Monday, May 8, 2017

RM 300 TERBANG

Huh.Tarik nafas panjang-panjang. Akibat dari kecelakaan excident tempoh hari (2/4/2017) aku disaman oleh PDRM sebanyak RM300. Disebabkan oleh kompaun yang diberi ada had masa bayarannya, jika tidak terpaksa naik mahkamah majistreet Klang. Tutup mata bayar jer la. Lari bajet aku bulan ni, nasib baik bini aku topup RM150.....kalau tak masak juga. Tu pun sempat shopping online dengan Shopee. Dapatlaa beli baju, kasut dan wallet (belum dipos oleh seller). Kasut NMD Red Lust ni puas hati juga walaupun bukan ori. Nak beli ori mahal sangat, belasah je la copy ori pun jadi. Nasib baik kualiti ok, not bad.

Tuesday, May 2, 2017

LEMAU

Sejak seminggu dua ni, badan rasa penat, lemau dan malas. Mood hilang entah ke mana. Nak buat satu keje pun nak kena ada mood dulu. Apa nak jadi ni,assignment belambak lagi. Terpaksa hadap jugalah, tak lama dh pun.....berbaki 5 subjek je lagi, Insya Allah bulan Jun 2018 dh boleh grad jika semuanya berjalan lancar seperti dirancang dengan izinNya. 

Kebosanan melanda dengan situasi di pejabat sekarang, bukan apa....ada yang sibuk melobi untuk naik pangkat, politaik pejabat dengan masing-masing buat strategi untuk menjatuhkan musuh masing-masing......yang tak berkenaan pun tersepit dengan kerja-kerja kotor mereka. Betullah orang selalu cakap, kalau dah gila harta,pangkat, semuanya sanggup buat asal impian mereka tercapai.  Biarkanlah mereka dengan cara mereka,aku dengan cara aku tersendiri, kalau dah tentuan Allah swt memang tak kemana rezeki tu, yang penting kita berusaha sendiri tanpa menyusahkan atau menindas orang lain. Haishhhh apa nak jadi dunia sekarang. 

Target aku lepas habiskan degree ni, aku nak sambung belajar ambil ACCA pula, kalaulah ada rezeki dengan izinNya. Tiba-tiba bila dah makin meningkat ni aku bersemangat pula untuk belajar, masa muda-muda dulu kuat sangat main sampai pelajaran terabai, dah tua terpaksalah sambung balik. Apa pun persediaan untuk masa depan perlulah diusahakan, harap-harap lepas pencen dapatlah buat kerja sendiri.