Wednesday, July 5, 2017

IDULFITRI 2017


Tahun 2017 ni kami sekeluarga tak sempat untuk tempah baju raya. Anak-anak pun tak buat baju melayu, aku pula dapat baju melayu free tahun lepas sempena program Maal Hijrah peringkat kebangsaan, so recycle je la baju tu. Wife aku pula boleh plak beli baju yg dah siap berharga RM50.....hahaha. Then masa balik kelantan hari tu sempatlaa singgah di Wakaf Che Yeh, dia beli jubah batik pun harga RM50. Hebat betul wife aku ni, sempoi dia je beli baju murah-murah buat raya. 

Hurm....raya tahun ni kemeriahannya kurang sedikit, bukan apa....yang ada hanya aku jer....yang lain semua beraya rumah suami, dua orang kakak aku tak balik beraya.....hurm.Mungkin depa tak tahan bebelan mak agaknya.....mana tak nya, kalau dok rumah mak, semua kena tegur, itu salah ini salah.....serba tak kena jadinya. Aku balik pun, hari-hari aku keluar beli nasi untuk berbuka...bukan apa takut nanti mak bising cakap penat masak untuk aku. Tahun depan pun dengar-dengar takde yang nak balik beraya kat kampung. 

Nampaknya aku je la yg ada, tu pun aku cadang nak balik dekat-dekat dengan raya jugak, takdelaa nak balik awal sangat macam biasa. Yelah, kesian juga dekat wife aku, kena tahan telinga dengar mak bebel....aku sendiri pun tak tahan, adik beradik lain pun semua dah angkat kaki. Hurm, serba tak kena jadinya bila duduk rumah mak ni, buat ni salah, buat tu salah. Anak-anak aku plak semuanya hero 3 orang....maklum je la budak-budak laki main macam mana. Kalau tak riuh tak meriah laa pulak, bila riuh kena bebel plak. Hurm, kadang-kadang terasa macam duduk rumah orang asing bila balik rumah mak ni. Tak boleh redah sebarangan, nanti kena tegur. Kadang-kadang sedih pun ada bila memikirkan perkara ni.

No comments:

Post a Comment