Wednesday, July 5, 2017

RAMADHAN 1438H

Seminggu sebelum berakhirnya bulan Ramadhan 1438H, kami sekeluarga telah pulang cuti raya ke Kelantan. Sempatlaa keluar makan angin ke Pantai Irama Bachok.....sebenarnya tujuan utama ke sana adalah nak cari buah 'setor' jeruk dan juga kek viral RM10 apa ntah nama kedainya....bini aku la tu. Tapi nampaknya rezeki aku xde, bini aku je dapat beli keknya, aku melepas sebab kedai jual buah tu satu pun x buka....huhuhu.

seronok main pantai sampai tak nak naik
Selepas selesai bermain air di Pantai Irama, Bachok....kami bergegas ke Bazar Ramadhan di Stadium Sultan Muhammad ke vi untuk membeli juadah berbuka puasa. Tapi memandangkan masa sangat suntuk dan kebanyakan kuih muih juga telah habis.....sempat beli ayam Yati Percik tu je....tapi balik-balik makan ayam tu tak best plak. 

Last-last singgah di bazar Ramadhan di Pengkalan Chepa berhampiran pasaraya Pantai Timur....sempat laa beli nasi beriani ayam goreng berempah....nasib baik rasanya tidak menghampakan.



No comments:

Post a Comment