Monday, August 8, 2011

Bonus 1/2 gaji ?

Layak kah dipanggil bonus ? Itulah nilai penghargaan kerajaan kepada 1.2 juta penjawat awam di Malaysia ini !! Setelah bertungkus lumus membuat kerja dan membantu kerajaan dalam operasi harian demi kepentingan rakyat !! Sungguh mengecewakan,tatkala pekerja swasta/bank menerima bonus sebanyak 3,4 bulan gaji malah ada yang menerima 10 bulan gaji !! Memandangkan sudah beberapa tahun pekerja kerajaan sudah tidak menerima bonus,tapi masa terima dulu pun lebih kurang mcm ni juga,sebulan gaji, 1/2 gaji.....adakah itu memadai dengan pengorbanan yang dilakukan demi rakyat?
Sangat kecewa dengan kerajaan yang memerintah sekarang,memang tidak patut,sepatutnya penjawat awamlah golongan utama yang kerajaan perlu jaga kerana merekalah tulang belakang kerajaan bagi memastikan maklumat dan mesej kerajaan sampai kepada rakyat !! Tapi penjawat awam hanya dipandang sebelah mata oleh kerajaan,maka x hairanlah rata2 penjawat awam memilih pembangkang !! 
Disebabkan perkara sebeginilah penjawat awam malas dan tidak bermotivasi untuk bekerja,kerana mereka tahu,mereka tetap tidak dihargai oleh kerajaan !! Sedarlah wahai kerajaan UMNO sebelum kamu tumbang !! kami ingin mencuba kerajaan lain pula,dan berharap agar kerajaan baru ni,dapat membela nasib penjawat awam di negara ini.

No comments:

Post a Comment