Tuesday, January 1, 2019

2019

This is the first entry for the year 2019. Diharap pada tahun baru kali ini semuanya bermula dan berakhir dengan baik. Maklumlah, target tahun 2018 masih banyak belum capai. Just let it go.....kita mula target baru pula tahun ni. Awal-awal tahun dah habis banyak duit untuk persediaan sekolah anak-anak. Yuran saja dah berapa K. TV pula rosak dek kerana anak sulong si Danish mengamuk tumbuk TV, pecah TVnya. Rabak lagi beli android TV Sony RM2.7K.....nasib baik boleh installment dengan kad kredit sero interest.....nak kena manfaat sepenuhnya benefit dari kad kredit ni,asal jangan overlimit sudah,disiplin kena tinggi.

Danish sudah masuk darjah 2, Adam pula dah 6 tahun, risau juga membaca pun belum lancar si Adam ni, main kuat sangat.

Diharap tahun 2019 ni ada sinar untuk kemajuan kerjaya aku.....maklumlah belajar pun dah habis. Nak kena kejar juga kemajuan kerjaya, sangat penting bagi aku demi masa depan keluarga.

Tu jelah untuk kali ini. Lain masa jumpa lagi.