Sunday, March 20, 2011

Manusia

Lemah,hasad dengki,angkuh,khianat dan macam2 lagi. Itulah sifat buruk manusia yang pasti dimiliki oleh setiap manusia....yang membezakannya adalah cara mengawal sifat jahat itu sendiri.Mengawal nafsu jahat amat penting kerana itulah yang akan menjadikan seorang insan yang bertaqwa atau sebaliknya.
Memang tidak dinafikan,perasaan jahat itu didorong oleh syaitan yang selalu menghasut dan mencuba sedaya upaya agar kita mengikut jejaknya yang memang dijanjikan neraka jahanam adalah tempatnya.Syaitan juga selalu menghasut kita untuk melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.Kita perlu cuba sedaya upaya supaya tidak terpengaruh dengan setan yang jahanam ini !!
Kita juga hendaklah sentiasa bersyukur dengan nekmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita.Kita juga perlu sabar dalam menghadapi ujian dariNya.Bagi menjauhkan diri kita dari godaan setan ini,kita hendaklah sentiasa :
1. Membaca Al-Quran
2. Berzikir
3. Pergi ke majlis2 ilmu (mendengar ceramah2 agama)


No comments:

Post a Comment