Tuesday, October 30, 2012

Pesan Mak

Cakap orang ataupun nasihat dari Ibu dan Ayah sememangnya untuk kebaikan kita di masa hadapan. Itu sajalah yang boleh aku ungkapkan. Sememangnya ibu dan ayah memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan anak2. Memang anak2 agak sukar menerima pendapat mahupun nasihat para Ibubapa kerana maklumlah jiwa muda nak mereka sering selisih pendapat. Jadi anak2 sememangnya kuat memberontak bila ditegur mahupun dinasihatkan oleh ibubapa mereka. 

Aku sendiri pun sememangnya tidak menafikan menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibuku sendiri untuk belajar bersungguh2 di kala usia masih muda. Selepas mengambil peperiksaan SPM dan mendapat result yang tidak bagus,aku mendapat tawaran ke UiTM Serawak bagi melanjutkan pelajaran. Tapi kerana sifat malas dan main2ku yg kuat,maka sempat belajar selama 6 buulan sahaja disana. Selepas itu aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma IT di Akedemi Infotech Mara di Kuala Lumpur. Hurm,aku mengalami culture shock semasa berada di KL. Menggila x ingat dunia dan belajar sambil lewa dan keputusannya amat memalukan,hanya dapat bertahan selama 5 semester. Then,balik kampung dan mohon untuk masuk Institut Latihan Perindustrian di Pengkalan Chepa,untuk belajar sijil jurusan Elektrik (PW2). Hurm,memakan masa selama 4 tahun untuk habiskan sijil yang sebenarnya hanya 2 tahun saja. Memang aku agak tidak matang masa itu walhal umur sudah 23-24 tahun. Mak aku memang nak aku habiskan belajar walau apa cara sekalipun. Disebabkan sikap acuh x acuh dan main2 aku,maka aku membazirkan masa selama 5 tahun. Satu perkara yang merugikan diriku sendiri. Umur 25 tahun baru ada sijil,bukan Diploma apatah lagi Degree. Satu perkara yang merugikan. Kalaulah boleh diundurkan masa,sememangnya aku mahu mendengar segala arahan dan nasihat Ibuku selama ini yang tidak mahu anak2 ketinggalan dalam pelajaran.

Pada tahun 2005, aku mendapat tawaran untuk kerja kerajaan dan barulah bermula kehidupan sebenar aku,aku sedikit sebanyak berubah dan barulah dapat memikirkan masa depanku sendiri. Aku tidak tahu apalah nasibku kalau x dpt kerja skarang ini. Aku terpaksa bangkit kembali dan belajar sekali lagi di UiTM Shah Alam dalam bidang Business Study. Bertungkus lumus belajar selama 4 tahun,akhirnya aku mendapat segulung Diploma pada tahun 2011.

Dan pada masa sekarang,aku masih terkial2 mencari kerja baru yang setaraf dengan sijil yang aku ada. Memang agak susah untuk mencari kerja pada usia yang lanjut ini,peluang x byk. Masa semakin suntuk,ikutkan hati,aku mmg nk smbg belajar lagi kerana target aku sampai Master. Jauh lagi perjalanan aku.

Kesimpulannya,nasihat Ibubapa jangan kita abaikan,ini kerana mereka tidak mahu apa2 balasan pun,ia hanya untuk kebaikan kita dimasa hadapan sahaja. Menyesal kemudian tiada gunanya.


No comments:

Post a Comment