Tuesday, July 20, 2021

2021

 Assalamualaikum


Masa yang semakin pendek menyebabkan aku tiada masa untuk mengarang di blog ini. Semakin hari semakin pendek masa yang dikurniakan Allah swt menandakan hari kiamat semakin hampir. Nikmat masa ditarik oleh Allah swt. Semenjak pandemik Covid-19 melanda pada awal tahun 2020, hingga ke hari ini 21 Julai 2021 lebih kurang setahun setengah, kerja pun jarang-jarang. Nasib baiklah gaji tetap dibayar seperti biasa, tidaklah terkesan sangat makan minum dan tanggungan lain. Namun pergerakan kesana kemari sangat terbatas, seperti dikurung oleh penjara besar, pergerakan terbatas tidak boleh melebihi 10km. Rentas daerah/negeri tidak dibenarkan sama sekali.


Anak-anak sudah bosan duduk dirumah, nak bawa jalan-jalan pun tidak boleh. Apatah lagi hendak pergi melancong. Esok, tanggal 22 Julai 2021, suntikan vaksin dos kedua Biontech Pfizer bersama isteri. Diharap kerajaan akan mengumumkan SOP baru untuk yang dah selesai suntikan kedua vaksin. Diharap pergerakan bebas seperti sedia kala.


Rumah mek dikampung pula lain ceritanya, PKPD dilaksanakan sehingga 24 Julai 2021. Tidak diketahui pula tempoh tersebut akan disambung atau ditamatkan selepas tarikh tersebut. Diharap semuanya selesai sebelum hujung tahun kerana anak-anak pun sudah lama tidak ke sekolah.