Tuesday, August 7, 2012

2 hari lagi.....

Alhamdulillah.....syukur kehadrat Illahi kerana memanjangkan usia untuk menghabiskan bulan Ramadhan yang mulia ini. Hari ini masuk hari ke 19 kita berpuasa bersamaan dengan 19 Ramadan 1433. Lagi 2 hari aku akan pulang ke Kota Bharu untuk meneruskan puasa kat sana dan seterusnya menyambut Hari Raya. Tahun ini syukur sangat kerana hanya sekali baru aku tinggal solat terawih.....beza dengan tahun2 sebelumnya.InsyaAllah aku akan terus berubah ke arah kebaikan dan menjadi contoh untuk Isteri dan anak tercinta. 

Tahun ini macam biasa juga,sama dengan tahun2 sebelumnya....maklumlah pendapatan tidak seberapa ini,nak beli baju raya pun susah.....baju melayu satu set dengan anak bini dah setel,tu pun isteri aku yang belanja beli kain....hehehe....sekarang ni nak kena cari seluar jeans dan baju t-shirt berkolar satu cukup laaa.Nak beli byk2 memang bajet x cukup.Ni pun macam dh over bajet dah pun....tu laa hari tu terlebih belanja beli barang anak jgk pun.Hurm...xpe lah,rezeki Danish....nak buat mcm mana. Biasa lah tu,abis je raya balik rumah balik gerenti pokai habisss. Adusss,camne laa nak jadi banyak duit ek? hihihi

No comments:

Post a Comment