Wednesday, October 28, 2026

ANUGERAH PERKHIDMATAN 2026

23 Oktober 2026 telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan LKIM Tahun 2026 di Holiday Inn Melaka. Berkesempatan bertemu rakan-rakan kerja dari seluruh negara, lebih kurang 286 orang penerima anugerah bagi 20 tahun perkhidmatan di LKIM.  

Majlis yang tak seberapa gah, kelam kabut penganjurannya.......hadir pun sebab nak balik ke Klang bertemu keluarga. Dah hampir setahun berkhidmat di negeri Kedah ni, harap boleh pindah ke Ibu Pejabat tidak lama lagi. Situasi kerja di sini makin hari makin kelam dan tidak seronok, harapkan ada kawan-kawan yang masih memberi semangat untuk teruskan perjuangan.









Sunday, June 14, 2026

LKIM KEDAH

 Sedar x sedar dh 8 bulan menetap dan bekerja di Kuala Kedah. Tempoh 8 bulan ni belum sempat pergi daftar ke Klinik untuk pemeriksaan kesihatan sendiri. Memang lain betul bila tukar skim kerja ni.....kerja yang telah biasa dilaksanakan sepanjang 21 tahun berkhidmat tiba-tiba bertukar job scope menjadi operasi sangat mencabar dan kebetulan Bahagian yang aku jaga ni sememangnya sibuk setiap masa.

Apa kan daya, pencarian rezeki mesti diteruskan demi kelangsungan hidup. Anak-anak membesar tanpa aku.....hanya balik di hujung minggu. Yang paling kesian adalah Ilyas, x sempat membesar dengan pelukanku.....selalu menangis bila nak balik semula ke Kedah...nak ikot nak ikot katanya.....kesian.