Thursday, June 30, 2011

Kelayakan Pusingan Pertama Piala Dunia 2014

Tanggal 29/6/2011 berlangsungnya perlawanan antara Malaysia vs Taipei (Taiwan) di Stadium Nasional Bukit Jalil. Aku pergi ke stadium dengan officemate dan kawan lama aku...hanya berempat untuk menyokong pasukan Harimau Malaya...perlawanan agak menarik tetapi masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.Menang,tapi menang tipis,2-1. Agak merisaukan kerana 3/7/2011 ini Harimau Malaya akan menentang Taiwan ditempat lawan.Malaysia hanya perlu seri untuk melayakkan diri ke pusingan kedua menentang Singapura.Harap-harap boleh menanglah kali !! Pasukan bolasepak Malaysia sekarang sudah nampak peningkatannya berbanding tahun-tahun sebelumnya.Macam ni laa baru ada semangat sikit nak sokong !!

Thursday, June 23, 2011

Kerisauan Melanda

Pening kepalaku memikirkan hal rumah....harga rumah samakin hari semakin naik harganya....dalam setahun,kenaikan harga rumah boleh dikatakan naik sebanyak 15% - 20%. Sangat tinggi nilainya,manakan orang yang berpendapatan rendah macam aku ni nak memiliki sebuah tempat untuk kami sekeluarga berteduh ?? Seolah-olah merempat dibumi sendiri !! Apekah inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi jurang pendapatan golongan sektor awam ini ?? Berkesankah ?? Sudah semestinya menjadi tanda tanya....Walaubagaimanapun,aku terpaksa mencari rumah pada tahun ini juga....kerana harga rumah memang naik mendadak dari tahun 2010 - 2011 ni....maknanya,kalaulah aku tak beli rumah pada tahun ini,kemungkinan besar kami sekeluarga tidak mampu untuk membeli rumah lagi pada tahun depan iaitu 2012. 

Aku amat berharap kerajaan akan melakukan sesuatu berhubung gaji kakitangan awam ini,terutama golongan pekerja bawahan seperti aku ini,saban hari merasa tertindas dengan gaji yang dibayar,kalau hendak dibandingkan dengan beban kerja yang ditanggung serta perbelanjaan harian yang saban hari mengalami kenaikan......

Monday, June 13, 2011

What The Hell *#& !!

Aku memang x puas hati betul laa dengan bos aku ni,asyik nak cari salah orang jer....memang x tenteram hidup aku kat ofis ni selagi dia jadi bos aku....memang dia suka orang bencikan dia,suka cari salah orang dari masa ke semasa....salah sendiri x nampak. Dah agak lama aku bersabar ni,tunggu masa nak meletup jer ni...geram jugak kan...asyik kena tindas jer. Aku cuba yang terbaik untuk menjadi manusia yang bermoral,malas laa nak gaduh2, keco2 kat ofis kan, x sesuai laaa....nasib baiklaa perempuan, kalau laki, lama dah aku tumbuk muka tu bagi hancur.....nk buat gila x bertempat...dhlaa asyik menganiaya aku jer. Sabar dalam Islam pun ada batasannya !! Aku baru je nak hidup tenteram kat sini,pastu dia pulak pindah sini,memang malang betul. Bila laa nak pencen minah sekor ni....

Sunday, June 12, 2011

Kaloh Pulok !!

Meme jeng koil....penat2 aku g tgk,kaloh pulok doh !! Meme game dari awal lagi main x sedak,wano jadi gini.Main save lajok,tamboh pulok daudsu ni g sumbak gol sdiri pulok...minit2 terakhir pulok tuh.Meme xdok rezeki laa sek kito tahun ni. Meme frust lajok lah....buke seney nk msk final,tahun 2009 aritu kena ngan Selangor,ni keno nge Ganu pulok....badi kali Piala FA ni. Wano2 pun,arap2 boleh jadi juara liga Super tahun ni yang berbaki 2 game lagi !! Lawan Perok 14hb ni pastu lawan Sabah main tempat dia....Gomo Klate Gomo !!

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Sunday, June 5, 2011

Final Piala FA 2011

Huh...tiket dah beli dah,mmg x sabar ni nak g tgk bola hari sabtu ni 11/6/2011.Harap2 Red Warriors menang laa...jangan kalah pulok.Nasib baik sempat jugak kirim tiket kat Pjoe....lega rasanya,kalo x, terpaksa laa g beli sendiri kat Bukit Jalil sabtu ni....tiket setel dah,cuma nak g cmne je x tau lagi ni,ingat nak g ngan motor je,senang nak balik nanti,kalau x,ranap laaa,jem wooo...maklumlaa hampir 85 000 penonton.X sabar pulak rasanya...hehe.Hari ni plak bermula laa class pertamaku di semester akhir ni...huh,liat pun ada.Tapi memandangkan dah nak habis....kuatkan semangat je laa....mengejar pointer supaya dapat dean list.