Sunday, July 24, 2011

Demam Bola !!

Masalah melanda diriku....dilemma,serba salah !! Itulah yang menimpa diriku buat masa skarang !! Hari khamis ni bersamaan dengan 28/7/2011 jam 8.45mlm,Malaysia menentang Singapore adalah detik penting bagi pasukan Harimau Malaya untuk layak ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil !! Tapi pada masa yang sama,aku ade kelas dan kena wat presentation pulak tu.....aduuuuu. Sepatutnya minggu lepas kena present,tapi benda x siap lagi kan,so terpaksa laaa postpone minggu ni !! Leceh betul laa macam ni,betul2 dilemma ni. Pasukan kita pun boleh dikatakan getir jugak,sebab apa,kena menang 2-0 dengan Singapore baru ler layak ke pusingan ke-3....Boleh tahan juga pasukan Singapore,main tipu boleh laa,pemain import sampai 7 orang !! 

Aku harap K Rajagopal sedar laaa,pasukan pertahanan kita amat kucar-kacir,beliau patot sedar,kena cari pemain lain laa...asyik dok buat kesalahan yang sama je defence kita ni.Bukan apa,ramai lagi player kita kat luar tu yang tidak diberi kesempatan untuk tersenarai dalam team Harimau Malaya ni,kalau dah 3 game x perform lagi,xkan laa nk biarkan aje !! Tukar lain laaa !!

Thursday, July 21, 2011

Bulp~

Fuhh...kebizian telah bermula....tapi aku ni semacam jer.Rilex semacam aje,bila nk mula ulangkaji pelajaran x tau,badan asyik lemau aje bila nak buka buku...hehe.Assignment tertunggak dah ade 3,ditambah pula dengan test pada minggu hadapan !! Hari sabtu pulak tu.....aduiiii,camne ni haaa ?? Penim aku dibuatnya.

Sejak kawen ni,memang aku jadi malas sikit nak belajar....teruk betul kan...malam2 nak buka buku,tgk je bini aku dok tidur,macam best plak....baru baca 1 muka surat,buku yang baca aku jadinya....pe nak jadi aku pun x tau !! Kena buang segala lemau2 dibadan ni,dah kena mula study ni...xbleh jadi ni macam ni !!

Monday, July 18, 2011

Bosan-bosan

Cuaca skarang agak tidak menentu,kejap panas terik,hujannye amat jarang skali.Minggu lepas jerebu pulak,demam selsema aku dibuatnya....nk keluar waktu petang amat panas,sampai ke malam panasnya,nak tidur pun x lena beb.nampak gaya lepas ni kena pasang aircond la.Loan rumah sudah approve pada jumaat lepas 15/7/2011.Gembira jugaklaa kerana tahun depan bakal memiliki rumah sendiri,bukan senang beb nak beli rumah dengan gaji yang sikit ini.Kena ikat perut laa kan,memang dh adat laa tu,orang kata 'opportunities cost'.

Walaupun rumah x sebesar mana,agak kecil jugaklaa rumah yang aku beli ni, 20 x 69.Tapi xpelaa,1st house kan,yang penting rumah atas tanah.Walau apa pun,aku bersyukur kehadrat Illahi keran memberi aku sekeluarga rezeki untuk membeli rumah !! kalau ade rezeki lebih dimasa hadapan,bolehlah beli rumah yang besar sikit.Rumah aku dijangka siap sepenuhnya tahun depan iaitu bulan 6 dah boleh ambil kunci.InsyaAllah projek akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Thursday, July 7, 2011

Apa kena dengan aku ni ??

Isnin ni ade test paper Investment....aku pun x tau apa kena dengan aku skarang ni,niat nak stadi tapi badan liat aje bila nk buka buku....penat laaa kalau mcm ni,mcm mana nak score paper ni ? Mana nak sempat nk stadi ni,sabtu n ahad kakak ipar aku kawen plak...aduhhh. Kena celah juga laaa antara sabtu n ahad ni. Curik masa sekejap untuk stadi.Kalo x, masak aku nanti xley jawab !! nak buat toyol pun macam x lepas je ngan lec ni, risau plak dibuatnya.

Yeah !!

Akhirnya....The Red Warriors menang Piala Liga Super....iaitu Piala kedua selepas Piala Sumbangsih.Walaupun terpaksa berduka selepas kekalahan dalam Piala FA tempoh hari,TRW kembali bangkit.....sekarang hanya tinggal Piala Malaysia yang menjadi rebutan sebelum berakhirnya pusingan bolasepak tanahair bagi tahun 2011.Menjelang tahun 2012, pemain import akan dibenarkan kembali beraksi, kehadiran pemain import ini ada baik buruknya.Selain meningkatkan prestasi pasukan dan meningkatkan skill setiap pemain,tetapi boleh dikatakan menutup periuk nasi bagi sesetengah pemain tempatan kerana khidmat mereka digantikan dengan pemain import yang dibayar gaji lebih mahal dari pemain tempatan. Walau apa pun,kita tunggu dan lihat !!

Wednesday, July 6, 2011

Nothin'

Baru balik dari HUKM melawat anak officemate aku yang kena diabetes !! Anaknya baru berumur 1 tahun stengah....katanya,tahap gula dalam darahnya mencapai 24++ dimana paras normalnya adalah 5. Aku pun x brape reti benda ni....tapi boleh tahan jgklaa kroniknya tu. Puncanya masih belum diketahui....tapi pada pandangan aku,susu jer puncanya. Kesian betul kan...kecil2 dh kena penyakit. Sama2 lah kita doakan agar baby itu cepat sembuh dari penyakitnya.

Ok ni part kedua pula...malam ni adalah malam penentuan TRW bagi memenangi Piala Liga Super. TRW hanya perlu seri bagi melayakkan diri bergelar juara baru Liga Super 2011 !! Berdebar-debar jugaklaa kerana badi piala FA hari tu....harap2 para pemain dapat fokus 100% untuk mendapat kemenangan menentang Sabah jam 8.45 malam ini !!!!
Gomo Kelate Gomo !!

Sunday, July 3, 2011

Kalah tapi layak

Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya kerana layak ke pusingan kedua menentang Singapore pada 23/7/2011 Std Jalan Besar, SG dan 28/7/2011 di Bukit Jalil.Aku amat berharap Malaysia akan layak ke pusingan seterusnya kali ini !! Kali ni harap2 menang besar,jangan pula menang tipis seperti menentang Taiwan pada pusingan pertama !! maklumlah Malaysia belum pernah layak untuk berada dikelompok pusingan sebenar piala dunia !! Aku mendoakan kejayaan pasukan kita !!