Monday, September 23, 2013

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC

Setelah 8 tahun lebih berkhidmat di LKIM, ni laa kali pertamanya dapat anugerah dari pihak pengurusan. 

Majlis berlangsung di MAEPS Serdang tapi menginap di Hotel Grand Season Kuala Lumpur. Majlis bermula pada 17/9-21/9/2013.

Baru lah ada semangat sikit nak meneruskan kerja2 harian. Rezeki yang Allah SWT bagi datang tanpa diduga, dapatlah RM1k sijil simpanan premium BSN, tapi aku g jual terus....nak pakai duit. Bolehlah bagi sikit sorang....kasi mak sikit,bini sikit,bayar hutang sikit dan saving dalam ASB sikit. Alhamdulillah...selesai sudah RM1k sekelip mata saja....hehe

Monday, September 2, 2013

Harga Minyak Naik RM0.20 Hadiah dari BN

Pemerintah yang zalim memang tidak memikirkan tentang rakyatnya.....itulah BN, Barang naik berpisah tiada. Lepas je PRU 13 tarif elektrik dinaikkan disusuli pula dengan kenaikan harga minyak memang sangat terasa peritnya untuk menjalankan hidupan harian bagi menyara keluarga yang makin bertambah ramai. Mana lagi caranya untuk menambah income? Gaji x naik, tapi harga barang makin melambung tinggi....keadaan amat terdesak untuk meneruskan kehidupan. Nampak gayanya kehidupan harian akan menjadi bertambah perit, orang kaya makin kaya, orang miskin akan bertambah miskinnya.....Moga Allah SWT luaskan rezeki kami sekeluarga.