Wednesday, April 12, 2017

FAMILY DAY

Balik dari outstation di Tawau pada 3-6/4/2017. Selepas solat jumaat pada 7/4/2017 kami sekeluarga bertolak ke Gambang Waterpark di Pahang bagi menghadiri family day yang dibuat oleh LKIM Negeri Selangor. Sudah agak lama kami sekeluarga tidak meluangkan masa untuk bercuti bersama. 

Walaupun baru lepas excident ahad yang lalu (2/4/2017) aku gagahkan diri juga walaupun luka-luka masih belum kering. Bagi peluang kat anak-anak mandi kolam. Maklumlah si Adam & Danish ni suka sangat mandi kolam. 


Sabtu malam selepas habis dinner, jam 11.30 pm kami sekeluarga bergegas balik, anak-anak semuanya tidur, isteri aku pun lebur juga. Drive sorang-sorang dalam keadaan hujan renyai-renyai amat mencabar minda. Ngantuk beb. Jam 2.30 am tiba dirumah, tepat 3 jam perjalanan akhirnya selamat sampai. Alhamdulillah.......balik-balik terus buka laptop untuk siapkan assignment group untuk presentation jam 10.45 am. Tidur 2 jam jer, lepastu bangun terus bergegas ke kelas. Sampai dikelas group kami yang mula-mula buat presentation. Group kami 4 orang, nasib baik brother Ibrahim power menjawab segala soalan dalam sesi Q&A. Alhamdulillah semuanya selesai.

No comments:

Post a Comment