Monday, September 26, 2011

Teraniaya

Hari yang agak mengecewakan bagi aku,officemate aku dapat surat tawaran daripada bahagian sumber manusia HQ untuk melayakkan dia pergi interview bagi mendapat kenaikan pangkat ke gred W22. Sangat mengecewakan setelah dapat mengetahui aku tidak dipanggil untuk ke temuduga tersebut. Tiada peluang langsung,sangat mengecewakan kerana tidak dipanggil untuk temuduga disebabkan oleh markah SKT aku tahun lepas yang agak teruk iaitu 70 markah.Perkara ini berlaku gara2 bos aku yang gila dan menganiaya aku.Apa salah aku terhadap beliau sehingga menganiaya aku sebegini? Menutup pintu rezeki aku sekeluarga,hanya Tuhan yang dapat membalas perbuatannya terhadap aku.

Sungguh kecewa setelah bekerja disini selama 6 tahun dan satu temuduga pun belum dipanggil !! Tertutup sudahkah pintu rezeki aku disini ? Xpelah,hari ini bukan hari aku,aku harap Allah SWT memperluaskan serta murahkan rezeki aku sekeluarga. Mungkin juga rezeki aku ditempat lain,usaha tetap usaha.....jika mahu berjaya tidak boleh mengharapkan hanya satu peluang sahaja. Terpaksa juga pantas mengintai peluang2 lain ditempat lain.Kalau boleh aku mahu cepat2 meninggalkan tempat ini dan mulakan kerja ditempat yang baru,tidak seronok dan suram suasana ofis ini setelah si Boroi ni wujud disini.


No comments:

Post a Comment