Hari ni masuk hari ke 2 PKP5 atau PKPB.....banyak sektor industri telah beroperasi 100% dan kakitangan awam juga telah beroperasi pada tahap 70% keberadaan pegawai dan kakitangan di pejabat masing-masing. Aku juga telah mula bekerja pada hari ini 14/5/2020. Namun masih ramai pegawai awam yang masih dibuai mimpi percutian malah masih ada yang berada di kampung halaman. Memandangkan sektor kakitangan awam tidak terjejas dengan gaji yang dibayar penuh oleh kerajaan dan juga mendapat manfaat moratorium selama 6 bulan yang diberikan oleh pihak bank melalui arahan dari Bank Negara.
Maka tidak hairanlah mereka ini berada dalam zon selesa dan enggan datang ke pejabat walau pun telah di arahkan oleh Ketua Jabatan. Mentaliti seperti ini perlu dihapuskan dan jika tidak berminat untuk berkhidmat, masih ramai diluar sana yang menunggu peluang untuk mengisi kekosongan.
KKM meramalkan jika PKPB tidak diamalkan dengan SOP yang betul, graf kenaikan kes Covid-19 akan semakin meningkat dan jika rakyat patuh dengan SOP yang ditetapkan....kes Covid akan berjaya diatasi selepas PKPB tamat.
Pada pemerhatian aku rakyat semakin leka dan SOP yang ditetapkan tidak dipatuhi sepenuhnya. Mungkinkan PKP akan dilaksanakan kembali selepas 9 June 2020? Sama-sama kita nantikan.
No comments:
Post a Comment