Wednesday, March 14, 2018

2018




Sukan Sekolah Danish

Kundasang 28.2.2018

Setia City Mall 24.2.2018

Sedar tak sedar dah pertengahan bulan Mac 2018. Kesibukan dunia berjaya mencuri masa yang amat berharga. Apa pun family mesti diutamakan. Tahun ni juga merupakan tahun akhir untuk aku menamatkan pembelajaran di UiTM. Menghabiskan masa selama 3 tahun setengah untuk habiskan Degree in Finance bukan sesuatu yang mudah. Bukan rezeki aku juga, timing tak betul, ofis aku keluarkan 90 pelbagai jawatan kosong untuk diisi. Hurm,mengeluh juga bila tengok iklan tu. Tapi nak buat macam mana, Allah dah tetapkan rezeki aku kat tempat lain atau di lain masa. Kita hanya merancang, Allah swt yang menentukan. Sentiasalah bersyukur dengan nimatNya.