Monday, March 21, 2011

Apa nak buat .... sigh ~

Nak kata menyesal,ada la jugak....nak kata tak menyesal...ntahlaaa.Maybe da ditakdirkan begini.Memang pada awalnya bila melangkah masuk kerja kerajaan ni,rasa macam dah selamat laa katakan,bukannya apa...ada pencen,tak kena buang,pastu terjamin laa sbb kerajaan ni tak macam company...so xde la masalah berlakunya 'kebankrapan'. Tapi setelah terjebak selama 6 tahun dalam sektor awam ni,memang agak menyesal laa,bukannya apa,bab kerja terjamin tu memang laa bole dikatakan ok,tapi bab gaji memang fail habis laa.
Staff gov ni memang bergaji kecik 'underwage' laa.Memang tak setimpal dengan kerja yang dilakukan,dan tidak kena dengan situasi ataupun trend zaman skarang yang harga barang naik setiap saban hari !! Bila harga barang asyik naik jer,gaji jer  yang tak naik2,mcm mana nak survive ?
Harga rumah makin naik,barang makan,minyak,tol dan sebagainya...amat membebankan laa.Memang tidak patut kerajaan amik endah tak endah perkara ni,seolah2 kakitangan awam ni ditindas oleh kerajaan.Memang tidak patut.Rata2 org gov skarang terpaksa laa aku dan buat 2 kerja,terpaksa kerja part time mahupun buat business kecil2lan bagi menampung kehidupan.
Nampaknya aku pun kena amik langkah yang sama bagi menyara keluargaku yang bakal bertambah hujung tahun ini,InsyaAllah.So,kenalah usha2 peluang yang ada diluar sana kot2 ada yang sesuai dengan masa dan kemampuan/skills aku yang ada ni....apa pun usaha tetap usaha,kerana aku tahu,usaha adalah tangga kejayaan !!

No comments:

Post a Comment