Showing posts with label sigh. Show all posts
Showing posts with label sigh. Show all posts

Sunday, March 29, 2020

Day 12 RMO

Today is the 12th day of RMO in Malaysia. Stay at home for 12 days at home is not easy because can't go outside. The Corona Virus Covid19 is very dangerous, total death for 29/3/2020 is 34 people already and total people infected are 2,470. It is a huge amount the trend didn't show a decrease every day. The RMO will end on 14/4/2020, I hope so.....but if the situation becomes worse, the RMO will be resume for don't know when. I hope citizen obey the government order of RMO and the chain/spread of the virus will be stopped. 

God help us !!!

Saturday, March 28, 2020

Someone important is gone forever

Tanggal 18/3/2020 jam 7.30 pagi, tengah bersiap untuk bertolak ke Pulau Tioman untuk bercuti bersama keluarga selama 3 hari 2 malam, tiba-tiba dapat berita mengejutkan ibu mertuaku telah pulang kerahmatullah. Terpaksa cancel percutian yang telah dirancang sekian lama bersama rakan-rakan pejabat dan terus bergegas balik ke Puchong. Agak terkilan juga kerana agak lama x jumpa ibu mertuaku ni....ada dalam sebulan lebih....disebabkan aku banyak outstation ke sana kemari dan hari minggu jer yang ada untuk luang masa bersama keluarga. Banyak tugasan luar untuk diselesaikan kerana nak kejar sebelum bulan Ramadhan. 

Setelah doktor dari klinik Bt. 14 datang mengesahkan kematian ibu mertuaku, kami terpaksa mengangkat jenazah dari tingkat dua untuk dibawa ke suarau dengan van jenazah untuk dimandi dan dikafankan.....semuanya berjalan lancar Alhamdulillah dengan izinNya dan kemudian bawa jenazah ke tanah perkuburan USJ untuk dikebumikan. Alhamdulillah aku berpeluang menghantar ibu mertuaku sampai ke liang lahad dan aku juga merupakan orang yang terakhir melihat wajahnya sebelum dikebumikan. Pada tarikh itu juga perintah kawalan pergerakan (PKP) dijalankan serentak diseluruh negara disebabkan oleh Covid-19 yang semakin merebak diseluruh negara. Sempat jugaklah buat tahlil dekat rumah selama 3 malam. 

Agak mencabar tahun 2020 ni.....berita gembira di awal tahun diselang seli dengan berita buruk yang menyedihkan. Aku berharap kami sekeluarga dapat menempuhi cabaran dan dapat survive dari situasi mencabar ini dengan izinNya.

Wednesday, July 5, 2017

IDULFITRI 2017


Tahun 2017 ni kami sekeluarga tak sempat untuk tempah baju raya. Anak-anak pun tak buat baju melayu, aku pula dapat baju melayu free tahun lepas sempena program Maal Hijrah peringkat kebangsaan, so recycle je la baju tu. Wife aku pula boleh plak beli baju yg dah siap berharga RM50.....hahaha. Then masa balik kelantan hari tu sempatlaa singgah di Wakaf Che Yeh, dia beli jubah batik pun harga RM50. Hebat betul wife aku ni, sempoi dia je beli baju murah-murah buat raya. 

Hurm....raya tahun ni kemeriahannya kurang sedikit, bukan apa....yang ada hanya aku jer....yang lain semua beraya rumah suami, dua orang kakak aku tak balik beraya.....hurm.Mungkin depa tak tahan bebelan mak agaknya.....mana tak nya, kalau dok rumah mak, semua kena tegur, itu salah ini salah.....serba tak kena jadinya. Aku balik pun, hari-hari aku keluar beli nasi untuk berbuka...bukan apa takut nanti mak bising cakap penat masak untuk aku. Tahun depan pun dengar-dengar takde yang nak balik beraya kat kampung. 

Nampaknya aku je la yg ada, tu pun aku cadang nak balik dekat-dekat dengan raya jugak, takdelaa nak balik awal sangat macam biasa. Yelah, kesian juga dekat wife aku, kena tahan telinga dengar mak bebel....aku sendiri pun tak tahan, adik beradik lain pun semua dah angkat kaki. Hurm, serba tak kena jadinya bila duduk rumah mak ni, buat ni salah, buat tu salah. Anak-anak aku plak semuanya hero 3 orang....maklum je la budak-budak laki main macam mana. Kalau tak riuh tak meriah laa pulak, bila riuh kena bebel plak. Hurm, kadang-kadang terasa macam duduk rumah orang asing bila balik rumah mak ni. Tak boleh redah sebarangan, nanti kena tegur. Kadang-kadang sedih pun ada bila memikirkan perkara ni.

Monday, May 8, 2017

RM 300 TERBANG

Huh.Tarik nafas panjang-panjang. Akibat dari kecelakaan excident tempoh hari (2/4/2017) aku disaman oleh PDRM sebanyak RM300. Disebabkan oleh kompaun yang diberi ada had masa bayarannya, jika tidak terpaksa naik mahkamah majistreet Klang. Tutup mata bayar jer la. Lari bajet aku bulan ni, nasib baik bini aku topup RM150.....kalau tak masak juga. Tu pun sempat shopping online dengan Shopee. Dapatlaa beli baju, kasut dan wallet (belum dipos oleh seller). Kasut NMD Red Lust ni puas hati juga walaupun bukan ori. Nak beli ori mahal sangat, belasah je la copy ori pun jadi. Nasib baik kualiti ok, not bad.

Sunday, April 9, 2017

MALAPETAKA

Tanggal 1 Februari 2017 jam 7.30 pm Adam terjatuh dalam bilik air selepas membuang air kecil dan kepalanya terhantuk di bucu tandas dan menyebabkan berdarah di kepala bahagian belakang. Darah keluar tidak berhenti-henti dan aku sekeluarga bergegas bawa Adam ke klinik Fitrah. Kepala Adam terpaksa dijahit sebanyak 3 jahitan. Meraung dia kesakitan,lepas jahit terus pulih seperti biasa dan bermain seperti biasa, lasak betul anak papa sorang ni. Ini adalah kali kedua si Adam ni berdarah di kepala, 1st time kena dibahagian dahi, tapi x kena jahitan, doktor gam jer.


Malapetaka tidak berhenti di situ, tanggal 2 Februari jam 6.40 am aku keluar untuk ke pasa besar Klang untuk membeli lauk pauk untuk ditinggalkan kepada isteriku memandangkan aku nak ke Tawau selama seminggu. Sampai di simpang jalan paip, jalan sibuk disebabkan oleh ada upacara kaum cina melawat kubur mereka, jalan paip menjadi sibuk, kereta banyak. Sampai disimpang aku nak keluar, kereta BMW sapu aku dari belakang dan aku terjatuh dari motosikal dan tergolek di atas jalan. Nasib baik tiada kereta sapu aku lagi sekali dari belakang. Umur masih panjang, Allah swt masih memberi aku peluang untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga. Begitulah ceritanya minggu ini. Masa sungguh padat dengan kesibukan dunia.



Monday, September 2, 2013

Harga Minyak Naik RM0.20 Hadiah dari BN

Pemerintah yang zalim memang tidak memikirkan tentang rakyatnya.....itulah BN, Barang naik berpisah tiada. Lepas je PRU 13 tarif elektrik dinaikkan disusuli pula dengan kenaikan harga minyak memang sangat terasa peritnya untuk menjalankan hidupan harian bagi menyara keluarga yang makin bertambah ramai. Mana lagi caranya untuk menambah income? Gaji x naik, tapi harga barang makin melambung tinggi....keadaan amat terdesak untuk meneruskan kehidupan. Nampak gayanya kehidupan harian akan menjadi bertambah perit, orang kaya makin kaya, orang miskin akan bertambah miskinnya.....Moga Allah SWT luaskan rezeki kami sekeluarga.

Tuesday, July 16, 2013

Nok Buat Wane X Dok Rezeki ....

Sedih betul kerja kat tempat nie,kerja dah 8 tahun lebih tapi xde dapat apa2 pun lagi....sahkan naik pangkat, anugerah khidmat cemerlang pun x dapat lagi....mende laaa. Pelik betul,rasa macam masa tu terbuang begitu jer. Memang teruk laa aku ni keje kat sini,sahkan nak naik pangkat, interview pun x panggil !! Macam mana ? Macam taik laa jawabnya ofis aku ni....

Tapi kalau orang yang suka ponteng kerja,mengular,buat hal disiplin....cepat pulak naik pangkatnya. Tu yang pelik tu, walhal sebenarnya kelulusan pun x layak !! Poooorahhhh !! Puiiiii


Sunday, July 14, 2013

5 Ramadhan 1434

Tanggal 15 April 2013 yaitu hari ke 5 umat Islam berpuasa.Dari awal puasa lagi aku sekeluarga x pernah beli makanan kt Bazaar Ramadhan lagi....hari2 masak,rasa macam malas plak nak g Bazaar Ramadhan bawak anak....bersesak2 tkot hilang pulak nanti. Lagi pun biasanya makanan kt bazaar ramadhan bukan sedap mana pun,lagi sedap bini aku masak kt umah. Hari ni pasar malam,bolehlah beli nasi kt pasar malam je,rasa macam nak makan nasi kerabu plak hari ni....rest je la hari ni,xyah masak...pagi esok masak bihun je pun ok dah....semalam gempar pasal pergaduhan warga melayu kena tetak dengan india dekat Klang, lepas tu pada belah malam geng2 melayu pula membalas pegi belasah india,sorang mati katanya....3 parah. Lepas tu dengar certa malam ni geng2 india kapar nak turun balas dendam...so malam ni kena berhati2lah

Sunday, December 30, 2012

Last Day at LKIM Negeri Selangor and Bye 2012

Today is my last day working at LKIM Negeri Selangor. Working here for 7++ years, actually have a lot of thing happen that have changed my life. Meet my wife here then married. Working here give me a lot of experienced about doing my daily work. Hurm, a little big sad to left this place that give me a lot of memories. 

However, life must go on. Hopefully my new workplace at Wisma LKIM, Desaria Puchong can give me new experience that can make me feel fun in doing my work everyday. I know, in my new workplace, there's a lot of people that busy body and i really don't care about political in office in order to get new promotion, they able to bring down each other. I hope i don't get involve with people like that. This is me, real me, I really don't care what people say and what people doing.....I just want to be myself !!

Good Bye 2012, Good Bye LKIM Negeri Selangor, Welcome HQ and 2013 !!!!

Tuesday, December 25, 2012

NOT APPRECIATED

Feel really sad, madness when people do not appreciated your contribution at workplace....working here for 7 ++ years for nothing !! Working hard, help the organisation, doing people's work for nothing. No one appreciated my services here for 7 years ? Oh no...why they doing this to me? What actually I have done to them? Maybe someone talk something worse about me and spread to the others. Then that moron people trust what they said about me. 

Urm....thats OK, I really don't care about it. Maybe this will make me strong in the future and have to be more selfish in the future. I dun give a damn about this, maybe this time is yours, my time will coming ... I will be waiting !! I hope what you give to me, you will get it back !! 

In my workplace, worked here for 7 years for nothing, really useless, working with stupid people,no one is consider my best friend here,sick and selfish people.

Go to hell for the people like this, you are really stupid moron, go fucked yourself !!!!!

Sunday, December 23, 2012

Musim Melancong

Maklumlah sekarang ini musim cuti sekolah....kebanyakan orang sibuk pergi melancong sana sini. Hurm....aku pun bukannya x nak g melancong. Tapi apa kan daya, faktor kewangan memang tidak mengizinkan untuk melancong. Hurm, xpelah orang putih kata 'Opportunities cost' if you want something, you have something to let it go. Dah berhabis duit untuk beli motor, sebanyak RM 6,720.00 BLX 5581....lupa plak nak amik gambar motor nak upload. Lain kali jerlaa. Adik beradik ku yang lain pergi bercuti di Bukit Merah Lake Town Resort. Urm,nak ikot pun x mampu ler.....poket sudah kering skarang nih. Tunggu lah poket penuh, nampaknya lambat lagi,sebab lepas nih kena potong duit rumah lagi sebanyak RM400++.

Baki gaji aku hanya RM600++ jer, tu pun x potong lagi duit danish+bil api+air+belanja dapur = pokai habis. 

Terpaksa laa tunggu rumah siap dulu,lepas siap kena renovate dulu...then baru boleh duduk. Rasa aku macam lambat jer lagi nih. Nak dapatkan kunci kena tunggu CF dulu. Penim kepala aku dibuatnya. Selagi x setel rumah nih,tu lah yang buat aku pening.....Mintak2 lah xde benda sangkut pasal rumah nih,harap2 semuanya lancar dan cepat dapat kunci.......

Wednesday, November 28, 2012

BELAYAR

Hari ni tanggal 29 Nov 2012,dapat sepucuk surat dalam sampul surat besar. Memang aku dah agak dah, buka2 dapat surat arahan untuk berpindah ke Ibupejabat.....hurm. Memang tidak dinafikan aku agak keberatan untuk ke sana memandangkan jauh dari rumah. Kos untuk pergi kerja pun agak tinggi, terpaksa laa aku beli motor baru.

Hurm,bosan betul dok HQ nanti,dipenuhi dengan manusia hipokrit semuanya. Tapi apa kan daya,dah arahan,ikot jer laa. Badigol punye Pak Ya !!

Monday, November 5, 2012

HIPOKRIT !!

Memang tidak dinafikan dalam dunia ini memang wujud sangat ramai golongan hipokrit ini. Memang tidak boleh lari dari golongan ini. Kat ofis aku ni pun memang ramai sangat golongan ini.....kat tepi aku ni pun dah ada sorang.....kat bawah,tepi,kiri dan kanan....adoiii. Dikelilingi golongan hipokrit ini. Terkepung aku nampaknya. Tapi takpe lah, aku pun dah x lama kat cni,maybe bulan Dis 2012 ni,maybe awal lagi. Berambus laa,sebab dah dengar citer pasal aku ditukarkan ke ibupejabat. Jauh pulak tuh kena berulang....dalam 60km jugak dari rumah aku.....tapi nak buat macam mana,demi sesuap nasi. Blah jer lah,kat sana pun lagi ramai golongan hipokrit ini yang menunggu. Tapi takpelah....aku buat hal aku je la. Lantaklah diorang nih nak cakap apa pun.............Tensennnnn betul lah

Tuesday, October 30, 2012

Pesan Mak

Cakap orang ataupun nasihat dari Ibu dan Ayah sememangnya untuk kebaikan kita di masa hadapan. Itu sajalah yang boleh aku ungkapkan. Sememangnya ibu dan ayah memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan anak2. Memang anak2 agak sukar menerima pendapat mahupun nasihat para Ibubapa kerana maklumlah jiwa muda nak mereka sering selisih pendapat. Jadi anak2 sememangnya kuat memberontak bila ditegur mahupun dinasihatkan oleh ibubapa mereka. 

Aku sendiri pun sememangnya tidak menafikan menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibuku sendiri untuk belajar bersungguh2 di kala usia masih muda. Selepas mengambil peperiksaan SPM dan mendapat result yang tidak bagus,aku mendapat tawaran ke UiTM Serawak bagi melanjutkan pelajaran. Tapi kerana sifat malas dan main2ku yg kuat,maka sempat belajar selama 6 buulan sahaja disana. Selepas itu aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma IT di Akedemi Infotech Mara di Kuala Lumpur. Hurm,aku mengalami culture shock semasa berada di KL. Menggila x ingat dunia dan belajar sambil lewa dan keputusannya amat memalukan,hanya dapat bertahan selama 5 semester. Then,balik kampung dan mohon untuk masuk Institut Latihan Perindustrian di Pengkalan Chepa,untuk belajar sijil jurusan Elektrik (PW2). Hurm,memakan masa selama 4 tahun untuk habiskan sijil yang sebenarnya hanya 2 tahun saja. Memang aku agak tidak matang masa itu walhal umur sudah 23-24 tahun. Mak aku memang nak aku habiskan belajar walau apa cara sekalipun. Disebabkan sikap acuh x acuh dan main2 aku,maka aku membazirkan masa selama 5 tahun. Satu perkara yang merugikan diriku sendiri. Umur 25 tahun baru ada sijil,bukan Diploma apatah lagi Degree. Satu perkara yang merugikan. Kalaulah boleh diundurkan masa,sememangnya aku mahu mendengar segala arahan dan nasihat Ibuku selama ini yang tidak mahu anak2 ketinggalan dalam pelajaran.

Pada tahun 2005, aku mendapat tawaran untuk kerja kerajaan dan barulah bermula kehidupan sebenar aku,aku sedikit sebanyak berubah dan barulah dapat memikirkan masa depanku sendiri. Aku tidak tahu apalah nasibku kalau x dpt kerja skarang ini. Aku terpaksa bangkit kembali dan belajar sekali lagi di UiTM Shah Alam dalam bidang Business Study. Bertungkus lumus belajar selama 4 tahun,akhirnya aku mendapat segulung Diploma pada tahun 2011.

Dan pada masa sekarang,aku masih terkial2 mencari kerja baru yang setaraf dengan sijil yang aku ada. Memang agak susah untuk mencari kerja pada usia yang lanjut ini,peluang x byk. Masa semakin suntuk,ikutkan hati,aku mmg nk smbg belajar lagi kerana target aku sampai Master. Jauh lagi perjalanan aku.

Kesimpulannya,nasihat Ibubapa jangan kita abaikan,ini kerana mereka tidak mahu apa2 balasan pun,ia hanya untuk kebaikan kita dimasa hadapan sahaja. Menyesal kemudian tiada gunanya.


Thursday, October 4, 2012

I don't Trust Nobody....Nobody Trust me

It's very poor for working here and work together with this weird people everyday. Right now I don't have any chance to get out from here. Unlucky me.....everyday have to strengthen the spirit and force myself to come to workplace. Everyone here is very selfish and have no respect to other. How come you act like that and while you expect people to respect you.....what a silly !!

Right now, I'm just waiting thats my time will coming....and I will show this moron people that I better then them. For them, everything I do is wrong and have poor quality at all. This is really bad, whats a problem right now is 4 of them merge together and bully me everytime give me a job. They're always looking for my weakness everyday. 

How come people like this exist in this work?
How come I have to face moron like this?
Why me?

Thats all

Monday, September 3, 2012

Bosan

Sampai bilakah situasi yang tidak menyenangkan ini akan tamat? 
Sampai bilakah nak kena mengadap badigol itu?
Sampai bila nak buat kerja hari2 dalam keadaan tidak selesa dan tertekan?
Sampai bila nak kena membisu dan menghadapi suasana pejabat yang suram?
Sampai bila kena kerja bawah rejim badigol ini?

Terlalu banyak persoalan....tapi jawapannya satu pun tiada. Hanya masa yang menentukannya....aku amat berharap satu hari keadaan akan berubah kembali normal seperti sediakala. Pada ketika itu barulah aman bahagia keadaan aku kat ofis ni....bilakah harinya itu??? Sama2 laa kita tunggu

Wednesday, August 1, 2012

Pagi Yang Malang

On the way datang kerja tadi....kejar masa kerana hanya tinggal beberapa minit jer lagi jam 7.30pg.Dah dekat ofis dah pun, dekat depan bangunan UMNO tu.....lampu merah pulak,aku pun main tipu laa belok kiri pastu wat U-turn balik agar cepat smpai ofis....ntah macam mana tiba2 ada motor plak follow rapat kot,aku x prasan pun. Mamat ni plak buat muka x puas hati ckp aku nak langgar dia,aku pun hangin jugak,tapi nak buat mcm mana kan,memang salah aku pun, x bagi signal.......hehehe main pancung jer. 

X pasai2 aku kena maki pagi2 buta...pastu dia siap turun motor suruh aku turun kerta,tgk jam mcm dh lewat,aku pun tekan je minyak kasi sampai ofis dulu,tau dah dia memang ikot punye,jenis kaki x puas hati punye budak.pastu aku berenti drop wife aku,dia mai plak bertekak dengan aku dpn ofis....nyaris2 nak gaduh dh tadi...nasib baik aku x turun kerta.Dok dalam kerta lain sket rasanya,kalau dok kat luar lain plak certanya....kita yang salah kan,kena beralah sket laa,lagi pun bulan Ramadan ni kan.Dah abis bertekak,mamat TNB tu blah mcm tu jer.Alhamdulillah x jadi apa2 tadi....

Sunday, July 1, 2012

Lega Rasanya

Tanggal 26 June 2012 bertempat di PNK Sepang dimana berlangsungnya MAT Kelab Rekreasi dan Kebajikan LKIM Negeri Selangor.Pemilihan bagi jawatan2 AJK baru bagi Kelabg telah selesai dibuat.Kebanyakannya muka2 baru yang dipilih.Diharap dapat memberi nafas baru kepada Kelab yang sekian lama suram disebabkan oleh masalah kepimpinan yang tidak disenangi oleh ramai pihak.Aku juga merasa lega kerana dapat melepaskan jawatan Bendahari dan meminta agar rakan2 tidak lagi memilih aku bagi memegang jawatan tersebut.Lega rasanya bila sudah ada pengganti bagi jawatan tersebut.Tanggal 29 Jun 2012,aku telah membuat penyerahan tugas secara rasmi sebagai Bendahari Kelab yang telah dijawat dari tahun 2007-Jun 2012 kepada Bendahari baru iaitu Amir.

Memang tidak dinafikan,bos aku memang tidak menyukai aku terlibat dengan jawatan2 luar @ NGO laa katakan,alasannya sungguh mudah,perkara tersebut menjejaskan kerja2 hakikiku.Aku yang bekerja dibawahnya terpaksalah akur dengan kehendaknya.Maklumlah,markah SKT aku bergantung kepadanya.Maka terpaksalah aku berfikir panjang demi masa depanku.

Monday, April 23, 2012

Spesis Gedik

Memang tidak dinafikan dari dulu lagi aku memang menjauhi perempuan2 yang jenis gedik ni.....tu yang muda2,cuba bayangkan kalau dah tua bangka pun nak gedik lagi ? Adoiiii , memang totally useless laaa kan. Geli siot, macamtu laa keadaan aku kat ofis ni,nak kena melayan karenah gedik si Tua Bangka ni. Tapi gedik ni berbeza sket, bukan jenis gedik menggatai,tapi gedik dalam konteks hal2 kerja....hurm,nak cerita pun susah.Kena tengok sendiri je laa.Apa pun, I dun like it !! Nak muntah beb,kenapa laa macam2 spesis baru muncul kat ofis aku ni,sekor tu gedik + kipas udang , sekor lagi pun sama jugak, sekor lagi jenis suka amik tahu kerja orang,macam pengawas sekolah laa.Hurm....bosan betullllllll !!!!!

Wednesday, April 18, 2012

Papa pulak demam :(

Adus,gara2 dok menjaga sinonet danish ni,dia punye demam terus berjangkit kat papa plak.Danish demam 2 hari jer,cuma kahak dia je yang banyak lagi,maybe kena sedut gas lagi kot pasni. Aku plak kena demam panas trus,ni dah masuk hari yang ke 3 ni,terpaksa la kuatkan diri datang kerja jugak. Kalau rasa x larat sangat,aku g amik mc je kat klinik ni,badan pun lain macam je lagi ni....aduiiisss,bila laa nak sembuh ni.Demam tu satu hal,selera makan tu hilang trus,dengan bibirnye jadi pahit giler,makan satu mulut ok lagi,masuk suapan ke-2,makin pahit,dan begitulah seterusnya......

Ya Allah......aku mohon kepadamu,sembuhkan segala kesakitan dan kesukaran yang ada pada diriku,pada keluargaku Ya Allah,agar kami pulih seperti sediakala,kurniakanlah kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga Ya Allah...........Aminnnnn.