Tuesday, October 23, 2012

Treble untuk TRW 2012

Hebat dan dramatik sungguh TRW dibawah bimbingan Bojan Hodak bagi musim 2012 nih....selepas Piala FA,Piala Liga Super dan yang akhir sekali Piala Malaysia.....semua ke-3 piala ini berjaya disebat oleh pasukan TRW,ini adalah sejarah baru bagi bola sepak Kelantan. Pada tahun ini juga buat pertama kalinya TRW berjaya bermain di pentas AFC dan juga berjaya masuk ke perlawanan suku akhir. Wah,hebat sungguh. Memang kagum dengan pencapaian oleh pasukan Kelantan. 

Disamping itu juga,Kelantan berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di gelanggang sendiri bagi semua perlawanan termasuk AFC Cup. Memang keramat sungguh stadium Sultan Muhammad ke-4 nih.Bukan senang nak kekalkan rekod tanpa kalah tu. Dan yang paling hebat sekali,TRW tahun ini menutup tirai dengan bergaya sekali dengan memenangi Piala Malaysia setelah bergelut selama 120 minit dan akhirnya berjaya menang dengan 3 gol berbalas 2. Game yang penuh dramatik dan juga sengit itu sememangnya menghiburkan semua pihak. Tahniah TRW. Sudah pasti tahun 2013 akan datang akan menjadi lebih sengit dan tertekan bagi sang juara Treble ini bagi mengekalkan kejuaraan tahun 2012 !!!

No comments:

Post a Comment