Tuesday, November 29, 2011

Balik umah....Danish

Sabtu ni tanggal 3/12/2011, Danish akan balik ke rumahnya di Meru,Klang.....setelah seblun tinggal dirumah Atuknya di Puchong Prima. Urm,dah nak kena mula cari penjaga dia da ni,mummy dia da nak masuk keje 3/2/2012.....urm x lama da tu. Mintak2 laaa makcik depan rumah tu sanggup jaga dia. Kalo x,jenuh juga nk cari ni. Hurm, bila ntah nk start projek cari duit ni,kena mulakan dalam masa terdekat ni,belanja asyik defisit je ni melebihi income....urm,penim jgk dibuatnya.Xpelah,papa akan cuba sedaya upaya lah cari duit lepas ni.Kenalah berkorban demi isteri dan anak.....untuk hidup lebih selesa di masa hadapan...itulah tugas seorang suami !!

Wednesday, November 23, 2011

koleksi gambar2 Danish

 Mengamuk nak susu !!

Tido sedap aje anak papa nie ....
 susah betul nk tgk dia bukak mata !! tdo ajer Danish ni
Tido lagi

Sunday, November 20, 2011

Penat Tapi Seronok

Hari ini,genaplah 16 hari umur anakku 'Danish'. Penat jugak dok berjaga belah malam melayan kerenah 'siconet' ini....time papa dia nak tido,dia buka mata & nangis,kalau bukan nak susu,dia berak....hehe.Dah pandai dah,rimas juga dia kalo x salin pampers dia....nangis2 kasi susu mummy dia,senyap laa dia,pastu sambung tido balik.Hari ni bawak dia pegi Hospital Serdang lagi,ingat kena amik darah lagi,tapi doktor cakap x payah sebab kuning dia da x terok sangat. Aku pun xtau doktor ni bole pakai ke idak. Apa pun janji anak aku dan isteriku sihat walafiat.

Skarang ni keje dia makan tido,makan tido mandi.hehehe,Dah besar sket nanti xtau laa mcm mana si Danish ni,jadinya....tkot x terkejar lak nanti,lari sana lari sini,penatlaa papa n mummy dia.Ni laa gambar terbaru dia.Serius aku cakap,memang seronok jadi ayah ni,walaupun penat sikit kerana isteriku lambat belajar cara2 nak jaga baby ni,so aku plak yang lebih pandai....hurm.Selalu juga mummy dia kena marah ngan papa dia,hehe.Bukan marah,tapi mengajar sebenarnya.....Papa memang sayangkan mummy n Danish nie...muachxxxx

Wednesday, November 16, 2011

Tukar menukar

Hurm....pertukaran besar-besaran sedang berlaku di ofis aku ni.Ramai jugak yang bertukar sana sini.Unit aku saja yang dh confirm seorang,tapi yang datang sini dari ibupejabat ada 2 orang....apakah makna ini semua?Seorang tukar dengan 2 orang ka?

Mengikut sumber yang dipercayai, X housemate aku dulu,dia bagi tau member aku sorang ni kena tukar ke HQ.Cuma suratnya belum sain lagi.....adoi,ingatkan aku yang kena...mati laaa beb.Jauh sangat,umah aku beli pun jauh jugak.....hujung sana hujung sini.Kalau naik pangkat ok jugak kena pindah pun,stakat pindah saja2 baik x payah.Buat penat jer,buang masa dan tenaga jer.Tuan punya badan yang kena tukar ni xtau lagi ni,kalau dia tau mesti mengamok nie,dahlaa tgh mengandung....jgn aku jer yang belayar dhlaa.

Tuesday, November 15, 2011

Rindu kat Danish n Mummy lah

Urm,malam ni terpaksa tidur dirumah Meru,Klang....terpaksa laa kena balik basuh baju,baju banyak x basuh ni.Nak basuh umah mertua segan pula....dh memang dari dulu lagi aku basuh bajuku sendiri,x tergamaklaa nak suruh org tua kita pula yang membasuhnya.Urm,nampak gayanya malam ni tido keseorangan laa.Kecian kat baby n mummy dia xley tido ngan papa dia. Xpelah yer,esk papa balik yer....

Memang betol orang tua kata,bila balik keje penat2,tension ker bila dah sampai rumah,tengok muka anak,hilang semuanya....anak adalah anugerah Allah SWT yang paling berharga dan ia juga merupakan satu amanah untuk menjaga dan membesarkannya serta memberi didikan agama yang sewajarnya kepada mereka.

Aku percaya anaklah pelengkap kepada kebahagiaan sesebuah keluarga....sama ada kita susah ke senang ke,itu terpulanglah kepada rezeki masing2......yang penting kita tetap berusaha untuk meningkatkan ekonomi keluarga kita,InsyaAllah Allah SWT akan memberi rezeki kepada kita.....



Monday, November 14, 2011

7 Hari kat Hospital Serdang

Selesai sudah bersalin,masuk hari ke 2 isteri dan anakku berada di hospital. Tiba2 jer ada doktor dtg bagitau anak aku kena tahan lagi selama 5 hari,dia kata prosedur biasa kerana anak aku ada G6PD (Glucose-6-phospate dehydrogenase deficiency) hurm, aku pun x pernah dengar mende tu,tp yang pasti ia bukan sejenis penyakit,tapi terhasil dari genetik keluarga.Sel darah merah cepat pecah jika memakan makanan atau ubatan tertentu....hurm.Setelah 5 hari ulang-alik kat Hospital,ingatkan dh boleh balik,hari ke-6 isteriku dibenarkan untuk pulang,tetapi babyku kena tahan kerana kuningnya tinggi 330,paras normal adalah 250. So kenalah letak bwh lampu tanpa memakai baju.

So baby kena masuk NICU....Isteriku terpaksa menemani babyku kerana aku hanya dibenarkan masuk waktu melawat sahaja,lagi pun nk bagi susu pun susah. Last2,setelah 2 hari masuk NICU,adalaaa sorang doktor muda ni tolong aku percepatkan proses untuk aku dan isteriku keluar,tahap kuning baby dh turun ke paras 159, Alhamdulillah....jam 9.30mlm 12/11/2011.....Lega aku dibuatnya, maklumlaa doktor amik 2x sehari darah baby sampai lebam2 tangan dia,aku kira ada lebih kurang 14 lubang jarum kat tgn dan kaki baby....doktor pun satu hal, x pandai nak amik darah,main cucuk jer.Memang aku niat dh,aritu last la aku kasi doktor amik darah,pastu aku xnk kasi dh,kesian kat baby aku.Skang ni Danish dh ada kat Puchong, umh mertuaku...lega dibuatnya.Nampak macam dh ok dh.....tp 21/11/2011 ni nak kena ke Hospital Serdang lagi...buat follow up test.Urm,terpaksa jer laa kena tunggu mcm mana lepas ni.Kecian kat baby Danish ku.

Danish bin Aswadi

Tanggal 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432 .... lahirlah bayi lelaki sulongku yang diberi nama Danish. Jam 2.00pg 6/11/11 isteriku kesakitan semasa tengah tidur dirumah mertuaku di Puchong Perdana,aku dalam keadaan panik terus mengemas barang dan membawa isteriku bersama ibu dan ayah mertua ke Hospital Serdang....sampai jer kt hospital,terus daftar dan hilang pula sakitnya.Terus menunggu didewan bersalin kerana diberitahu katil penuh !! Jam 4.00pg,baru dapat katil,setelah diperiksa bukaan baru mencapai 4cm....kalo nk kasi baby keluar,kena 10cm !! Aku terpaksa menunggu dibilik bersalin,lama juga laa.Masa berlalu dan jam 8.50pg bukaan semakin membesar setelah diberi ubat untuk memaksa baby keluar,tunggu punya tunggu hinggalah jam 9.45 pagi, rambut baby sudah kelihatan,isteriku sudah kepenatan menahan kesakitan bersalin. Last2 baby pun keluar dengan jayanya,disambut oleh doktor dan dibersihkan oleh nurse,masa tu baby x berhenti menangis then diserahkan kepadaku untuk di azan dan di qamatkan.Masa aku azan kat telinga baby,dia buka matanya sambil memandang aku,dan berhenti menangis....sungguh bermakna saat ini bagi seorang ayah.Pengalaman yang cukup bermakna dan paling bernilai dalam hidup aku. Aku bersyukur kehadrat Illahi kerana mengurniakan cahaya mata yang sempurna untuk kami sekeluarga.

Tuesday, November 1, 2011

Baby Danish.....ooOooOOo baby Danish

Tanggal 1/11/2011 jam 5.00pg, biniku tersedar dari tidur dan sakit2....aku dah kelam kabut,lalu bangkit untuk sembahyang Isyak then lepas tu trus mandi. Tepat jam 6.00pg aku dan isteri terus bertolak ke Hospital Sungai Buloh, sampai jer di Hospital Sungai Buloh dan membuat pendaftaran....aku terpaksa menunggu di luar. Samapi tgh hari jugak laa aku menunggu....jam 12.00ptg baru biniku keluar dari tempat rawatan.Baby Danishku x jadi keluar pulak....hehe. Saja je testing tu baby ni,dia tgh cari jalan keluar kot....hehe. Main2 plak baby aku ni, skang ni tengah dok tunggu dia keluar laa ni. 

Dalam 2,3 hari ni laaa tgh berdebar2.....dalam mood standby laa skang ni.Biniku dapat MC 2 hari 1-2/11/11 ni.....berehatlaa kat rumah sedangkan aku datang bekerja.Tunggu masa je aku kena bergegas balik. Hospital plak dhlaa jauh,dalam 35km jugak dari rumah aku.Mintak2 laa Allah SWT lancarkan urusan biniku untuk bersalin,selamatkanlah bayiku dan juga isteriku....Aminnnnn.