Monday, November 14, 2011

Danish bin Aswadi

Tanggal 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432 .... lahirlah bayi lelaki sulongku yang diberi nama Danish. Jam 2.00pg 6/11/11 isteriku kesakitan semasa tengah tidur dirumah mertuaku di Puchong Perdana,aku dalam keadaan panik terus mengemas barang dan membawa isteriku bersama ibu dan ayah mertua ke Hospital Serdang....sampai jer kt hospital,terus daftar dan hilang pula sakitnya.Terus menunggu didewan bersalin kerana diberitahu katil penuh !! Jam 4.00pg,baru dapat katil,setelah diperiksa bukaan baru mencapai 4cm....kalo nk kasi baby keluar,kena 10cm !! Aku terpaksa menunggu dibilik bersalin,lama juga laa.Masa berlalu dan jam 8.50pg bukaan semakin membesar setelah diberi ubat untuk memaksa baby keluar,tunggu punya tunggu hinggalah jam 9.45 pagi, rambut baby sudah kelihatan,isteriku sudah kepenatan menahan kesakitan bersalin. Last2 baby pun keluar dengan jayanya,disambut oleh doktor dan dibersihkan oleh nurse,masa tu baby x berhenti menangis then diserahkan kepadaku untuk di azan dan di qamatkan.Masa aku azan kat telinga baby,dia buka matanya sambil memandang aku,dan berhenti menangis....sungguh bermakna saat ini bagi seorang ayah.Pengalaman yang cukup bermakna dan paling bernilai dalam hidup aku. Aku bersyukur kehadrat Illahi kerana mengurniakan cahaya mata yang sempurna untuk kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment