Wednesday, April 12, 2017

FAMILY DAY

Balik dari outstation di Tawau pada 3-6/4/2017. Selepas solat jumaat pada 7/4/2017 kami sekeluarga bertolak ke Gambang Waterpark di Pahang bagi menghadiri family day yang dibuat oleh LKIM Negeri Selangor. Sudah agak lama kami sekeluarga tidak meluangkan masa untuk bercuti bersama. 

Walaupun baru lepas excident ahad yang lalu (2/4/2017) aku gagahkan diri juga walaupun luka-luka masih belum kering. Bagi peluang kat anak-anak mandi kolam. Maklumlah si Adam & Danish ni suka sangat mandi kolam. 


Sabtu malam selepas habis dinner, jam 11.30 pm kami sekeluarga bergegas balik, anak-anak semuanya tidur, isteri aku pun lebur juga. Drive sorang-sorang dalam keadaan hujan renyai-renyai amat mencabar minda. Ngantuk beb. Jam 2.30 am tiba dirumah, tepat 3 jam perjalanan akhirnya selamat sampai. Alhamdulillah.......balik-balik terus buka laptop untuk siapkan assignment group untuk presentation jam 10.45 am. Tidur 2 jam jer, lepastu bangun terus bergegas ke kelas. Sampai dikelas group kami yang mula-mula buat presentation. Group kami 4 orang, nasib baik brother Ibrahim power menjawab segala soalan dalam sesi Q&A. Alhamdulillah semuanya selesai.

Sunday, April 9, 2017

MALAPETAKA

Tanggal 1 Februari 2017 jam 7.30 pm Adam terjatuh dalam bilik air selepas membuang air kecil dan kepalanya terhantuk di bucu tandas dan menyebabkan berdarah di kepala bahagian belakang. Darah keluar tidak berhenti-henti dan aku sekeluarga bergegas bawa Adam ke klinik Fitrah. Kepala Adam terpaksa dijahit sebanyak 3 jahitan. Meraung dia kesakitan,lepas jahit terus pulih seperti biasa dan bermain seperti biasa, lasak betul anak papa sorang ni. Ini adalah kali kedua si Adam ni berdarah di kepala, 1st time kena dibahagian dahi, tapi x kena jahitan, doktor gam jer.


Malapetaka tidak berhenti di situ, tanggal 2 Februari jam 6.40 am aku keluar untuk ke pasa besar Klang untuk membeli lauk pauk untuk ditinggalkan kepada isteriku memandangkan aku nak ke Tawau selama seminggu. Sampai di simpang jalan paip, jalan sibuk disebabkan oleh ada upacara kaum cina melawat kubur mereka, jalan paip menjadi sibuk, kereta banyak. Sampai disimpang aku nak keluar, kereta BMW sapu aku dari belakang dan aku terjatuh dari motosikal dan tergolek di atas jalan. Nasib baik tiada kereta sapu aku lagi sekali dari belakang. Umur masih panjang, Allah swt masih memberi aku peluang untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga. Begitulah ceritanya minggu ini. Masa sungguh padat dengan kesibukan dunia.