Sunday, September 16, 2018

WHEN SEPTEMBER END

Last mengarang dekat blog aku nih adalah bulan Mac. Memang makin berumur makin tiada masa untuk mengarang. Betullah Ustaz cakap, Allah tarik nikmat manusia dengan menjadikan masa mereka berasa singkat dengan hal-hal dunia. Sebenarnya banyak event besar yang terjadi pada tahun ini cumanya aku memang tak sempat untuk mencatatnya sebagai sejarah hidup aku.

Perkara Pertama sebelum aku lupa nak karang adalah berkenaan tamatnya pengajian aku di UiTM pada 16 Ogos 2018. Kiranya dah sebulan result semester akhir aku keluar. Alhamdulillah aku berjaya dapat result yang bagus jugaklah 3.35 cgpa. Konvo masih belum dapat tarikh, dalam gembira tamatkan pengajian, aku sedikit kecewa kerana tidak sempat untuk memohon jawatan kosong ofis aku yang keluar iklannya pada bulan Mac lepas. Mungkin rezeki aku Allah swt dah letakkan ditempat lain. Insya Allah.

Seterusnya aku nak park kat sini gambar rumah lama aku kat Kampung Tikat untuk dijadikan kenangan sebelum dirobohkan. Aku selit juga gambar kedai ICT di Kelantan, nama kedainya Acu Tera di Pantai Sabak. Tahun ni saja aku rasa dah habis round satu Malaysia keluar stesen dalam menjalankan tugas yang diamanhkan demi sesuap nasi.  Aku harap rezeki aku semakin luas dan dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah swt.




Miri Sarawak

Thesis Hard Cover
 




Pantai Sabak



Acu Tera ICT di Pantai Sabak