Wednesday, April 13, 2011

Gelisah

Pagi yang mengejutkan....perasaan risau menyelubungi diri aku,pada jam 6.45 pagi isteriku mengejutkan aku dari tidur dan menunjukkan sesuatu yang merisaukan aku dan juga isteriku. Kami cepat2 bersiap dan bergegas ke office untuk mendapatkan no fone hospital Klang dan juga klinik kesihatan Meru. Setelah mendapat nasihat doktor, kami bergegas ke wad kecemasan Hospital Klang untuk membuat pemeriksaan lanjut. Selesainya pemeriksaan pada jam 11.45pg, doktor memberitahu bahawa kandungan isteriku masih lagi dalam keadaan baik.Alhamdulillah aku bersyukur kehadrat Illahi kerana masih memberi peluang kepada aku sekeluarga. Perkara yang terjadi seawal pagi adalah  tanda2 untuk mengalami keguguran(mengikut kata doktor). Tanpa diberikan sebarang ubat,doktor hanya mengarahkan isteriku supaya banyak berehat dan tidak membuat kerja2 berat. Sungguh risau dibuatnya...aku amat berharap agar Allah SWT memulihkan kesihatan bayi dlm kandungan isteriku....sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa.

No comments:

Post a Comment