Wednesday, June 24, 2020

Complicated

Dalam tempoh PKPP ini, aku masih dibenarkan untuk bekerja secara bergilir dengan wife. Hari ini sangat kepenatan balik dari kerja....kepala pening banyak benda fikir dalam kepala. Balik rumah, mandi, solat dan kena pula suap anak-anak makan dikala waktu menunjukkan jam 8.45 pm. Perut kosong berbunyi macam-macam dah......penat balik kerja,kelaparan kena pula urus anak makan tatkala si isteri pula sibuk main HP sambil baring di atas katil dalam bilik. Mana aku x hangin perangai mcmni,tiada perasaan hormat pada suami, tidak pula tanya suami nak makan ke?nak minum air apa?Apatah lagi nak hidang untuk suami makan !! Sudahnya aku pun dah hilang mood untuk makan.....tahan lapar sampai sekarang.

Beginilah perangai manusia,jika diberi betis nak pula peha. Setiap manusia sudah pastinya ada had kesabarannya. Setiap perkara yang dimiliki bukanlah kekal selamanya,keadaan boleh berubah bila-bila masa saja dengan izinNya. Jika situasi ini berterusan, sudah pasti aku terpaksa melakukan sesuatu agar 'dia' tersedar dari tidur lena and comfort zone. Skip sebentar luahan aku ini.

Kiranya pada saat ini adalah waktu yang sangat kritikal buat aku kerana memikirkan tentang pengisian jawatan kosong untuk promotion ke jawatan yang lebih tinggi.....perasaan risau takut-takut nama tak sangkut untuk panggilan interview. Berkira-kira juga mengatur plan B jika nama tidak tersenarai dalam short listing untuk dipanggil temuduga. Sebenarnya aku ada mohon dua jawatan iaitu E41 dan W41. Hurm, kalau diikutkan memanglah aku sayang tempat kerja aku sekarang ni....kalau boleh xnak keluar dari sini. Namun, kemajuan kerjaya juga penting kerana ia semestinya memberi aku motivasi untuk melaksanakan tugas setiap hari. 

Buat masa sekarang aku masih menunggu short listing kedua-dua jawatan yang dipohon. Diharap dapat kedua-duanya barulah cerah sikit peluangnya. Sama-samalah doakan aku agar percubaan pertama aku ini berjaya. 

No comments:

Post a Comment