Monday, November 14, 2011

7 Hari kat Hospital Serdang

Selesai sudah bersalin,masuk hari ke 2 isteri dan anakku berada di hospital. Tiba2 jer ada doktor dtg bagitau anak aku kena tahan lagi selama 5 hari,dia kata prosedur biasa kerana anak aku ada G6PD (Glucose-6-phospate dehydrogenase deficiency) hurm, aku pun x pernah dengar mende tu,tp yang pasti ia bukan sejenis penyakit,tapi terhasil dari genetik keluarga.Sel darah merah cepat pecah jika memakan makanan atau ubatan tertentu....hurm.Setelah 5 hari ulang-alik kat Hospital,ingatkan dh boleh balik,hari ke-6 isteriku dibenarkan untuk pulang,tetapi babyku kena tahan kerana kuningnya tinggi 330,paras normal adalah 250. So kenalah letak bwh lampu tanpa memakai baju.

So baby kena masuk NICU....Isteriku terpaksa menemani babyku kerana aku hanya dibenarkan masuk waktu melawat sahaja,lagi pun nk bagi susu pun susah. Last2,setelah 2 hari masuk NICU,adalaaa sorang doktor muda ni tolong aku percepatkan proses untuk aku dan isteriku keluar,tahap kuning baby dh turun ke paras 159, Alhamdulillah....jam 9.30mlm 12/11/2011.....Lega aku dibuatnya, maklumlaa doktor amik 2x sehari darah baby sampai lebam2 tangan dia,aku kira ada lebih kurang 14 lubang jarum kat tgn dan kaki baby....doktor pun satu hal, x pandai nak amik darah,main cucuk jer.Memang aku niat dh,aritu last la aku kasi doktor amik darah,pastu aku xnk kasi dh,kesian kat baby aku.Skang ni Danish dh ada kat Puchong, umh mertuaku...lega dibuatnya.Nampak macam dh ok dh.....tp 21/11/2011 ni nak kena ke Hospital Serdang lagi...buat follow up test.Urm,terpaksa jer laa kena tunggu mcm mana lepas ni.Kecian kat baby Danish ku.

No comments:

Post a Comment