Wednesday, March 30, 2011

Busy Time

Sejak akhir2 ini situasi kehidupan aku menjadi bertambah busy....byk sgt assignment yang perlu disiapkan.Yang menjadi masalahnya adalah semua tugasan tersebut perlu disiapkan secara berkumpulan !! Bukan senang nk buat,maklumlah ahli2 kumpulan kebanyakannya sudah berkahwin dan mempunyai anak,maka mereka juga sibuk dengan keluarga mereka,begitu juga aku.Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menyiapkan tugasan yang diberi.Sedikit pengorbanan perlu bagi menyiapkan tugasan tersebut,demi masa depan keluarga juga.

Hampir setiap minggu aku terpaksa meninggalkan isteriku dirumah pada hari mggu kerana keluar untuk menyiapkan tugasan,kesian isteriku.....hehe.
Pengorbanan isteriku juga amat aku hargai,memahami situasi aku ini....walaupun kdg2 merenget laa jgk,tp biasa la tu....Masih lagi ada 2 tugasan perlu disiapkan,next week semuanya akan settle....pastu final exam pun menjelma laa....persiapan baru tahap 40% je ni....60% in progress.

Monday, March 21, 2011

Apa nak buat .... sigh ~

Nak kata menyesal,ada la jugak....nak kata tak menyesal...ntahlaaa.Maybe da ditakdirkan begini.Memang pada awalnya bila melangkah masuk kerja kerajaan ni,rasa macam dah selamat laa katakan,bukannya apa...ada pencen,tak kena buang,pastu terjamin laa sbb kerajaan ni tak macam company...so xde la masalah berlakunya 'kebankrapan'. Tapi setelah terjebak selama 6 tahun dalam sektor awam ni,memang agak menyesal laa,bukannya apa,bab kerja terjamin tu memang laa bole dikatakan ok,tapi bab gaji memang fail habis laa.
Staff gov ni memang bergaji kecik 'underwage' laa.Memang tak setimpal dengan kerja yang dilakukan,dan tidak kena dengan situasi ataupun trend zaman skarang yang harga barang naik setiap saban hari !! Bila harga barang asyik naik jer,gaji jer  yang tak naik2,mcm mana nak survive ?
Harga rumah makin naik,barang makan,minyak,tol dan sebagainya...amat membebankan laa.Memang tidak patut kerajaan amik endah tak endah perkara ni,seolah2 kakitangan awam ni ditindas oleh kerajaan.Memang tidak patut.Rata2 org gov skarang terpaksa laa aku dan buat 2 kerja,terpaksa kerja part time mahupun buat business kecil2lan bagi menampung kehidupan.
Nampaknya aku pun kena amik langkah yang sama bagi menyara keluargaku yang bakal bertambah hujung tahun ini,InsyaAllah.So,kenalah usha2 peluang yang ada diluar sana kot2 ada yang sesuai dengan masa dan kemampuan/skills aku yang ada ni....apa pun usaha tetap usaha,kerana aku tahu,usaha adalah tangga kejayaan !!

Sunday, March 20, 2011

Manusia

Lemah,hasad dengki,angkuh,khianat dan macam2 lagi. Itulah sifat buruk manusia yang pasti dimiliki oleh setiap manusia....yang membezakannya adalah cara mengawal sifat jahat itu sendiri.Mengawal nafsu jahat amat penting kerana itulah yang akan menjadikan seorang insan yang bertaqwa atau sebaliknya.
Memang tidak dinafikan,perasaan jahat itu didorong oleh syaitan yang selalu menghasut dan mencuba sedaya upaya agar kita mengikut jejaknya yang memang dijanjikan neraka jahanam adalah tempatnya.Syaitan juga selalu menghasut kita untuk melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.Kita perlu cuba sedaya upaya supaya tidak terpengaruh dengan setan yang jahanam ini !!
Kita juga hendaklah sentiasa bersyukur dengan nekmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita.Kita juga perlu sabar dalam menghadapi ujian dariNya.Bagi menjauhkan diri kita dari godaan setan ini,kita hendaklah sentiasa :
1. Membaca Al-Quran
2. Berzikir
3. Pergi ke majlis2 ilmu (mendengar ceramah2 agama)


Wednesday, March 16, 2011

SYURGA ISTERI DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI

Hari ini nak berkongsi info dgn semua terutamanya dengan para-para isteri. Selalunya kita dengar syurga di bawah telapak kaki IBU, tp bagaimana dengan ungkapan "Syurga Isteri di bawah Telapak Kaki Suami"  
Benarkah seorang isteri dijanjikan SYURGA ??
Firman ALLAH swt. yg bermaksud: " Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka" ( al-Nisa :34)

Dalam ayat ini menyatakan berkaitan dengan
Isteri Solehah. Ada beberapa ciri-ciri isteri solehah yang sememangnya dijanjikan Syurga. 
 

1) Mentauhidkan Allah  - mengabdikan diri hanya kpd NYA.
2) Tunduk kpd perintah Allah  - taat dgn melakukan ibadah (solat, puasa, sedekah dll)
3) Amal Makruf Nahi Mungkar  - tinggalkan segala larangannya
4) Sentiasa bertaubat kpd Allah  - lisannya dipenuhi istighfar & zikir
5) Taat kpd suami  - melaksanakan hak-hak suami.
6) Menjaga dirinya ketika suami tidak berada disisinya  - jaga kehormatan, mata dan telinga
7) Penuh kasih sayang  - kpd suami, anak2, ibu bapa, saudara & mencari maafnya
8) Melayani suaminya - menyiapkan makan minumnya, tmpt tidur, pakaian dll
9) Menjaga rahsia-rahsia suaminya - berkenaan hubungan intim dia & suaminya.
10) Berpenampilan menarik - dihadapan suami supaya senang mata memandang
11) Sentiasa mendapat keizinan suami - walaupun hendak berpuasa
12) Pandai Bersyukur - pemberian suami & tidak melupakan kebaikannya
13) Memenuhi ajakannya - bersegera memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan.

Adakah anda tergolong dlm ciri-ciri dinyatakan ? Sememangnya banyak lagi yang perlu dilakukan untuk perbaiki diri....renung2kanlah

Monday, March 14, 2011

Fat bastard

Of course I'm not happy! Look at me, I'm a big fat slob. I've got bigger titties than you do.
I can't stop eating. I eat because I'm unhappy, and I'm unhappy because I eat. It's a vicious cycle. Now, if you'll excuse me, there's someone I'd like to get in touch with and forgive... myself.

Hehe.....fat bastard.I have a lot of experience dealing with fat people,it's not a good one but it's bad one.From my experience,we can't trust fat people or obesity people....they always cheat,jealous,unreliable and not responsible.From my past experienced,my 1st housemate is a fat bastard,I've live together with him for 2 1/2 years....he always make trouble,don't respect other housemate and always make people angry with him.I always patient till he get out just like that from my house.He didn't mention anything to me and didn't pay for rent and the bills....it's very rude and disrecpectful.He left a lot of thing in my house,his stuff like book,cloth,desk,bed even his diplome.Very crazy.Ok end about his story.

 2nd fat bastard is crazy too....he always act like a king,make people pay attention to him(like he is the VIP person),bersifat cronism,provoke and stupido like buffalo.hehehe
Actually i don't know what the motive these bastard to do that thing,what the benefit of doing that?
I don't care what they do and what they thing about me,but i know that i really don't like fat bastard.
I know they are unreliable,lazy and not important at all.

Alhamdulillah

Semalam me and my wife pergi klinik untuk buat chek up, then aku dapat tahu berita yang sangat gembira iaitu wifeku telah mengandung.....tanpaku sangka aku akan menjadi ayah tak lama lagi....aku sungguh gembira dengan berita tersebut.syukur kepada Allah SWT kerana memberi rezeki yang murah buatku sekeluarga.

Dalam gembira,datang pula perasaan risau bila memikirkan penambahan ke atas perbelanjaan keluargaku nanti memandangkan gajiku yang kecil.Aku sangat berharap Allah SWT akan menambahkan rezeki aku sekeluarga untuk babyku nanti.Orang kata rezeki anak.Aku perlu mencari pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan keluargaku nanti,dengan gajiku yang kecil ni,memang tidak cukup.

Aku amat berharap agar dapat menghabiskan studyku dengan result yang cemerlang agar dapat melangkah ke jawatan yang lebih tinggi.Aku perlu merancang dengan teliti agar hidupku sekeluarga tidak susah kelak.

Thursday, March 10, 2011

Aku tak mahu suamiku berdosa

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku
Aku tak mahu suamiku berdosa..

Wednesday, March 9, 2011

Isteri

1. Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan. 

2. Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang." (Riwayat Al Bazzar).

Monday, March 7, 2011

Himpunan Hadith......untuk renungan bersama

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu.
 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.

Sunday, March 6, 2011

Lesu dan tidak bermaya

Isnin....permulaan hari kerja yang paling membosankan dalam banyak2 hari,membuatkan aku 'liat' untuk bangkit dari tidur.Aura kemalasan masih terasa,kerana menempuh hari minggu yang memenatkan.No time for relax.
Saturday - menyiapkan assignment berkumpulan dengan classmate
Sunday   - berkejar dari rumah mertua pada jam 10.30pg balik ke Meru untuk menghantar isteri        yang tercinta, seterusnya ke Uitm untuk menyiapkan assignment.Jam 5.00 petang,balik ke rumah. Jam 6 ptg,berjogging dan bermain badminton bersama isteri di Pusat Rekreasi Setia alam.
Begitulah aku menghabiskan masa for my weekend.....sangat memenatkan jugaklaa.Lesu badan dibuatnya,tapi apakan daya,hidup mesti diteruskan.
Tunggu lunch hour je ni,rasanya macam nak g tido kat surau je ni....hehe

Wednesday, March 2, 2011

Hari yang Ceria

Suasana dipejabat hari ini sangat sunyi,ramai yang tiada termasuklah musuh ketat aku iaitu boss aku. Sungguh tenteram rasenya tanpa rasa sedikit pun tekanan tanpa kehadirannya dipejabat.Kalaulah keadaan ini berpanjangan seperti ini setiap hari,tentulah bertambah la semangat untuk datang ke pejabat setiap hari.

Semalam kereta satria aku buat hal lagi,maybe dia merajuk sejak kebelakangan ini kerana 'dia' telah dimadukan olehku....hehe.Tiba-tiba sahaja xbley nak start,maybe betri yang buat hal.Aku pun xtau,sbb hari ni 'dia' da bole jalan setelah aku periksa keadaan betrinya.

Tidak banyak untuk aku perkatakan hari ini,yang aku tahu...aku ada byk assignment yang perlu disubmit dalam bulan ini....keadaan sudah mula menjadi sibuk dengan alam pembelajaran aku  yang akan tamat hujung tahun ini.Tidak sabar rasanya untuk menyambung ke tahap yang seterusnya.