Monday, August 15, 2011

Cuti Nuzul Quran 17/8/2011

Esok....cuti sempena Nuzul Quran. Serba salah pulak rasanya,khamis je kerja pastu Jumaat amik MC,ekekeke.Nak save cuti punya pasal,maybe terpaksa bertolak lewat sket laa kot sbb nk kena g klinik dulu.So sampai kampung pun lewat laa,maknanya kena berbuka puasa kt tgh jalan laa.Kalo bertolak kol 11 pagi,mau maghrib tu kat Kuala Krai,huh mana nk cari kedai makan dlm hutan mcmtu....kena bwk bekal laa sikit nmpknya.Urm xpelaa mana2 pun,janji boleh smpai dengan selamat harapnya,InsyaAllah.Kalau klinik buka awal kan bagus,boleh bertolak awal....tgk jer lah nnti mcm mana.

Thursday, August 11, 2011

Pencacai UMNO

Sungguh x disangka kejadian yang berlaku pagi tadi....pagi tadi masa nk pegi kerja,ada flyers kat pagar rumah aku,dalam 5 keping jgklaa...bergulung siap ikat dgn getah lagi tu,rupanya bila buka,ada gambar blue !! siap print colour lagi tu,modal besar beb....gambar lucah mcmtu pun sggp di edarnya dibulan Ramadhan yg mulia ini...x habis lagi...ada pulak 21 dalil kenapa tidak memilih PAS....adusss,gila punye kerja pencacai UMNO ni.Memang kerja org xde akal ni,otak dok lutut ke kaki ni ?? 

Hormat laa bulan Ramadhan ni,jgnlaa buat kerja mcmni...kita ni org Islam.Nak berkempen pun,tgk tempat jgklaa,tgk hari,tgk bulan.....jgn smpai fitnah dan mengedar keaiban org...tu dh salah.Tau laa PRU 13 dh dekat,tapi perangai tu jaga laa sikit.Aku mmg pelik laa tgk perangai org UMNO ni,mcm gangster pun ada,mcm org xdek agama pun ada,kata pembela bangsa melayu....taik kucing !! Yang mereka tahu,bila berkuasa,masing2 sibuk dok memenuhkan poket masing2....rakyat blakang cerita.Tahap keperibadian org UMNO yang rendah moralnya,kuat menipu,menfitnah dengan menggunakan media arus perdanalah yang menyebabkan rakyat berasa kerajaan UMNO sudah tidak dipercayai dan tidak relevan.Kita sama2 tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku pada PRU 13 nanti !!

11 Ramadhan 1432

Sekejap je masa berlalu....sedar x sedar hari ni dh masuk hari ke 11 kita berpuasa,fuhhh sekejap je rasanya kan,aku mcm pelik jer,cepat betul masa berlalu...pejam celik dh 11 hari berpuasa,minggu depan dh balik kampung.....gile kentang !! setelah 7 bulan lebih x balik kampung mengadap bonda tercinta.Tahun ni 1st time beraya dengan Isteri tercinta dan juga baby dlm kandungan....lepas beraya di Kota Bharu,bertolak pula ke Kuala Kangsar beraya disana,bagaimanakah agaknya keadaan beraya tahun ni.Maklumlah,dulu bujang skarang dh berkeluarga dan bakal mempunyai anak.

19 Ogos ni aku akan balik kampung,sebelum tu kena g klinik dulu,amik mc sbb hari tu aku x apply cuti pun.hehe
Lepas tu terus bertolak ke Putrajaya untuk mengambil kakak & abg iparku disana dan seterusnya bertolak balik ke Kota Bharu. Harap2 perjalanan pergi dan balik semuanya selamat dan lancar,Aminnnn

Wednesday, August 10, 2011

Tazkirah Ramadhan

Tazkirah di LKIM hari ini yang dihadiri penceramah yang bernama Ustaz Halim Din yang selalu ada dlm program Tanyalah Ustaz di TV9 ...... urm,aku agak terkilan juga dengan Ustaz tadi yang mengatakan bahawa pergi tengok bola seolah2 pergi membuat maksiat ? sedangkan Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih kasih kepada Allah swt daripada mukmin yang lemah... (riwayat Muslim). Hukum bersukan dalam Islam adalah Harus dan digalakkan selagi tidak mendatangkan perkara2 maksiat dan meninggalkan solat wajib.

Hadis Rasulullah s.a.w. ada menyebut, antaranya, ajarkan anak-anak kamu memanah dan menunggang kuda. Dalam hadis yang lain, baginda turut menyebut tentang berenang.Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’. Jadi jelas sekali tidak salah bersukan dan pergi menonton org bersukan tergolong dalam golongan yang sama.....namun,solat jangan sesekali ditinggalkan.

Aku pun selalu pergi menonton bolasepak,namun aku bersolat maghrib dahulu sebelum memasuki stadium,tidak pula nampak salahnya dimana. Mengikut kata Ustaz td, pergi tgk bola adalah perbuatan membuang masa ? sejauh manakah kebenaran tuduhan Ustaz tersebut ?

Satu lagi Ustaz ini menyalahtafsirkan tentang sesuatu tentang penduduk Kelantan,ini mendatangkan persepsi yang tidak baik kepada org yang tidak mengenali rakyat Kelantan !! Perkara ini boleh mendatangkan fitnah jika apa yang dikatakan Ustaz tersebut tidak benar.Sepatutnya seseorang Ustaz tidak boleh merendah2kan seseorang begitu sahaja,tambah2 lagi dibulan Ramadhan yang mulia ini.
Beliau menyebut bahawa lelaki Kelantan adalah pemalas disebabkan majoriti perempuan yang meniaga di Pasar Siti Khatijah.Persoalan yang timbul adalah sejauh manakah kebenaran kata2 Ustaz tersebut ? Ustaz td telah silap,rakyat Kelantan tidak malas,mereka rajin,mereka sama2 mencari rezeki dibumi Allah ini,baik laki mahupun perempuan !! Disebabkan semangat untuk mencari rezeki dan skills berniaga yang dikurniakan oleh Allah SWT,mereka sama2 mencari rezeki,jadi tidak pula timbul org lelaki dok goyang kaki sedangkan org perempuan sibuk pergi mencari rezeki.
Kebenaran perlu ditegakkan,kalaulah ramai Ustaz mcm ni,hancurlah silaturrahim antara masyarakat dinegara ini dan persepsi yang negatif akan dilemparkan kepada org2  yang tertentu akan berterusan sehingga org akan menilai buruk diri kita sebelum mereka mengenali kita dengan lebih dekat. Wassalam

Monday, August 8, 2011

Bonus 1/2 gaji ?

Layak kah dipanggil bonus ? Itulah nilai penghargaan kerajaan kepada 1.2 juta penjawat awam di Malaysia ini !! Setelah bertungkus lumus membuat kerja dan membantu kerajaan dalam operasi harian demi kepentingan rakyat !! Sungguh mengecewakan,tatkala pekerja swasta/bank menerima bonus sebanyak 3,4 bulan gaji malah ada yang menerima 10 bulan gaji !! Memandangkan sudah beberapa tahun pekerja kerajaan sudah tidak menerima bonus,tapi masa terima dulu pun lebih kurang mcm ni juga,sebulan gaji, 1/2 gaji.....adakah itu memadai dengan pengorbanan yang dilakukan demi rakyat?
Sangat kecewa dengan kerajaan yang memerintah sekarang,memang tidak patut,sepatutnya penjawat awamlah golongan utama yang kerajaan perlu jaga kerana merekalah tulang belakang kerajaan bagi memastikan maklumat dan mesej kerajaan sampai kepada rakyat !! Tapi penjawat awam hanya dipandang sebelah mata oleh kerajaan,maka x hairanlah rata2 penjawat awam memilih pembangkang !! 
Disebabkan perkara sebeginilah penjawat awam malas dan tidak bermotivasi untuk bekerja,kerana mereka tahu,mereka tetap tidak dihargai oleh kerajaan !! Sedarlah wahai kerajaan UMNO sebelum kamu tumbang !! kami ingin mencuba kerajaan lain pula,dan berharap agar kerajaan baru ni,dapat membela nasib penjawat awam di negara ini.

Sunday, August 7, 2011

Boring weh kerja kat Ofis Nih

Bosan betul laaa...hari2 dtg kerja buat benda yang sama jer.Apa nak buat,makan gaji mcm ni laaa,cukup bulan dapat gaji,tgh bulan gaji dh habis....maklumlaaa gaji kecil tambah pula tinggal di Bandaraya lak tu...apa laaa nasib aku ni.Orang lain yang kerja sama dengan aku kt ofis ni pun sama juga....mmg nmpk kesempitan hidup ni. Kalaulaa x keluar dari kepompong ni,sampai ke tua laa jawabnya mcm ni,terpaksa berjimat cermat dan hidup ala qadar sahaja,skali skala nak juga merasa senang....nak juga bli hadiah @ brg2 kat isteri dan anak....urm. Xpelaa,ade wape bulan je lagi ni,lepas tu kena mula cari rezeki lain2 pula.....hidup ni kena rajin,kalo malas2 bila nk ada duit,rezeki x dtg bergolek !! Ya Allah,murahkanlah rezeki kami sekeluarga !! permudahkanlah urusan kami di dunia ini !! Aminnnnn

Wednesday, August 3, 2011

Menu apa arini ek ?

Fuh...harini masuk hari ke 4 kita berpuasa.Hari ni terpaksa berbuka kat UiTM kerana kelas jam 6.30 ptg.So aku kena tapau nasi laa kat mana2...nk mkn ape ek?Hari ni nak cuba g kat bazaar Ramadhan kat PKNS,dalam usaha mencari nasi kerabu BeSt !! hehe,agak2 kat mana laaa pakcik tu meniaga ye,kalo xde kat PKNS,kena cari kat Stadium S.Alam pulak !! mesti ade kat ctu pakcik tu....nasi kerabu dia je yang paling best,yang lain2 hampeh !! Yang paling best ada,tp kat Kmpg Baru,jauh siot....tp yg tu mmg Ori beb,mmg terbaik !!
 
Asal je bulan Ramadhan,mcm2 benda teringin nak makan,hehe....besar sggh nafsu makan ni ye.Tapi apa pun bulan ni kena berjimat cermat,sebab nk blk kampung kan hujung bulan ni.....x sabar nk blk kmpg,nk makan murtabak raja,taik itik,jala mas,akok,buah tanjung !! fuyyooo tangkap leleh.hehehe

Tuesday, August 2, 2011

Mengantuk Tahap Gaban

Gara-gara study untuk test sabtu ni,aku terpaksa mengorbankan masa tidurku untuk mengulangkaji subjek Investment.Gilo kentang !! mmg x brape nak tahan ni,mata asyik nk tutup je,bos aku plak ade arini,kalo xdek,da cabut g landing kat surau dh ni....hehehe.

3 jam je pun study malam td,dari jam 12.00-3.00pg....pastu tido2 ayam je,tu yang x puas ati tu,mata nk tutup je ni....adoiii pe la nasib aku ni.Baru cover 1 chapter beb,ada lagi 4 chapter...byk woooo.Tu baru subjek investment....satu subjek lagi Entrepreneur testnya ari sabtu ni juga...teruk betul laa Lec ni,buat test pada hari yang sama,hari sabtu pulak tu,dahlaa bulan posa lak tu...adoiii dugaan betul laaa.


Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan 1432

Semalam adalah 1 Ramadhan 1432....bersamaan dengan 1 Ogos 2011.Hari pertama umat Islam berpuasa,bagi aku,hari pertama berpuasa bersama Isteri tercinta dan anakku yang masih dalam kandungan (6 bulan).Hari pertama puasa sudah x dpt berbuka bersama isteriku....memandangkan ada kelas jam 6.30ptg,memang perit,tp nk buat mcm mana kan.Terpaksalah tapau air n nasi kerabu yang x sedap kat SS2 tu....kesian kat isteriku yang terpaksa makan sorang2 kat umh.Xpelah,dh nak abis dh pun study,InsyaAllah hujung tahun ni dh settle.Hari ini hari ke 2 kita berpuasa,baru dpt msg dr classmate mengatakan hari ni kelas dibatalkan dan diganti pada setiap ahad...adussss hampeh betul,maknanya setiap sabtu n ahad laa ade kelas ni,teruk betul...penat beb !!

 Hari ini misi mencari kerang,isteriku kurang darah ni,nak kena makan kerang kasi tambah darah sket,nanti kesian kat baby lak,mcm2 jadinya nanti,risau jugak ni !! Aku pohon kehadrat Illahi agar melindungi kami sekeluarga dari bala,malapetaka dan perkara2 yang x baik.Permudahkan segala urusan kami sekeluarga dan murahkanlah rezeki kami....AMINNNNNNN !!