Tanggal 18/3/2020 jam 7.30 pagi, tengah bersiap untuk bertolak ke Pulau Tioman untuk bercuti bersama keluarga selama 3 hari 2 malam, tiba-tiba dapat berita mengejutkan ibu mertuaku telah pulang kerahmatullah. Terpaksa cancel percutian yang telah dirancang sekian lama bersama rakan-rakan pejabat dan terus bergegas balik ke Puchong. Agak terkilan juga kerana agak lama x jumpa ibu mertuaku ni....ada dalam sebulan lebih....disebabkan aku banyak outstation ke sana kemari dan hari minggu jer yang ada untuk luang masa bersama keluarga. Banyak tugasan luar untuk diselesaikan kerana nak kejar sebelum bulan Ramadhan.
Setelah doktor dari klinik Bt. 14 datang mengesahkan kematian ibu mertuaku, kami terpaksa mengangkat jenazah dari tingkat dua untuk dibawa ke suarau dengan van jenazah untuk dimandi dan dikafankan.....semuanya berjalan lancar Alhamdulillah dengan izinNya dan kemudian bawa jenazah ke tanah perkuburan USJ untuk dikebumikan. Alhamdulillah aku berpeluang menghantar ibu mertuaku sampai ke liang lahad dan aku juga merupakan orang yang terakhir melihat wajahnya sebelum dikebumikan. Pada tarikh itu juga perintah kawalan pergerakan (PKP) dijalankan serentak diseluruh negara disebabkan oleh Covid-19 yang semakin merebak diseluruh negara. Sempat jugaklah buat tahlil dekat rumah selama 3 malam.
Agak mencabar tahun 2020 ni.....berita gembira di awal tahun diselang seli dengan berita buruk yang menyedihkan. Aku berharap kami sekeluarga dapat menempuhi cabaran dan dapat survive dari situasi mencabar ini dengan izinNya.
No comments:
Post a Comment