Sunday, February 17, 2013

TRW 0 - 2 Selangor FA

Hurm.....apa nak dikata,memang mengecewakan game yang dipamerkan skuad TRW pada perlawanan menentang Selangor FA dalam perlawahan ke 6 Liga Super sabtu lalu. Dengan niat ingin support TRW dalam memperkasakan pasukan tatkala kehilangan ramai pemain setelah dicuri oleh pasukan lain. Memang meninggalkan kesan yang amat teruk buat TRW pada musim ini. Aku berkelana bersama isteri dan anak ke stadium sabtu lalu ingin melihat skuad TRW bangkit,namun hasilnya amat mengecewakan. Para pemain kelihatan tidak konfiden dengan corak permainan masing2. Tatkala taktikal yang dibuat oleh Bojan Hodak juga tidak menampakkan hasil. Pemain baru & Import pula kelihatan seperti tidak berfungsi.

Kini TRW menduduki tangga ke 8 carta liga,dah kira tercorot dengan ,memungut 6 mata sahaja. Kini TRW bergelut dengan masalah prestasi yang merudum. Persoalannya, mampukan TRW bangkit pada bulan April ini bila pendaftaran pemain baru dibuka oleh FAM ? Siapakah para pemain bakal dimasukkan untuk memperkasakan skuad TRW pada musim ini ? 

Aku berharap pihak KAFA dapat mencari pengganti yang sesuai dan mengambil pemain import yang STAR agar dapat menajamkan barisan hadapan dan dapat membuat penyudah yang baik !!

~ Gomo Kelate Gomo ~

No comments:

Post a Comment