Sunday, April 29, 2012

Tumbuh Gigi

Belum sampai 6 bulan dh tumbuh gigi plak danish ni....cepat betul.Tapi skarang ni tgh dok lajar merangkak lagi.Bila x dpt je marah ajer dia nie,garang betoi.Dah dapat berjalan nanti,xtau la mcm mana sinonet nie....Harap2 cepat belajar berjalan laa dia ni.

Monday, April 23, 2012

Spesis Gedik

Memang tidak dinafikan dari dulu lagi aku memang menjauhi perempuan2 yang jenis gedik ni.....tu yang muda2,cuba bayangkan kalau dah tua bangka pun nak gedik lagi ? Adoiiii , memang totally useless laaa kan. Geli siot, macamtu laa keadaan aku kat ofis ni,nak kena melayan karenah gedik si Tua Bangka ni. Tapi gedik ni berbeza sket, bukan jenis gedik menggatai,tapi gedik dalam konteks hal2 kerja....hurm,nak cerita pun susah.Kena tengok sendiri je laa.Apa pun, I dun like it !! Nak muntah beb,kenapa laa macam2 spesis baru muncul kat ofis aku ni,sekor tu gedik + kipas udang , sekor lagi pun sama jugak, sekor lagi jenis suka amik tahu kerja orang,macam pengawas sekolah laa.Hurm....bosan betullllllll !!!!!

Wednesday, April 18, 2012

Papa pulak demam :(

Adus,gara2 dok menjaga sinonet danish ni,dia punye demam terus berjangkit kat papa plak.Danish demam 2 hari jer,cuma kahak dia je yang banyak lagi,maybe kena sedut gas lagi kot pasni. Aku plak kena demam panas trus,ni dah masuk hari yang ke 3 ni,terpaksa la kuatkan diri datang kerja jugak. Kalau rasa x larat sangat,aku g amik mc je kat klinik ni,badan pun lain macam je lagi ni....aduiiisss,bila laa nak sembuh ni.Demam tu satu hal,selera makan tu hilang trus,dengan bibirnye jadi pahit giler,makan satu mulut ok lagi,masuk suapan ke-2,makin pahit,dan begitulah seterusnya......

Ya Allah......aku mohon kepadamu,sembuhkan segala kesakitan dan kesukaran yang ada pada diriku,pada keluargaku Ya Allah,agar kami pulih seperti sediakala,kurniakanlah kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga Ya Allah...........Aminnnnn.

Sunday, April 15, 2012

Danish Demam

Fuhhhh....risau dibuatnye di Danish nie. Demam panas la pulak,pastu pernafasan dia pun x berapa lancar....macam kahak banyak pun ada,badan panas pulak tu,kesian betul laaa anak papa nie. Demam2 pun,x meragam Danish nie,nasib baik laaa....baik je dia ni. Hurm,pagi tadi bawak dia ke klinik Meru,doktor amik darah,sampai 3 tempat cucuk jarum x jmpa darahnya,teruk betul nurse ni,last2 doktor jugak yang datang,baru jumpa darahnya. Pastu pegi pulak sedut gas sebab nak buang kahak dia....nampak macam dh ok sket tadi,tp xtau laaa....dok ngan mami dia la tu kt umah.Kesian betul,mintak2 laa cepat sembuh anak papa sorang ni. Ya Allah,kurniakan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga...Aminnnn.

Sunday, April 1, 2012

Semangat Yang Hilang

Suasana yang suram dan membosankan sedang menyelubungi bilik ofis aku ini pada setiap hari bekerja....adussss.Memang suasana yang tidak seronok untuk melakukan sebarang kerja kalau situasinya begini setiap hari....hurmmm. Tapi apa kan daya,terpaksa menghadapinya setiap hari,peluang untuk meningkatkan kerjaya belum ada lagi setakat ini, Hanya mampu berusaha memohon jawatan kosong yang ada sahaja buat masa ini.....bila agaknya situasi yang tak seronok ini akan berakhir? nak buat kerja pun dah x semangat,hilang fokus seolah-olah sudah hilang mood untuk membuat kerja harian.