Monday, September 22, 2014

RUMAH PERTAMAKU - TAMAN DESA BUKIT NILAM

Rumah ni dibeli dari tahun September 2011 lagi.....sepatutnya siap skali CF September 2013 namun pemaju ni bermasalah untuk mendapatkan CF jadi lambat la aku masuk.Harga beli RM129,000.00 K. Rumah ni kira ok laa sebab atas tanah dan lokasinya agak menarik kerana tepi jalan besar jalan Meru ni jer....2km dari pekan Meru.....fasiliti kawasan ni pun mencukupi dari segi sekolah,klinik,pasaraya dll. Baru je amik kunci dengan pemaju,namun CF masih lagi dalam proses.Memandangkan sudah ramai penghuni yang tidak lagi tahan untuk membayar sewa rumah,mereka telah pun menduduki rumah ini. 2 minggu lepas kami sekeluarga pergi untuk tengok keadaan rumah,terkejut juga kerana telah ramai yang pindah masuk ke Taman ini walaupun CF belum dapat.

Setelah tengok ramai yang telah duduk disitu,aku pun apa lagi....mulakan kerja2 renovation laa.1st step adalah pasang tiles...2nd is pasang Grill.Kerja2 pasang tiles aku upah je Wak Syamil yang kerja dengan pemaju perumahan aku tu...upahnya RM1,800.00 K,beli barang2 binaan RM388.00 + Tiles RM2,180.00.
Grill pula ditempah dengan Aizat kosnya RM1,800.00. Memang berbaloi buat satu2 macam ni,dapat jimat banyak kerana mereka ni memang specialist dalam bidang masing2. Lepas siap kerja2 ni,barulah aku nak cari orang buat wiring pulak.Kosnya belum tahu lagi berapa RM. Lepas tu cari pulak orang buat kitchen kabinet....then last skali kerja-kerja mengecat !! Harap2 ongkos semuanya x lebih RM20k !!

Thursday, July 17, 2014

GAZA Berdarah Lagi

Hari ini 17 July 2014 masuk hari yang ke 10 GAZA dibedil bertubi-tubi oleh Zionist laknatullah.Peperangan yang bermula dari seorang kanak-kanak Palestin yang diculik kemudiannya dibunuh dan diseksa serta dibakar hidup-hidup dan dicampakkan kedalam hutan....begitulah betapa kejamnya yahudi laknatullah ini...memang bangsa yang degil,putar belit dan zalim.Kenapa henda menyeksa kanak-kanak yang tidak berdosa ini? Kenapa tidak dibunuh saja ? 

Sehingga hari ini seramai 230 orang telah syahid dan 1670 dilaporkan dirawat di hospital-hospital di seluruh GAZA......dimanakah bantuan-bantuan dari negara-negara arab yang berjiran dengan Palestin? Dimanakah OIC, PBB dan sebagainya? Bukan setakat hendak menghulurkan bantuan,namun dikabarkan di masjid-masjid di arab saudi tidak mendoakan pun untuk rakyat Palestin, apatah lagi melakukan Qunut Nazilah? Apakah sebenarnya yang berlaku di negara-negara arab? Nampaknya mereka telah dijajah oleh yahudi secara senyap ataupun tidak sedar.....HAMAS sahajalah harapan untuk rakyat Palestin daripada dihalau dari bumi sendiri yang tanahnya dirampas sikit demi sedikit serta rumah mereka dibom dan dirobohkan oleh yahudi laknatullah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau Satukanlah Negara2 Islam,Kuatkanlah Tentera2 dan Senjata2 mereka,Engkau binasakanlah kaun yahudi seluruhnya tanpa meninggalkan seorang pun.....Engkau berikanlah azab yang dasyat kepada Zionis laknatullah.....Amin....Amin...Ya Rabbal A Laminn.

Thursday, March 13, 2014

2014

Rupanya dah berbulan2 aku x mengarang kt blog nih....lama betul.Adam pun dh nak masuk 3 bulan,Danish pula dh 2 tahun 3 bulan.Banyak isu2 yang berbangkit tahun 2014 nih.Pesawat #MH370 telah hilang dari radar pada 8 Mac 2014.Penerbangan dari KL-Beijing yang membawa seramai 227 penumpang dan 12 anak kapal.Hari ni masuk hari ke 7 namun pesawat ini masih gagal dikesan.Ada lagi isu2 lain iaitu :
2. PRK Kajang
3.Anuar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun oleh mahkamah rayuan
4.Jerebu melanda Selangor,Melaka,Negeri Sembilan (IPU hari ini : P.Klang 352)
5.Isu bomoh VVIP yang gile kentang

Rasa aku tu je antara isu2 hangat pada masa ini namun isu kehilangan pesawat #MH370 berjaya menutup segala isu2 lain.