bazaar ramadhan bukan sedap mana pun,lagi sedap bini aku masak kt umah. Hari ni pasar malam,bolehlah beli nasi kt pasar malam je,rasa macam nak makan nasi kerabu plak hari ni....rest je la hari ni,xyah masak...pagi esok masak bihun je pun ok dah....semalam gempar pasal pergaduhan warga melayu kena tetak dengan india dekat Klang, lepas tu pada belah malam geng2 melayu pula membalas pegi belasah india,sorang mati katanya....3 parah. Lepas tu dengar certa malam ni geng2 india kapar nak turun balas dendam...so malam ni kena berhati2lah

Tuesday, July 2, 2013

BANDUNG.....SORGA SHOPPING !!

5 hari 4 malam berada di Bandung,Jawa Barat Indonesia memang satu pengalaman yang seronok bersama keluarga.

1st Day - Tiba di Favehotel Premier,Cihampelas jam 8.00am....check in jam 2.00pm so terpaksa la tumpang letak beg kat hotel dulu dan pergi jalan2 sekitar jalan Cihampelas ni,banyak juga outlet kat sini tapi x berapa bagus barangannya.....x berapa branded dan tidak menepati citarasa aku. So jalan2 cuci mata je la,x beli apa2 pun. Jam 1.40pm dh boleh check in katanya,lega dapat masuk bilik mandi2 dan bersiap untuk keluar ke rumah Mode (destinasi ke 2). Kat rumah Mode ni memang bagi aku paling best laa,outlet paling besar kat Bandung rasanya...barang branded best gila,baju kemeja,jeans,t-shirt,polo shirt dan macam2 lagi. Banyak juga aku borong barang kat cni.....Jam 5.00 ptg setel shopping dan cari teksi,susah nak dapatkan teksi so naik jer la angkutan kota (tambang 2000 rupiah saja = 0.60sen lebih kurang).Balik bilik,rest dan tidur.

2nd Day - Jam 9.30am naik teksi gerak ke Pasar Baru,dari lantai 6 hingga ke lantai 1,memang lama kat cni,1 hari shopping kat cni,kat cni banyak barang seperti kain pasang,jeans,kasut,telekong,t-shirt dll,kt cni kena pandai tawar menawar laa baru dapat harga murah,kalau x memang kena pakok laa.Naseb baik la bini aku suka tawar menawar....sampai harga special dia kasi. Jam 5.30pm bertolak balik naik teksi,memang mahal kalau petang sbb sana jam 6pm dh gelap mcm jam 8pm kt Malaysia.Tambang teksi 60k rupiah dalam RM18 gtu ok laa 4 orang.Balik rehat dan jam 8pm cari makan kt Restoran Sapulidi....best juga kat cni,tapi kalu makan kat Bandung ni memang kena pakok laa,mahal gile kentang !!

3rd Day - Jam 8.00am sarapan lepas tu g mandi kolam kt otel,air sejuk gila...kat cni cuaca mmg sejuk sekitar 18-20 C. Lepas mandi siap2 bertolak ke jalan Riau.....kawasan ni banyak Factory outlet memang best jugak laa,borong lagi.....beli baju anak kat Heritage....baju Guess,Gap banyak kat cni.Then singgah kat The Gossip Outlet,rembat jeans Nudie kat anak aku mahal gak laa RM60 gtu,habis dekat RM200 baju Danish ni. Setel jalan Riau gerak ke Jalan Dago.....kat cni lebih kurang jalan Riau jugak....banyak Outlet singgah shopping lagi sampai lenguh kaki aku.....duit pun kering. Tapi puas hati sbb banyak barang aku kat cni.

4th Day - Ingat nak gerak ke Tangkuban Perahu tapi tukar plan sbb bini aku x puas lagi shopping kat Pasar Baru.....muahaha,dia marah2 sebab barang dia x byk lagi.....sampai gaduh2 ngan aku,singgah kat Kartika Sari,adik ipar aku je beli,bini aku amik2 barang then letak balik,merajuk sbb aku bising duit tinggal sikit....hahahaha,majuk aje dia ni.Keh3. Lepas tu g Pasar Baru,time ni la bini aku shopping,aku ikot je la sbb duit dh xdek....muahaha tgk saja je laa.Habis shopping jam 2.30pm baru sengih muka bini aku sbb dh dpt brg dia nak....lawak btoi.Bertolak balik dan lepas tu mandi kolam lagi

5th Day - Jam 6.00am bertolak ke airport dan balik,Jam 11.30 tiba di LCCT.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Barang yang dibeli : Tshirt Fred Perry,Top Man,Guess,Kemeja Tommy,Kasut Fred Perry,Jeans Nudie & Fred Perry 

Kesimpulan : Memang puas hati gila,rasa macam x cukup je shopping sbb duit bawak pun x byk,RM2k jer.....apa pun kalau berpeluang,rasa macam nak pegi lagi lain kali,khusu untuk shopping sahaja !!


Tuesday, June 25, 2013

OFF to Bandung !!

Tanggal 27.6.2013 (Khamis) aku sekeluarga dan adik iparku akan bertolak ke Bandung jam 6.20pg dengan menaiki Air Asia. Kami ke sana selama 5 hari hingga hari Isnin 1.7.2013.

Bercuti di negara orang bersama keluarga,niat nak g shopping kat sana. Harap2 barang kat sana menepati citarasa aku.....rasanya aktiviti shopping jer yang sempat buat kali ni,sebab masa pun singkat...tempat shopping untuk dilawati pun banyak tempat.

Harap2 semuanya berjalan lancar,xde aral melintang....duit pun bawak diharap mencukupi...berjuta2 rupiah duitnye.hehe

Danish pula kecik dah brapa kali naik flite,untungnye dia...


Tuesday, May 7, 2013

PRU 13

Tanggal 5.5.2013 berlangsungnye Pilihanraya kali ke 13 di Malaysia. Aku pula mengundi di Parlimen Pengkalan Chepa , DUN Panchor. Sangat meriah suasana di Kelantan pada hari sebelum proses pengundian berlangsung. Suasana dah jadi macam Hari Raya. Lagi meriah kot.....orang berarak sana sini dengan kenderaan sambil membawa bendera parti masing2.

Jam 7.50 pagi 5.5.2013

Aku bertolak ke pusat mengundi di Sek.Keb.Kemumin.....suasana masih lengang di Pusat membuang undi.Orang ramai masih bersarapan di kedai2 kopi berhampiran. Pergi kat daftar undi pun baru ada 3 orang dok Q. Nasib baik gak datang awal,x payah beratur panjang2.Rasanya proses mengundi x sampai 10 minit jer. Tu pun sebab aku datang awal kot. Dah selesai mengundi singgah kedai beli nasi,makan kat umh then jam 10.45 pagi bertolak balik ke Puchong.

Jam 12.00 mlm baru sampai Puchong,amik kereta pergi Putrajaya then jam 1.00 pagi baru sampai rumah kat Meru. Gile letih,nasib baik Selangor cuti Isnin tuuu....boleh laa berehat.

Keputusannya :

BN - 133 kerusi Parlimen
PR - 89 kerusi Parlimen

* Bagi Parlimen Parlimen Pengkalan Chepa dan 3 Dun (Kijang,Panchor,Cempaka) PAS berjaya sapu bersih

Thursday, April 11, 2013

OFF to SARAWAK

Ahad 14.4.2013 hingga 20.4.2013 aku akan berada di Kuching bagi melakukan kerja audit ke atas perumahan nelayan di PNK Sri Muara. Last bertandang ke Kuching ialah pada tahun 1999...lama sangat dah tu. Lepas berada di sana selama 1 minggu. 22.4.2013 hingga 26.4.2013 aku akan ke Kota Bharu bagi menghadiri kursus Pembantu Juruaudit selama 1 minggu. Lepas tu 1.5.2013 balik kampung lagi.....mengundi time !! 5.5.2013. Huh jadual sangat padat skali...jenuh aku nak kejor trip nih.....mesti rindu kat anak bini sebab lama sangat kena tinggal ni. Hurm....letih tol. Time datang waktu padat bertubi2 plak...time rilex xde apa plak....macam ni laa kehidupan aku ditempat baru ini.....

Monday, March 25, 2013

Pusingan Kalah Mati TRW vs PKNS

Game yang tertangguh kerana hujan pada tempoh hari memaksa TRW terpaksa bekerja keras bagi melayakkan ke pusingan suku akhir Piala FA 2013 semalam menerima kunjungan Selangor PKNS. TRW bermula garang apabila menyumbat 4 gol pada separuh masa pertama. Namun selepas bermulanya 2nd half, TRW bolos 2 gol.

Walaupun bolos 2 gol, TRW akhirnya berjaya melangkah ke pusingan suku akhir dan akan menentang Sarawak dalam aksi timbal balik pada 6/4 ini. 

Nampaknya TRW berjaya melangkah ke pusingan seterusnya !! Tahniah TRW !!
Diharap TRW akan berjaya melangkah ke pusingan akhir selepas ini

Sunday, February 17, 2013

TRW 0 - 2 Selangor FA

Hurm.....apa nak dikata,memang mengecewakan game yang dipamerkan skuad TRW pada perlawanan menentang Selangor FA dalam perlawahan ke 6 Liga Super sabtu lalu. Dengan niat ingin support TRW dalam memperkasakan pasukan tatkala kehilangan ramai pemain setelah dicuri oleh pasukan lain. Memang meninggalkan kesan yang amat teruk buat TRW pada musim ini. Aku berkelana bersama isteri dan anak ke stadium sabtu lalu ingin melihat skuad TRW bangkit,namun hasilnya amat mengecewakan. Para pemain kelihatan tidak konfiden dengan corak permainan masing2. Tatkala taktikal yang dibuat oleh Bojan Hodak juga tidak menampakkan hasil. Pemain baru & Import pula kelihatan seperti tidak berfungsi.

Kini TRW menduduki tangga ke 8 carta liga,dah kira tercorot dengan ,memungut 6 mata sahaja. Kini TRW bergelut dengan masalah prestasi yang merudum. Persoalannya, mampukan TRW bangkit pada bulan April ini bila pendaftaran pemain baru dibuka oleh FAM ? Siapakah para pemain bakal dimasukkan untuk memperkasakan skuad TRW pada musim ini ? 

Aku berharap pihak KAFA dapat mencari pengganti yang sesuai dan mengambil pemain import yang STAR agar dapat menajamkan barisan hadapan dan dapat membuat penyudah yang baik !!

~ Gomo Kelate Gomo ~

Thursday, February 14, 2013

Liga Super 2013

Malam ni berlangsungnye perlawanan ke 6 Liga Super 2013 Red Warriors vs Red Giant di Stadium Shah Alam. Rasa macam kena pegi jugaklah. Dah lama rasanye x g stadium ni. Harap pasukan Red Warriors mampu bangkit dari aksi yang hambar pada awal musim ini yang menyebabkan menduduki tangga ke 7 dalam carta liga super. Jauh tuuu nak kejar ke tangga ke atas. Walau macam mana sekali pun Red Warriors perlu menang malam ni bagi memastikan semangat juang terus ada dalam setiap pemain.

Gomo Kelate Gomo !!

Sunday, January 20, 2013

Island Steamboat - Indah Kabar Dari Rupa

Citttporaaaaan Yinnadaeee tambiiiii.......buat penat je aku col 2, 3 kali untuk book restoran Island Steamboat nie.....gempak je lebih....ingatkan bestlaa sangat memandangkan kalau nak g mkn kt situ nak kena book awal....asyik full jer restoran nih. Sebelum ni dah 2 kali aku call....tapi dia cakap dah full book. So untuk minggu yang seterusnya aku call seminggu awal....dapatlaa seat. 

Hari sabtu aritu aku bawak laa mak aku pi makan kat Island Steamboat kt Kg.Melayu Subang ni. Xde laa jauh mana ngan rumah....boleh laa. Harga pun boleh tahan, xde laa mahal mana pun RM 21.90 / person. 

Gerak jam 6.45ptg....kol 7.20 smpai sana...dapat meja trus duduk....then p tgk2 menu dia....hurm. Menu nya adalah :

1. Barang2 standard kt kedai steamboat lah : isi ketam,fishball dll.
2. Udang Sotong daging ayam - tu jer,kerang ketam pun takde
3. Bubur kacang,roti bakar,air kopi,tea,sirap,oren
4. Nasi lemak,keaw tiaw,mee goreng,bubur nasi
5. Ais Krim

Rasa aku tu je kot menu dia....memang mendukacitakan....banyak sangat kekurangannya....buah xdek,ais krim pun dia ambilkan...berkira sangat,makanan dh habis pun lambat topup....memang teruk betul lah,kesimpulannya memang x puas hati lah aku dengan kedai ni,gempak je lebih....restoran macam ni pun boleh full book....gile betul.

Rasa aku restoran ni nak kena buat penambahbaikan laa,fasiliti dia da ok,tandas + surau selesa. Cuma menu makanan jer yang kureng.

Wednesday, January 16, 2013

Futsal & Badminton

Huh....sejak pindah tempat kerja baru ni, aku terjebak plak dengan dunia sukan. Hari Isnin lepas main badminton,semalam main futsal. Memang segar dan cergas rasanya badan. Kalau terus aktif macam nie,memang best lah badan.Hilanglah lemau2 badan tu.....badan pun sihat. Hurm,hari sabtu nie tanggal 19/1 nak g makan steamboat ngan family n bawak mak skali....da siap book da,minggu lepas lagi tu book. Awal giler,maklumlaa sebelum nih dah 2 kali call asyik full je tempat steamboat tu....best sangat ke sampai macam tu ? Tu yang jadi nak kena try gak tu.....

Nanti dah lepas makan kat Island steamboat tu,aku nk snap picture banyak2....hehe

Wednesday, January 9, 2013

9 hari Sudah

Nampaknya hari ini baru aku berkesempatan untuk mengarang di Blog aku nih,hari ini adalah hari yang ke-9 aku bekerja ditempat yang baru.....buat masa sekarang baru sahaja selesai merangka kerja2 yang akan dilaksanakan bagi tahun ini - 2013. Dapat bos baru....En.Pahmi yang berjawatan W32. Nasib baik la orang laki....dah penim aku dok kerja bawah orang perempuan nih,bukan apa,banyak benda remeh temeh yang akan terjadi kalau dok kerja bawah perempuan nih,sebab apa? Kurang professional,emosi jer lebih....sampai terbawa2 ketempat kerja....last2 orang lain yang jadi mangsa.

Setakat ini belum lagi ada masalah aku kat tempat baru nih,nampak macam semuanya berjalan lancar InsyaAllah keadaan ini akan berkekalan pada hari2 yang akan datang. 

Minggu pertama saja rasa sakit2 badan kerana terpaksa merempit sejauh 43km x 2 (pergi/balik). Masuk minggu kedua ni macam dah ok sket.