Friday, September 18, 2020

Hasad Dengki Manusia Berhati Hitam

Nampaknya aku punya prediction ke atas apa yang bakal terjadi adalah betul......ku sangkakan hatinya tidaklah sehitam yang disangka....tapi sangkaanku meleset belaka. Memang betul si pompuan sekor ni berhati hitam.....macam mana nama aku tidak tersenarai dalam panggilan temuduga jawatan tersebut W41. Namaku sengaja dicicirkan dan dinyahkan dari short listing dimana beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa shortlisting untuk jawatan tersebut. Dalam kerisauan untuk melepasi tapisan evetting....lain pula jadinya. Memang telah dirancang sekian lama oleh si hati hitam. Depan berlagak macam baik penuh dengan nasihat keagamaan namun dalam hati perkara sebaliknya berlaku. Orang macam ni memang tidak boleh diberi peluang sedikit pun, nanti kita pula dipijaknya hingga lunyai.

Dalam keadaan pasrah dengan apa yang berlaku, aku terpaksa menunggu untuk surat panggilan temuduga keluar terlebih dahulu sebelum membuat rayuan untuk mendapatkan tempat agar dapat masuk temuduga tersebut. Namun jika telah tertulis itu bukan rezeki aku, aku hanya mampu pasrah dan sudah boleh berkira-kira untuk mencari pendapatan baru agar berupaya untuk berpencen awal kerana ini bukan tempat sebenar aku.

Aku berharap sipolan ini dapat balasan yang setimpal oleh Allah swt kerana terlalu banyak menyakiti hati kakitangan dan rakan-rakan sekerja.