Tuesday, October 30, 2012

Pesan Mak

Cakap orang ataupun nasihat dari Ibu dan Ayah sememangnya untuk kebaikan kita di masa hadapan. Itu sajalah yang boleh aku ungkapkan. Sememangnya ibu dan ayah memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan anak2. Memang anak2 agak sukar menerima pendapat mahupun nasihat para Ibubapa kerana maklumlah jiwa muda nak mereka sering selisih pendapat. Jadi anak2 sememangnya kuat memberontak bila ditegur mahupun dinasihatkan oleh ibubapa mereka. 

Aku sendiri pun sememangnya tidak menafikan menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibuku sendiri untuk belajar bersungguh2 di kala usia masih muda. Selepas mengambil peperiksaan SPM dan mendapat result yang tidak bagus,aku mendapat tawaran ke UiTM Serawak bagi melanjutkan pelajaran. Tapi kerana sifat malas dan main2ku yg kuat,maka sempat belajar selama 6 buulan sahaja disana. Selepas itu aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma IT di Akedemi Infotech Mara di Kuala Lumpur. Hurm,aku mengalami culture shock semasa berada di KL. Menggila x ingat dunia dan belajar sambil lewa dan keputusannya amat memalukan,hanya dapat bertahan selama 5 semester. Then,balik kampung dan mohon untuk masuk Institut Latihan Perindustrian di Pengkalan Chepa,untuk belajar sijil jurusan Elektrik (PW2). Hurm,memakan masa selama 4 tahun untuk habiskan sijil yang sebenarnya hanya 2 tahun saja. Memang aku agak tidak matang masa itu walhal umur sudah 23-24 tahun. Mak aku memang nak aku habiskan belajar walau apa cara sekalipun. Disebabkan sikap acuh x acuh dan main2 aku,maka aku membazirkan masa selama 5 tahun. Satu perkara yang merugikan diriku sendiri. Umur 25 tahun baru ada sijil,bukan Diploma apatah lagi Degree. Satu perkara yang merugikan. Kalaulah boleh diundurkan masa,sememangnya aku mahu mendengar segala arahan dan nasihat Ibuku selama ini yang tidak mahu anak2 ketinggalan dalam pelajaran.

Pada tahun 2005, aku mendapat tawaran untuk kerja kerajaan dan barulah bermula kehidupan sebenar aku,aku sedikit sebanyak berubah dan barulah dapat memikirkan masa depanku sendiri. Aku tidak tahu apalah nasibku kalau x dpt kerja skarang ini. Aku terpaksa bangkit kembali dan belajar sekali lagi di UiTM Shah Alam dalam bidang Business Study. Bertungkus lumus belajar selama 4 tahun,akhirnya aku mendapat segulung Diploma pada tahun 2011.

Dan pada masa sekarang,aku masih terkial2 mencari kerja baru yang setaraf dengan sijil yang aku ada. Memang agak susah untuk mencari kerja pada usia yang lanjut ini,peluang x byk. Masa semakin suntuk,ikutkan hati,aku mmg nk smbg belajar lagi kerana target aku sampai Master. Jauh lagi perjalanan aku.

Kesimpulannya,nasihat Ibubapa jangan kita abaikan,ini kerana mereka tidak mahu apa2 balasan pun,ia hanya untuk kebaikan kita dimasa hadapan sahaja. Menyesal kemudian tiada gunanya.


Wednesday, October 24, 2012

Hari Raya Aidiladha 2012

26 Oktober 2012 iaitu hari Jumaat, Hari Raya Aidiladha. Hurm sudah 2 tahun aku x balik kampung menyambut hari raya korban nih...tahun lepas Danish keluar pada pagi raya....tahun ni pula mek pula berada di Mekah untuk menunaikan fardu Haji....so kat kampung xde orang lah. Jadi tahun nie beraya kt rumah mertua je laa. Nak buat macam mana.....bukan ada apa pun kat cni. Suasana hari raya tu xde je laa. Apa pun xpelah. 

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha !!

Tuesday, October 23, 2012

Treble untuk TRW 2012

Hebat dan dramatik sungguh TRW dibawah bimbingan Bojan Hodak bagi musim 2012 nih....selepas Piala FA,Piala Liga Super dan yang akhir sekali Piala Malaysia.....semua ke-3 piala ini berjaya disebat oleh pasukan TRW,ini adalah sejarah baru bagi bola sepak Kelantan. Pada tahun ini juga buat pertama kalinya TRW berjaya bermain di pentas AFC dan juga berjaya masuk ke perlawanan suku akhir. Wah,hebat sungguh. Memang kagum dengan pencapaian oleh pasukan Kelantan. 

Disamping itu juga,Kelantan berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di gelanggang sendiri bagi semua perlawanan termasuk AFC Cup. Memang keramat sungguh stadium Sultan Muhammad ke-4 nih.Bukan senang nak kekalkan rekod tanpa kalah tu. Dan yang paling hebat sekali,TRW tahun ini menutup tirai dengan bergaya sekali dengan memenangi Piala Malaysia setelah bergelut selama 120 minit dan akhirnya berjaya menang dengan 3 gol berbalas 2. Game yang penuh dramatik dan juga sengit itu sememangnya menghiburkan semua pihak. Tahniah TRW. Sudah pasti tahun 2013 akan datang akan menjadi lebih sengit dan tertekan bagi sang juara Treble ini bagi mengekalkan kejuaraan tahun 2012 !!!

Sunday, October 14, 2012

Separuh Akhir Piala Malaysia 2012 - Kelantan vs Selangor

Tanggal 8 Oktober 2012. Gerak bersama Isteri dan anak ke Stadium Melawati Shah Alam untuk menyaksikan Semi Final Piala Malaysia 2012 Kelantan vs Selangor. Mula2 nak g ngan kwn aku jer,pastu last2 minute wife aku plak nk ikot...nak merasa masuk stadium katanya. Nasib baik membe aku ada tiket lebih.....

Lepas solat maghrib kt stesen minyak petronas SS7.....gerak ke stadium. Jam 8.00mlm masuk ke dalam stadium...nasib baik ada lagi seat kosong kat bawah,bahagian sisi gol. Tapi memang bahaya sikit dok bawah ni...takot nanti jadi mangsa balingan objek atau mercun. Diorang ni mmg hampeh,mmg mesti ada yang seludup mercun wat masuk. Nak buat macam mana,kalau dah ramai2 tu,ada je yang mengom.


1st half - tiada gol dihasilkan
2nd half - diminit2 terakhir M.Ghaddar jadi wira Kelate menyumbat gol pada minit ke 80. Then disusuli oleh Piya pada minit ke 93. Memang dramatik....Selangor pun main best jgk aritu,cuma tang penyudahnye saja yang tumpul.....yang menyedihkan,si Mohd Farhan n M.Ghaddar x dpt beraksi di Final,kerana masing2 memungut 2 kad kuning. Memang merungsingkanlah di Final ni....lawan ATM pulak tu......ada Hai-O tuuuu.

Gomo Kelate Gomo !!!!

Thursday, October 4, 2012

I don't Trust Nobody....Nobody Trust me

It's very poor for working here and work together with this weird people everyday. Right now I don't have any chance to get out from here. Unlucky me.....everyday have to strengthen the spirit and force myself to come to workplace. Everyone here is very selfish and have no respect to other. How come you act like that and while you expect people to respect you.....what a silly !!

Right now, I'm just waiting thats my time will coming....and I will show this moron people that I better then them. For them, everything I do is wrong and have poor quality at all. This is really bad, whats a problem right now is 4 of them merge together and bully me everytime give me a job. They're always looking for my weakness everyday. 

How come people like this exist in this work?
How come I have to face moron like this?
Why me?

Thats all