Monday, September 22, 2014

RUMAH PERTAMAKU - TAMAN DESA BUKIT NILAM

Rumah ni dibeli dari tahun September 2011 lagi.....sepatutnya siap skali CF September 2013 namun pemaju ni bermasalah untuk mendapatkan CF jadi lambat la aku masuk.Harga beli RM129,000.00 K. Rumah ni kira ok laa sebab atas tanah dan lokasinya agak menarik kerana tepi jalan besar jalan Meru ni jer....2km dari pekan Meru.....fasiliti kawasan ni pun mencukupi dari segi sekolah,klinik,pasaraya dll. Baru je amik kunci dengan pemaju,namun CF masih lagi dalam proses.Memandangkan sudah ramai penghuni yang tidak lagi tahan untuk membayar sewa rumah,mereka telah pun menduduki rumah ini. 2 minggu lepas kami sekeluarga pergi untuk tengok keadaan rumah,terkejut juga kerana telah ramai yang pindah masuk ke Taman ini walaupun CF belum dapat.

Setelah tengok ramai yang telah duduk disitu,aku pun apa lagi....mulakan kerja2 renovation laa.1st step adalah pasang tiles...2nd is pasang Grill.Kerja2 pasang tiles aku upah je Wak Syamil yang kerja dengan pemaju perumahan aku tu...upahnya RM1,800.00 K,beli barang2 binaan RM388.00 + Tiles RM2,180.00.
Grill pula ditempah dengan Aizat kosnya RM1,800.00. Memang berbaloi buat satu2 macam ni,dapat jimat banyak kerana mereka ni memang specialist dalam bidang masing2. Lepas siap kerja2 ni,barulah aku nak cari orang buat wiring pulak.Kosnya belum tahu lagi berapa RM. Lepas tu cari pulak orang buat kitchen kabinet....then last skali kerja-kerja mengecat !! Harap2 ongkos semuanya x lebih RM20k !!