Tuesday, August 15, 2023

Ogos 2023

Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan bagi Malaya.....begitu juga birthday aku. Sedar tak sedar dah masuk 13 tahun berumahtangga. Anak bongsu pun dah masuk 9 bulan. Lama tak mengarang, idea pun semakin menghilang. Macam ni lah kehidupan, masa mencemburui kita....semakin berusia semakin cepat masa berjalan, tengok-tengok dah nak sampai penghujung tahun 2023, umur pun naik meningkat lagi....semakin lama makin dekat kita dengan alam persaraan. 

Bulan ini banyak pulak musibah melanda anak-anak.....si kecik demam, dijangkiti HFMD, almari dan vakum rosak dan perlu diganti baru. Semuanya memerlukan dana tambahan yang tak berapa nak ada ni. Terpaksalah bertahan selagi boleh. Rezeki Allah swt itu luas.












Friday, March 3, 2023

Family

Cepat masa berlalu....sedar-sedar dah masuk bulan Mac 2023. Umur dah semakin meningkat,sedar-sedar dah x lama nak pencen. Anak-anak pun semakin meningkat dewasa. Tahun depan dah nak masuk sekolah menengah. Hari ahad kena bertugas di Labuan pula selama seminggu...tempat yang paling aku tak nak pergi. Seronok tengok gelagat anak-anak membesar....namun apa yang merisaukan aku adalah prestasi pembelajaran anak-anak yang kelihatan kurang memberangsangkan. Di harap tahun ni ada peningkatan dari segi prestasi pembelajaran mereka.









Tuesday, January 31, 2023

Baju Baru Y16

Tahun 2023 diharap menyinari hidup kami sekeluarga dan dilimpahi dengan rezeki yang halal. Dalam mencari-cari mood dan semangat untuk meneruskan hidup.....kita kasi tukar coverset airbrush biru bojan dan rim sukan. Diharap semangat untuk meneruskan hidup dan mencari rezeki demi keluarga dapat ditingkatkan.

Walaupun masih belum ada rezeki untuk naik pangkat ke jawatan yang lebih tinggi....aku hanya mampu berusaha namun rezeki Allah swt yang tentukan. Diharap diberi sinar baru tahun 2023 ini.








Ilyas bin Aswadi

 Alhamdulillah


Tanggal 30/10/2022 lahirlah anak ke-4 aku yang dinamakan Ilyas bin Aswadi di Hospital Shah Alam jan 4.06 ptg. Proses bersalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Anak pun sihat walafiat, tiada lagi G6PD seperti abang-abangnya.

Syukur kehadrat Illahi kerana mengurniakan cahaya mata dan permudahkan segala urusan kami sekeluarga. 









Monday, July 25, 2022

RIDE SANTAI CAMERON HIGHLAND

Seperti dirancang, pada 22 Julai 2022 (Jumaat) pagi jam 8.00 am pacak. Kami gerak dari TDBN ke Cameron Highland dengan menaiki jentera Y16ZR melalui Highway LATAR dan naik ikot Tapah. Jalan yang penuh berliku dan mencabar.....banyak juga lobang yang tidak disangka selepas selekoh. Jalan yang amat bahaya disamping cuaca yang mendung sambil layan corner baring.
Jam 12.30 kami tiba di puncak dan keadaan tidak mengizinkan untuk naik ke ladang teh dengan jentera kami....ntah kenapa. Selepas itu kami gerak ke Tanah Rata untuk beli strawberi dan jagung mutiara. Lepas tu dalam jam 2.30 pm kami otw turun, cuaca mula hujan....kami singgah minum teh di Cameron Valley sambil makan kek yang x berapa sedap tapi harga mahal. Then kami gerak turun dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Keadaan jalan sangat merbahaya dan jalan sangat licin. Terpaksa berhenti beberapa kali dan kami terpisah dari kawanan. Kilat, guruh sabung menyabung tanpa henti, jalan x nampak. 

Selepas itu kami sambung perjalanan balik dan berjaya turun melalui Tapah dan berhenti untuk makan dan solat di RnR Ulu Bernam.....sangat lapar kerana terlepas lunch. Solat dalam keadaan baju basah dan menggigil. Apakan daya...perjalanan terpaksa diteruskan, terpaksa lajak ke malam melalui lebuhraya Utara Selatan dengan keadaan kenderaan yang banyak dan hujan.

Tiba di TDBN jam 8.30 pm, lari dari jadual asal yang sepatutnya sampai petang dalam jam 6.00 pm. Hujan tanpa henti dari Cameron - TDBN.














Tuesday, June 28, 2022

Motor baru

Setelah sekian lama berjasa....akhirnya terpaksa dilepaskan jua wahai motor LC135 yang disayangi. Tanggal 8 Jun 2022, rezeki mendapat motor baru di Taman Sentosa Klang, kedai Motor Kok Cheng. Yamaha Y16ZR Doxou Limited Edition.....fuhh. Motor LC telah berjaya dijual kepada Mat Terap (Askar) sebanyak RM4,000.00. Memang berbaloi dengan harga yang dibeli dengan harga RM6,300.00 pada tahun 12/2012 dan telah pakai selama 10 tahun.  

Lama juga menabung untuk beli motor baru ni, 3,4 tahun juga. Beli motor Y16ZR ni dengan harga RM12,800 + Road Tax + Insurans, lump sump dalam RM13,200.00. Namun motor ni tahun 2021,mileage baru 31 KM. Owner lama beli buat simpan nombor....no siri motor pula adalah 272.

Secara keseluruhannya,memang puas hati pakai motor Y senam ni.















Thursday, May 12, 2022

Idulfitri 2022

Idulfitri bagi tahun 2022 datang mengejut pada 3/5/2022 tanpa dijangka. Semua orang kelam kabut untuk membeli barang masakan kerana tidak disangka esok adalah Hari Raya. Balik kampung awal pada tahun ini kerana tidak dapat beraya pada tahun 2020 dan 2021 akibat dari pandemik Covid-19. Jadinya tahun 2022 ni, semuanya kelam kabut balik beraya di kampung dan mengakibatkan jalan sesak luar biasa. 


Masuk raya ke 3, aku gerak dari Pengkalan Chepa ke Kuala Kangsar jam 10.50 am ...... jalan jem teruk, 14 jam baru sampai ke Kuala Kangsar.....jam 1.10 pagi aku sampai. Badan flat terok...penat drive selama 14 jam dalam keadaan jem dan jalan grik yang gelap gelita. Alhamdulillah semuanya selamat....nasib baik x terserempak dengan gajah liar.