Monday, June 8, 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - PKP

Tahun 2020 menjadi sejarah negara yang terpahat dalam kenangan. Kenangan yang takkan dapat dilupakan untuk diceritakan kepada anak cucu jika diizinkan panjang umur. Sesekali tidak akan lupa akan peristiwa yang jarang sesekali berlaku ini.

FASA 1 : 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2 : 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3 : 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4 : 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5 : 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6 : 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)
  1. PKPB - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
  2. PKPD - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
  3. PKPP - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Perintah Kawalan Pergerakan Seluruh Malaysia :
  • Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
  • PKP dalam bulan Ramadhan, tiada bazaar Ramadhan, tiada terawih di masjid dan surau, terawih dirumah sahaja.
  • Tiada buffet Ramadhan seperti biasa
  • Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung dan kunjung mengunjung dihadkan kepada hari raya pertama sahaja dengan SOP yang ketat, tidak boleh terima tetamu melebihi 20 orang.
  • Harga minyak RM1.25/liter
  • Semua pejabat dan kilang ditutup sepenuhnya dan hanya dibenarkan Work From Home (WFH) kecuali barisan atau industri yang melibatkan essential service.
  • Semua sekolah dan Universiti ditutup dan pembelajaran hanya dirumah melalui atas talian.
  • Penjarakan sosial dan penggunaan hand sanitizer sentiasa diutamakan,bersalam ditukarkan dengan meletakkan tangan kanan diatas dada kiri.
  • Perlu beratur panjang untuk mendapatkan bekalan makanan dengan penjarakan sosial 1 meter untuk mendapatkan bekalan makanan di pasaraya dan mana-mana kedai yang dibenarkan beroperasi. Hanya ketua keluarga dibenarkan keluar dan hendaklah memakai face mask.
  • Restoran dan kedai-kedai makan hanya dibenarkan menjual secara bungkus. Food rider dibenarkan beroperasi. 
  • Kedai bukan keperluan asas ditutup
  • Keseluruhan acara sukan dibatalkan
  • Konsert,industri pelancongan, festival acara hiburan ditutup 
  • Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis dibatalkan. Hanya nikah secara online dibenarkan
  • Tiada lagi acara keagamaan di rumah-rumah ibadat dibenarkan kerana tidak dibenarkan berkumpul melebihi 10 orang
  • kekurangan bekalan stok face mask, sarung tangan dan hand sanitizer....harga naik mencanak.
  • Rak-rak dikedai berkurangan kerana berlaku pembelian panik
  • Sekatan jalan raya oleh PDRM dan ATM di serata tempat
  • Sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan setiap hari jam 5.00 pm
  • Jalan raya menjadi sunyi selepas jam 8.00 pm
  • Frontliner menjadi  takut untuk pulang ke rumah bertemu keluarga 
  • Mendatar lengkung graf....itulah seringkali dikatakan bersama dengan kata-kata "Kita lakukan bersama" dan |"Kita harus menang"
Ini adalah coretan kisah COVID 19 suatu penyakit pandemaik yang diwartakan pada 18 Mac 2020. 

No comments:

Post a Comment