Thursday, June 23, 2011

Kerisauan Melanda

Pening kepalaku memikirkan hal rumah....harga rumah samakin hari semakin naik harganya....dalam setahun,kenaikan harga rumah boleh dikatakan naik sebanyak 15% - 20%. Sangat tinggi nilainya,manakan orang yang berpendapatan rendah macam aku ni nak memiliki sebuah tempat untuk kami sekeluarga berteduh ?? Seolah-olah merempat dibumi sendiri !! Apekah inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi jurang pendapatan golongan sektor awam ini ?? Berkesankah ?? Sudah semestinya menjadi tanda tanya....Walaubagaimanapun,aku terpaksa mencari rumah pada tahun ini juga....kerana harga rumah memang naik mendadak dari tahun 2010 - 2011 ni....maknanya,kalaulah aku tak beli rumah pada tahun ini,kemungkinan besar kami sekeluarga tidak mampu untuk membeli rumah lagi pada tahun depan iaitu 2012. 

Aku amat berharap kerajaan akan melakukan sesuatu berhubung gaji kakitangan awam ini,terutama golongan pekerja bawahan seperti aku ini,saban hari merasa tertindas dengan gaji yang dibayar,kalau hendak dibandingkan dengan beban kerja yang ditanggung serta perbelanjaan harian yang saban hari mengalami kenaikan......

No comments:

Post a Comment