Thursday, April 11, 2013

OFF to SARAWAK

Ahad 14.4.2013 hingga 20.4.2013 aku akan berada di Kuching bagi melakukan kerja audit ke atas perumahan nelayan di PNK Sri Muara. Last bertandang ke Kuching ialah pada tahun 1999...lama sangat dah tu. Lepas berada di sana selama 1 minggu. 22.4.2013 hingga 26.4.2013 aku akan ke Kota Bharu bagi menghadiri kursus Pembantu Juruaudit selama 1 minggu. Lepas tu 1.5.2013 balik kampung lagi.....mengundi time !! 5.5.2013. Huh jadual sangat padat skali...jenuh aku nak kejor trip nih.....mesti rindu kat anak bini sebab lama sangat kena tinggal ni. Hurm....letih tol. Time datang waktu padat bertubi2 plak...time rilex xde apa plak....macam ni laa kehidupan aku ditempat baru ini.....

Monday, March 25, 2013

Pusingan Kalah Mati TRW vs PKNS

Game yang tertangguh kerana hujan pada tempoh hari memaksa TRW terpaksa bekerja keras bagi melayakkan ke pusingan suku akhir Piala FA 2013 semalam menerima kunjungan Selangor PKNS. TRW bermula garang apabila menyumbat 4 gol pada separuh masa pertama. Namun selepas bermulanya 2nd half, TRW bolos 2 gol.

Walaupun bolos 2 gol, TRW akhirnya berjaya melangkah ke pusingan suku akhir dan akan menentang Sarawak dalam aksi timbal balik pada 6/4 ini. 

Nampaknya TRW berjaya melangkah ke pusingan seterusnya !! Tahniah TRW !!
Diharap TRW akan berjaya melangkah ke pusingan akhir selepas ini

Sunday, February 17, 2013

TRW 0 - 2 Selangor FA

Hurm.....apa nak dikata,memang mengecewakan game yang dipamerkan skuad TRW pada perlawanan menentang Selangor FA dalam perlawahan ke 6 Liga Super sabtu lalu. Dengan niat ingin support TRW dalam memperkasakan pasukan tatkala kehilangan ramai pemain setelah dicuri oleh pasukan lain. Memang meninggalkan kesan yang amat teruk buat TRW pada musim ini. Aku berkelana bersama isteri dan anak ke stadium sabtu lalu ingin melihat skuad TRW bangkit,namun hasilnya amat mengecewakan. Para pemain kelihatan tidak konfiden dengan corak permainan masing2. Tatkala taktikal yang dibuat oleh Bojan Hodak juga tidak menampakkan hasil. Pemain baru & Import pula kelihatan seperti tidak berfungsi.

Kini TRW menduduki tangga ke 8 carta liga,dah kira tercorot dengan ,memungut 6 mata sahaja. Kini TRW bergelut dengan masalah prestasi yang merudum. Persoalannya, mampukan TRW bangkit pada bulan April ini bila pendaftaran pemain baru dibuka oleh FAM ? Siapakah para pemain bakal dimasukkan untuk memperkasakan skuad TRW pada musim ini ? 

Aku berharap pihak KAFA dapat mencari pengganti yang sesuai dan mengambil pemain import yang STAR agar dapat menajamkan barisan hadapan dan dapat membuat penyudah yang baik !!

~ Gomo Kelate Gomo ~

Thursday, February 14, 2013

Liga Super 2013

Malam ni berlangsungnye perlawanan ke 6 Liga Super 2013 Red Warriors vs Red Giant di Stadium Shah Alam. Rasa macam kena pegi jugaklah. Dah lama rasanye x g stadium ni. Harap pasukan Red Warriors mampu bangkit dari aksi yang hambar pada awal musim ini yang menyebabkan menduduki tangga ke 7 dalam carta liga super. Jauh tuuu nak kejar ke tangga ke atas. Walau macam mana sekali pun Red Warriors perlu menang malam ni bagi memastikan semangat juang terus ada dalam setiap pemain.

Gomo Kelate Gomo !!

Sunday, January 20, 2013

Island Steamboat - Indah Kabar Dari Rupa

Citttporaaaaan Yinnadaeee tambiiiii.......buat penat je aku col 2, 3 kali untuk book restoran Island Steamboat nie.....gempak je lebih....ingatkan bestlaa sangat memandangkan kalau nak g mkn kt situ nak kena book awal....asyik full jer restoran nih. Sebelum ni dah 2 kali aku call....tapi dia cakap dah full book. So untuk minggu yang seterusnya aku call seminggu awal....dapatlaa seat. 

Hari sabtu aritu aku bawak laa mak aku pi makan kat Island Steamboat kt Kg.Melayu Subang ni. Xde laa jauh mana ngan rumah....boleh laa. Harga pun boleh tahan, xde laa mahal mana pun RM 21.90 / person. 

Gerak jam 6.45ptg....kol 7.20 smpai sana...dapat meja trus duduk....then p tgk2 menu dia....hurm. Menu nya adalah :

1. Barang2 standard kt kedai steamboat lah : isi ketam,fishball dll.
2. Udang Sotong daging ayam - tu jer,kerang ketam pun takde
3. Bubur kacang,roti bakar,air kopi,tea,sirap,oren
4. Nasi lemak,keaw tiaw,mee goreng,bubur nasi
5. Ais Krim

Rasa aku tu je kot menu dia....memang mendukacitakan....banyak sangat kekurangannya....buah xdek,ais krim pun dia ambilkan...berkira sangat,makanan dh habis pun lambat topup....memang teruk betul lah,kesimpulannya memang x puas hati lah aku dengan kedai ni,gempak je lebih....restoran macam ni pun boleh full book....gile betul.

Rasa aku restoran ni nak kena buat penambahbaikan laa,fasiliti dia da ok,tandas + surau selesa. Cuma menu makanan jer yang kureng.

Wednesday, January 16, 2013

Futsal & Badminton

Huh....sejak pindah tempat kerja baru ni, aku terjebak plak dengan dunia sukan. Hari Isnin lepas main badminton,semalam main futsal. Memang segar dan cergas rasanya badan. Kalau terus aktif macam nie,memang best lah badan.Hilanglah lemau2 badan tu.....badan pun sihat. Hurm,hari sabtu nie tanggal 19/1 nak g makan steamboat ngan family n bawak mak skali....da siap book da,minggu lepas lagi tu book. Awal giler,maklumlaa sebelum nih dah 2 kali call asyik full je tempat steamboat tu....best sangat ke sampai macam tu ? Tu yang jadi nak kena try gak tu.....

Nanti dah lepas makan kat Island steamboat tu,aku nk snap picture banyak2....hehe

Wednesday, January 9, 2013

9 hari Sudah

Nampaknya hari ini baru aku berkesempatan untuk mengarang di Blog aku nih,hari ini adalah hari yang ke-9 aku bekerja ditempat yang baru.....buat masa sekarang baru sahaja selesai merangka kerja2 yang akan dilaksanakan bagi tahun ini - 2013. Dapat bos baru....En.Pahmi yang berjawatan W32. Nasib baik la orang laki....dah penim aku dok kerja bawah orang perempuan nih,bukan apa,banyak benda remeh temeh yang akan terjadi kalau dok kerja bawah perempuan nih,sebab apa? Kurang professional,emosi jer lebih....sampai terbawa2 ketempat kerja....last2 orang lain yang jadi mangsa.

Setakat ini belum lagi ada masalah aku kat tempat baru nih,nampak macam semuanya berjalan lancar InsyaAllah keadaan ini akan berkekalan pada hari2 yang akan datang. 

Minggu pertama saja rasa sakit2 badan kerana terpaksa merempit sejauh 43km x 2 (pergi/balik). Masuk minggu kedua ni macam dah ok sket.